Nuffnang Ads

Monday, May 20, 2013

Danger! Girl In Bad Mood

Baca tajuk pon dah rasa seram kan..kan..kan.. kononya! hihiiii.. Jujurnya mood kelaut untuk beberapa hari. 

Minggu lepas bertungkus lumus tidur study untuk final exam semester ini, alhamdulillah dah habis, dah tamat, dah selesai dah lega untuk seketika. Debaran nanti bila nak tau keputusan exam.




Semalam sempat join Seminar Buat Duit Dengan Blog anjuran Denaihati.com. Banyak cerita menarik nak kongsi tapi apakan daya, 'girl in bad mood'.

Hari ni masuk kerja dengan rasa 'penat' exam masih berbaki, kerja kat opis pon turut kelaut. Esok jer kerja, pastu dkna sambung cuti seminggu. Errrkkk...semakin lama status 'girl in bad mood'. 

Psstttt...jangan tanya dkna kemana cuti panjang :)
*kembalikan semula mood blogging haku!!


Saturday, May 18, 2013

Seminar Buat Duit Dengan Blog - Denaihati

Esok akan berlangsungnya Seminar Buat Duit Dengan Blog anjuran Denaihati. Ramai rakan blogger yang hadir esok. Dkna pon tak nak melepaskan peluang, rugi sangat kalau tak join. 

Hampir seminggu dkna menduduki peperiksaan akhir semester. Hari ni dkna boleh 'merdeka' dan esok boleh berseronok dengan rakan-rakan blogger di Seminar Buat Duit Dengan Blog



Sedikit info yang berkaitan Seminar Buat Duit Dengan Blog.

Tarikh : 19/5/2013
Lokasi : Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor
Masa : 8.30 am – 1.30 pm
Yuran : RM 50.00 sahaja sehingga 19/5/2013


Ahli Panel Seminar Buat Duit Dengan Blog :

  1. Abang Ensem (Blogger Harta Tanah)
  2. Ikhwan Nazri (CEO Amanz.my)
  3. Md Hasrin Md Hassim (President Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia)
  4. Ahmad Faizal (Blogger dan Cikgu)
  5. Nisa Kay (Blogger dan Wartawan Amanz.my)
  6. Rayyan Haries (Travel Blogger)
  7. Ustaz Nur Efendi Hamid (Blogger dan MudirMadrasah Tahfiz An Nuur)
  8. Zarul Umbrella (The Singing Blogger)

INSENTIF PESERTA SEMINAR

Berbagai insentif menarik akan disediakan untuk peserta Seminar Buat Duit dengan Blog antaranya :- 

  1. Cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah gadget terkini yang menarik seperti iPad mini, Samsung S4 dan package kembara Kemboja.
  2. Hadiah istimewa untuk peserta ke 100, 200, 300 dan 400.
  3. Dan insentif-insentif lain yang akan diumumkan.



Nak info terbaru mengenai Seminar Buat Duit Dengan Blog, boleh ke web Denaihati.com

Ok, jumpa esok kawan-kawan. Dkna dah ready nak exam hari nie. 

Friday, May 17, 2013

Semak Permohonan PPA1M

Mulai esok, 18 Mei 2013 semua permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) akan disemak dan kerja-kerja merekod dibuat. Korang boleh mula buat semakan selepas 4 Jun 2013.

Bagi fasa ke-dua, permohonan akan dimaklumkan semula oleh pihak Perbadanan Putrajaya.

Maklumat lanjut dan semakan status permohonan boleh dibuat melalui laman web Perbadanan Putrajaya : www.ppj.gov.my 

No. Kad Pengenalan Pemohon digunakan sebagai rujukan bagi proses semakan permohonan PPA1M. 




Entry yang berkaitan :-

Ramai yang berebut-rebut nak miliki rumah sendiri memandangkan harga rumah semakin hari semakin meningkat. Tahniah dkna ucapkan kepada mereka yang berjaya dapat PPA1M. 

update : 20 Mei 2013, 9.30 pm


Nuffnang Ads

Anda pasti suka ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...