Nuffnang Ads

Tuesday, November 30, 2010

GUIDE TO A BETTER LIFE - GOOD ONE ...

This is amazing, he died of pancreatic cancer in 2008, but wrote a book ‘The last lecture” before then, one of the bestsellers in 2007. What a legacy to leave behind…


In a letter to his wife Jai and his children, Dylan, Logan, and Chloe, he wrote this beautiful "guide to a better life" for his wife and children to follow.May you be blessed by his insight.


POINTS ON HOW TO IMPROVE YOUR LIFE

Personality:

1. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about

2. Don't have negative thoughts of things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment

3. Don't over do; keep your limits

4. Don't take yourself so seriously; no one else does

5. Don't waste your precious energy on gossip

6. Dream more while you are awake

7. Envy is a waste of time. You already have all you need..

8. Forget issues of the past. Don't remind your partner of his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.

9. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.

10. Make peace with your past so it won't spoil the present

11. No one is in charge of your happiness except you

12. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.

13. Smile and laugh more

14. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Community:

15. Call your family often

16. Each day give something good to others

17. Forgive everyone for everything

18. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6

19. Try to make at least three people smile each day

20. What other people think of you is none of your business

21. Your job will not take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.

Life:

22. Put GOD first in anything and everything that you think, say and do.

23. GOD heals everything

24. Do the right things

25. However good or bad a situation is, it will change

26. No matter how you feel, get up, dress up and show up

27. The best is yet to come

28. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful

29. When you awake alive in the morning, thank GOD for it

30. If you know GOD you will always be happy. So, be happy.

While you practice all of the above, share this knowledge with the people you love, people you school with, people you play with, people you work with and people you live with.Not only will it enrich YOUR life, but also that of those around you.

Sunday, November 28, 2010

:: Jadilah Lelaki Paling Menarik Di Mata Wanita ::

MENJADI LELAKI IDAMAN WANITA MEMANG TIDAK SUKAR SEKIRANYA ANDA MENGETAHUI APA YANG DISUKAI WANITA. SELAIN ITU, IKUTI JUGA TIPS DI BAWAH INI YANG MEMBOLEHKAN ANDA MENJADI LELAKI YANG CUKUP BAIK DI MATA KAUM HAWA.


  1. Emosi - wanita mudah menerima lelaki yang romantik. Ditambah pula dengan sifat romantik dan penyayang, lelaki begini akan menjadi pujaan hatinya. Namun, untuk menjadi lelaki yang menarik di hati wanita, kaum adam harus mengetahui keadaan emosinya. ini kerana pasangan sentiasa terlibat dengan kasih sayang dan cinta. Jika anda pandai membaca emosinya dan tahu cara mengendalikannya maka anda adalah lelaki yang sempurna di matanya.
  2. Lihat isinya bukan luaran - Jangan menilai diri seseorang dengan penampilanya saja sebaliknya anda perlu menilai isi dalamnya. Begitu cara untuk menakluki hati wanita. Mungkin luaran wanita itu tidak cantik tetapi isi hatinya suci bersih. Kalau anda mampu menilai keperibadian wanita melalui mata hati, anda adalah seorang insan yang amat bertuah.
  3. Tahu garis sempadan - Satu lagi ciri lelaki yang menarik ialah mereka tahu batasan dengan wanita. Lelaki yang memahami adalah lelaki yang tahu menjaga batasannya, ia bukan saja melibatkan maruah tetapi masa depan wanita itu sendiri.
  4. Jujur, berakhlak, tulen dan sejati - Lalaki yang terbaik adalah lalaki yang jujur, berakhlak, tulen dan sejati. Kesemua ciri-ciri ini memang dicari oleh setiap wanita agar sukar mencari lelaki yang memenuhi impian setiap wanita.
  5. Sentiasa berhubung - Wanita akan sentiasa dihargai dan disayangi bila anda sentiasa menghubunginya. Walaupun nampak seperti agak remeh tetapi itulah hakikat yang membuatkan wanita jatuh hati pada anda.
  6. Belajar mengenai keseluruhan kehidupan - Wanita biasanya cukup prihatin. Oleh itu, cubalah tanya kepada mereka tentang aktiviti seharian yang dijalani. Tanyakan juga tentang ahli keluarga dan kawan rapat dengannya. Pertanyaan seperti ini akan membuatkan anda lelaki prihatin dan mengambil berat tentang kehidupanya.
  7. Jangan sesekali mencemuh - Kalau anda mengeluarkan kata-kata cemuhan pada wanita, nescaya anda akan dijauhi. Oleh itu, pujilah dengan kata-kata pujian agar anda berjaya memenangi hati wanita. Tidak ada siapa suka diperlekehkan baik lelaki mahupun wanita.
  8. Takluki hatinya - Membuatkan wanita bangga dengan anda merupakan satu bonus bagi kaum adam. Begitu juga membuat wanita dihargai adalah satu tanda bahawa anda adalah lelaki idaman wanita. Justeru itu, apabila anda menyukainya, berterus teranglah. Jangan malu untuk memperkenalkan dirinya sebagai wanita yang paling istimewa di hati anda kepada kawan-kawan kerana apabila anda berbuat demikian, pasti anda berasa bangga kerana anda sangat jujur.
  9. Seorang yang kelakar - Lelaki yang peramah dan kelakar adalah lelaki idaman wanita. Anda akan dijadikan pernghibur dikala dia berduka dan dapat berkongsi cerita.
  10. Mengetahui serba-serbi - Pastikan anda boleh bercerita tentang pelbagai isu baik ekonomi, politik, isu semasa, sukan, hiburan dan sebagainya. Ia menunjukkan anda seorang yang sangat prihatin kepada keadaan sekeliling dan mampu menguasai banyak perkara.

Tuesday, November 16, 2010

- Mengukur Stress -


Anda ingin mengetahui tingkat kemampuan anda dalam menghadapi stress....sila tengkok gambar ini. Bila makin cepat bergeraknya, makin stress lah anda. Seorang guru mengatakan " saya merasa gambarnya bergerak tetapi perlahan, seperti bernafas" Gambar-gambar ini dipergunakan untuk mengetahui level stress yang dapat ditangani seseorang. Semakin perlahan pergerakan gambarnya, semakin baik kemampuan seseorang mengatasi stress . Seorang kriminal yang pernah di test mengatakan gambar-gambar tersebut berputar sangat cepat. Seorang usia lanjut dan anak-anak mengatakan gambarnya tidak bergerak.Gambar-gambar ini tidak ada yang animasi, semua adalah gambar statik.
Sila mencoba, semoga bermanfaat



Sunday, November 14, 2010

:- untuk renungan -:


Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia...
Dia juga ada rasa taku, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan...
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan...
Kita tidak tahu…

Tetapi
jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu…


DAMAINYA SEBUAH PERSAHABATAN JIKA SALING MEMAHAMI

Friday, November 12, 2010

"Muntahlah atas tangan Amid."

Semoga cerita begini sedikit sebanyak memberi kesedaran dan panduan.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
"Muntahlah atas tangan Amid."
17 tahun dulu.

PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin."Kenapa kau nak berhenti sekolah?" soal saya.Amid menundukkan kepala dan membisu. Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya ulang soalan yang sama."Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Amid nak jaga emak sampai akhir hayat," jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas.Saya tersentak mendengar jawapan Amid."isshhh. betul ke budak ni? Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun masih belum habis," hati saya berkata kata."Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat kacau ke?" pujuk saya lagi.

Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan budak-budak nakal."Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Nanti kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak tinggalkan mak," katanya separuh merayu.Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak bergurau."Betul ke ni?" soal saya masih tidak percaya."Betul," balas Amid pula tanpa ragu ragu."Suka hati adiklah," kata saya selepas lama termenung. Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.Saya termenung di serambi. Kata kata Amid itu benar-benar memberi kesan terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada kesedaran mahu berbakti kepada emak.Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa, umur pun sudah mencecah 29 tahun.

Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak.

Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik beradiknya yang lain, memang dia ikhlas mahu menjaga emak.Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan beradik, Amidlah anak yang paling taat terhadap emak. Tingkah lakunya, tutor katanya, begitu tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup, saya dan adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap kasar terhadap emak.Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak terlebih dahulu. Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata Amid.
Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti Amid.Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di sana, tetapi dia menolak.

Katanya, biarlah dia tinggal bersama emak."Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak? Sapa nak uruskan lembu kambing? Kakak? Dia perempuan. Mana larat buat kerja yang berat-berat.
Lagipun takkan nak biarkan rumah ni tak ada lelaki?"

"Abang dan kakak pun dah ada keluarga masing-masing. Abang Usop dan Abang Mat pula dah duduk di KL. Jadi, biarlah Amid duduk di kampung aja. Kerja jaga kambing dan lembu pun tak apalah," kata Amid kepada saya.Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya mengalah.Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak akan setuju untuk ke Kuala Lumpur.

Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh berpisah. Dia lebih rela menjadi gembala lembu daripada meninggalkan emak yang sudah tua itu.Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan mendahulukan emak.

Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu.
Ada kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata untuk menjaga hati Amid.Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang dan meminta izin emak untuk membeli barang tersebut.

Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang menjaganya. Kami adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak lelaki untuk menjaga emak.

Maklumlah, kami di Kuala Lumpur. Tetapi Amid memang tidak mengecewakan kami.Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di ruang tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur di biliknya selama emak terlantar.
Pantang terdengar emak bergerak Mau terbatuk di tengah malam buta, Amid pasti terjaga.
"Kenapa mak?
Mak nak buang air ke?
Lapar? Mak nak minum?"
Amid akan bertanya pada emak.Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air. Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena.

Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh emak daripada kedinginan malam.Satu malam, cerita emak kepada saya lagi, ketika sedang berbaring, tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang sedang berbaring di sebelahnya.Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak terasa nak muntah sangat-sangat.

Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan keadaan emak, membatalkan hasratnya ke dapur.
Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta emak muntah di telapak tangannya.

Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun tidak kisah atau berasa geli-geleman.Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata.
Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini, apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang.
Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika dia sedang terlantar sakit.Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri.

Di samping itu, Amid juga bertanggungjawab memberi makan lembu kambing sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga emak sehingga sembuh sepenuhnya.
Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir mencecah 30-an, rutin hidup Amid tidak pernah berubah.

Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk makan tengah hari.

Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan lelah.Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumah untuk memastikan lembu kambing yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga, namun dia langsung tidak terfikir ke arah itu.Katanya pada saya, buat masa ini, cukuplah seorang wanita bergelar ibu di dalam hidupnya.

Khamis 7 Oktober 2004...AJAL dan maut di tangan Tuhan.

Tidak ada sesiapa yang mampu menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak menyangka, hari itu, Amid akan meninggalkan kami buat selamanya.

Terlalu cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya yang masih muda. Amid meninggal dipanah petir.Ceritanya begini....

Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat Asar.

Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang.
Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid berada di kandang sehingga pukul 6.00 petang.Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja dengan kandang haiwan itu.Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya, Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang berada di rumah mereka pada waktu itu.Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak.

Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.Tiba-Tiba.
prangggggg. tuuuuummmmt!Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah, Nor dan Ana terperanjat.

Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya kira-kira dua kilometer dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar bunyi dentuman petir itu.

Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa seperti di awang-awangan.Tiba-tiba mulut emak terpacul kata kata, "Ya Allah. anak aku!"Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada di kebun.

Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid.Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid.

Dia menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang.Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak jauh dari rumah mereka itu.Sampai di sana..."Ya Allah, adik akuuuuuu!!!" jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid terbaring mengiring di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya.Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali, tapi Amid tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku.

Cerita Mek kepada saya.

ketika itu dia melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan lukanya pula seperti terkena tembakan peluru. Dari waJahnya, sehingga ke paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.Amid dibawa ke hospital dengan hantuan seorang jiran dan disahkan sudah meninggal dunia.

Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek pun bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang agak pelik pada mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.

Cerita Mek, mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam.Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah olah dibaringkan dan tangannya dikiamkan ke dada.
cerita Mek kepada kami lagi.

Pagi Jumaat 8 Oktober 2004
PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid terbujur kaku diselimuti kain kapan di ruang tamu.

Saya terma suk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk menguruskan urusan pengebumian Amid.Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang rumah, termasuk orang-orang kampung membacakan surah Yasin.

Setelah solat jenazah, mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai urusan pengebumian, azan solat Jumaat pun berkumandang.Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah Yasin.

Saya tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi. Ketika sedang khusyuk membaca Yasin.

tiba tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas pokok-pokok di kuburan itu.Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak.

Saya pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang berpusing dan galak berkicau.
Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai ke tanah perkuburan, langsung tidak nampak kelibat seekor burung pun.Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat.

Anehnya, sebaik saya habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu hilang serta-merta.

Apabila saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi juga sudah ghaib entah ke mana.Serentak itu saya terbau saw haruman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Baunya amat harum.

Saya mencaricari dari mana datangnya bau harum itu, mungkin dari orang lain yang berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi saya tidak menemuinya.

Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar tadi.
Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan mendapati bau tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang.

Subhaanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau bertujuan untuk berbangga, riak dan sebagainya, tetapi bagi keluarga kami, Amid menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya. Dan kisah ini ingin saya kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat kita semua.Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian anak membunuh ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua di akhbar atau majalah,
pasti saya akan teringatkan sikap Amid.Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir lebih dua tahun lamanya, namun apabila saya terkenangkannya, saya akan menitiskan air mata. Sedih dan terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap emak.Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap taatnya kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku pada Amid ketika kematiannya, membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke akhir hayatnya.
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".

- Surah Luqman ayat 14.

Thursday, November 11, 2010

:- Don't always sleep late! -:



Good rest and sound sleep is very important... if u don't sleep well,
The toxins in your body will accumulate... Affecting your health and your mood... The main causes of liver damage are:

1. Sleeping too late and waking up too late are the main cause..
2. Not urinating in the morning.
3. Too much eating.
4. Skipping breakfast.
5. Consuming too much medication.
6. Consuming too much preservatives, additives, food coloring, and artificial sweetener.
7. Consuming unhealthy cooking oil. As much as possible reduce cooking oil use when frying, which includes even the best. Cooking oils like olive oil. Do not consume fried foods when you are tired, except if the body is very fit.
8. Consuming overly done foods also add to the burden of liver. Veggies should be eaten raw or cooked 3-5 parts. Fried Veggies should be finished in one sitting, do not store. We have to adopt a good daily lifestyle and eating habits. Maintaining good eating habits is very important for our body to absorb and get rid of unnecessary chemicals.

Because....

Evening 9 - 11pm: is the time for eliminating unnecessary/ toxic chemicals (de- toxification) from the antibody system (lymph nodes). This time duration should be spent by relaxing or listening to music. If during this time a housewife is still in a un relaxed state such as washing the dishes or monitoring children doing their homework, this will have a negative impact on her health. Night at 11pm - 1am: The de-toxification process in the liver, and ideally should be done in a deep sleep state.

Early morning 1 - 3am: de-toxification process in the gall, also ideally done in a deep sleep state. Early morning 3 - 5am: de-toxification in the lungs. Therefore there will sometimes be a severe cough for cough sufferers during this time. Since the de-toxification process had reached the respiratory tract, there is no need to take cough medicine so as not to interfere with toxin removal process.

Morning 5 - 7am: de-toxification in the colon, you should empty your bowel. Morning 7 - 9am: Absorption of nutrients in the small intestine, you should be having breakfast at this time. Breakfast should be earlier, before 6:30am, for those who are sick. Breakfast before 7:30am is very beneficial to those wanting to stay fit. Those who always skip breakfast, they should change their habits, and it is still better to eat breakfast late until 9 -10am rather than no meal at all. Sleeping so late and waking up too late will disrupt the process of removing unnecessary chemicals.

Midnight to 4am is the time when the bone marrow produces blood. Therefore, have a good sleep and don't sleep late.

Sharing Is Caring!

Wednesday, November 10, 2010

:- Hari kiamat -:

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber: Amar Sufi

Tuesday, November 9, 2010

ILUSI MATA KURNIAAN ALLAH


Cuba lihat pada 3 TITIK di kalimah ALLAH selama 10 saat sambil berselawat dan alihkan pandanganpd dinding kosong selama 10 saat juga.. lihatlah keajaibannya. ....Subhanallah..rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..

Monday, November 8, 2010

:- th!s !s a b0at -:

'The boat'


For the guests, 5 suites with sea views (on the middendek). There is also a reading room equipped.

The dining room opens onto the sea view. Suites for the guests.

On the lower deck are the common premises, such as lounge, piano bar and dining area ..... Dining Room

The yacht has the shape of a horseshoe and has a roof so everything is bathed in a sea of light. The spacious lounge.

With an area of 200m2 and completely covers the third deck. (This is the bedroom) The sea view is great and there is a private terrace of 25 meter long. A sea of light.

Three decks, a 25 meter pool, a spa helicopterpad a 100m2 with hammam, sauna, gym and massage room, a promenade of 130 meter, a music room, a dining room, a cinema, sun decks, suites, terraces, a lounge, a bibi . The luxury is at the rendez-vous. The decks are connected by stairs but there is also an elevator. The suite of the owner.

Wally et Hermès use green energy to 20 to 30% fuel savings and 40 to 50% electricity consumption on board. Therefore there are 900 m2 equipped with solar panels, producing a daily output of 500 kW.
The yacht, an area of 3400 m2 with seating for 12 passengers and 20 crew. This is a "green" yacht.

A famous French shipbuilder ship company and one of Monaco joined hands together to build this yacht with enormous dimensions: the WHY 58x38. (58meter long and 38 meter wide) After the first pictures of this project.

Sunday, November 7, 2010

:- Lawak Orang Asli -:

KIPAS

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)berkata:
"Panasnya dalam helikopter ini ...". Maka menjawablah salah seorang Orang Asli yang turut berada dalam helikopter itu: "Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar ...tapi di luar ..."

HANDPHONE

Satu ketika di kampung orang asli, seorang pegawai JHEOA melihat Tok Batin orang asli mempunyai handphone ... "Wah Tok Batin ...ada handphone ..ada coverage ka dekat sini ...?". Jawab Tok Batin: "Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage".


KONDOM

Seorang penduduk orang asli mengadu pada pegawai kesihatan: "Doktor, doktor kata kalau pakai itu kondom, bini saya tak boleh beranak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-dusyun anak saya." Tanya pegawai kesihatan: "Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?". Jawab orang asli: "Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat, saya pun sunatkanlah (khatankan) ..."


PETAI

Seorang penjual petai orang asli di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu ... "Encik satu longok, RM1 sahaja.Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah ...RM20 sahaja." Tanya lelaki berkenaan : "Berapa longok semuanya?". Jawab orang Asli itu : "Semuanya 20 longgok ...".

CUTI

Seorang pengawal keselamatan kaum orang asli yang bekerja di sebuah kilang berjumpa dengan manager minta cuti ... "Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?. Jawab manager
: "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu.
Selepas 14 hari, baru si pengawal keselamatan itu balik bertugas. Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?". Jawab si orang asli itu : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ..


BALIK AWAL

Seorang bapa bertanya kepada anaknya kenapa anaknya tu balik awal dari sekolah. Anaknya menjawab bahawa dia telah menjawab soalan cikgu dengan cepat dan betul sebab itulah dia disuruh balik awal. Bila ditanya apa soalan cikgu tu, dia menjawab : "Siapa yang baling kasut kat kepala saya ?".

IKUT CAKAP

Pada suatu hari ahmad dan rakan karibnya, hassan, pergi mancing kat sungai.
Dalam bosan2 menunggu ikan, ahmad berkata, ahmad: aku ada satu cerita.

hassan : cerita ape?
ahmad : nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?
hassan : yela...
ahmad pun memulakan ceritanya...
ahmad : satu hari aku pergi memburu.
hassan : memburu.
ahmad : aku masuk kedalam hutan.
hassan : hutan.
ahmad : tiba2 aku rasa nak terberak.
hassan : berak.
ahmad : aku berlari ke semak.
hassan :semak.
ahmad : aku pun berak.
hassan : berak.
ahmad : satu hari aku pergi memburu lagi.
hassan : lagi.
ahmad : aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.
hassan : dulu.
ahmad : aku lihat tahi aku suda tak ada.
hassan : ada.
ahmad : aku pun tertanya2.
hassan : tanya.
ahmad : siapa makan tahi aku?
hassan : aku....

INTERVIEW

ahmad : Din, sekarang dah pukul 3, kau kena pergi temuduga tu cepat.
din : macamana aku nak cepat, dia suruh aku jalan kaki.
ahmad : gila kau...
din : betul, kau tengok iklan ni kan . Dia kata "Walk-in interview'.
ahmad : .... tak payah pegi la mat...

Saturday, November 6, 2010

:- banjir OH banjir -:


sedang enak di ulik buai mimpi tdow siang hari...aku terjaga dek gangguan telefon buka jer mata tgk lappy ku msh lg on...tgn mula 'searching' paper on9...terbaca artikel sal banjir yg berlaku di utara tanah air..terdetik di hati rasa kesian dengan apa yang berlaku...jika sblm ni kelantan dan johor pernah mengalami banjir yang begitu terok, sekarang utara pula mengalami nasib yang sama..per2 pon yang berlaku, adahikmat disebaliknya. Dia maha mengatahui apa yang berlaku..marilah sama2 kite berdoa dan menghulurkan bantuan yang sewajarnya.

:- feeling in love -:




:- the smile on ur face lets me know that u need me...there's a truth in ur eyes saying u will never leave me...a touch of ur hand says u will catch me if ever i fall -:

sgt suka lirik lagu nie..penuh bermakna...
*ADabels=

Friday, November 5, 2010

:- B!La SaYaNg -:


Biler kiter syg org tu
Kita tnggu dia lame pn x per
Tp biler dia tnggu kiter???dia mrh2
Ati kate ala, adatlah ada yang mnunggu n dtnggu

Biler kiter syg org tu
Kiter x tdo pn x pe lyn dia yg ngah bsn,
Tp biler kite bosan Ada dia lyn kiter?
Ati kate x pe dia busy kot

Biler kiter syg org tu
Kita gdh ngan dia, kita diam je
Tp dia heboh 1 dunia
Ati kate x pe, dia tension tuu

Biler kiter syg org tu
Kita kol nak ckp ngan dia
Tp dia bg phone kat org len atau matikan
Biler jd cm2, x pe
Ati kata, x pe, lyn je, kwn dia, kwn kiter gak

Biler kiter syg org tu
Kita bercerita dgn dia,citer ngan tunggul lg baik
Tp biler dia bercerita ngan kita
Kita dgr, sepatah2 kite kena ingt...klu x ingat kita yang kena marah
Ati kata x pe syg katakn…

Biler kiter syg org tu
Kita n dia lpr
Tp kiter bg sume roti kita kat dia
Ati kata, ala jagalh ati dia, sian dia….

Biler kiter syg org tu
Kiter sanggup bg dia rest biler dia letih,
Tp biler kita letih, dia srh jugak kiter
lyn dia bila dia bsn
Adil ker? Ati kata, ala bukan selalu pun..

Biler kiter syg org tu
Kita jadi cam org giler dngr dia sakit,
Tp biler kita sakit,
Dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan
hari kesakitan kita,
Ati kata, ala x pe, x kn dia nak
berkepit ngan kita 24 jam

Biler kiter syg org tu
Kita x prnh pntingkan diri sndri
Tp dia hpokrit thp gaban
Ati kata x per, dia mmg cm2 kene lah trima..

Biler kiter syg org tu
Kiter syg nk tngglkn dia slama2nya
Tp dia x tahu kiter berdpn dgn maut,
Wlpn kiter skt,dia kata kat kiter,sakit
bese2 jer, jgn nk merungut
Ati kata, cmnelah dia biler kiter x de,
msti dia hepi

Biler kiter syg org tu
Kiter x snggp tngk dia derita
Tp dia x prnh hargai diri kiter,
Ati kata, tau x btapa kita syg kan dia????

Biler kiter syg org tu
Kiter snggup tngglkn dia selaam2nya untk dia bhgia
Tp adkh dia tahu pngrbnn kiter??
Ati kata, x pe, janji dia bhgia

Dan……
Biler kiter dh tngglkn dia selama2nya
Dia dtg ziarah pusara kiterr
Dia kata Dia mintak maaf sebab pernah mngata kiter
Dia mintak maaf sebab pernah bt kiter tnggu dia
Dia mintak maaf sebab pernah pksa kita lyn dia time bsn
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dnia slh kiter
Dia mintak maaf sebab pernah x hiraukn kol kiter
Dia mintak maaf sebab pernah x dgr luahan ati kiter
Dia mintak maaf sebab pernah bt kiter klprn sbb dia
Dia mintak maaf sebab pernah gnggu waktu rht kiter
Dia mintak maaf sebab x pernah hiraukn skt kiterr
Dia mintak maaf sebab pernah pntingkn diri dia sndri
Dia mintak maaf sebab x prnh tngk pnderitaan kiter

NAMUN SEMUANYA TELAH T`LAMBAT....
Aku bkn milik mu lagi...dan kamu tidak dpt ku miliki =(

HARGAILAH ORANG2 YG KITA SAYANG.....
HARGAILAH ORANG YG MASIH SAYANG PADA KITA =))

Monday, November 1, 2010

:- lawak pesbuk!!!! -:

salam...selamat pagi :)
mulakan hari isnin dengan ceria...
jom kite layan pesbuk .. :)




Nuffnang Ads

Anda pasti suka ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...