Nuffnang Ads

Monday, December 27, 2010

~ merry christmas ~

Salam tuk semua... Da lama rasanya x reka n3 kat blog nie :) xtau nak tulis apa...bagi n3 kali ni aku nak wish merry christmas wat kwn2 yang menyambutnya....

Aku ada buat lawatan sambil habiskan duit kat Sunway last week. heheheee... saja jer jejalan kat sana.. Dah lama aku x jejak kaki.. kalo setakat nak pergi sana sorang2 jgn harap la aku nak drive. Maklumla, jalan ke sana aku x hafal..so kalo de peneman yang setia bg 'guide' baru aku pergi. Pusing kat sana hampir 10jam...cuba bayangkan, smp sana kul 11pg..blk dr sunway kul 9mlm...aduuuiii..penat giler!!!

Tapi aku puas ati coz dpt bear nie...hihihiiii...main game sampai habis duit semata-mata nak dptkan bear yg dlm pic kat bwh nie. Tgk jer la yea pic yang aku sempat snap :)


rasanya korang pernah main game nie kan??

cuba teka
bape lama ambil masa tuk dptkan sumer nie??
bape byk duit yg terlabur secara x sengaja?? heheheee

noted : pic nie aku upload kat FB untuk tatapan anak buah "Nur Syarmila Qarissa" ulang tahun pertama tanggal 25/12/2010

Friday, December 24, 2010

SATIR????

Satir maksudnya batasan bagi orang yang solat.

Satir maksudnya batasan bagi orang yang solat. orang yang solat di atassajadah bererti sajadahnya itu dianggap sebagai satir. Orang solat di atas lantai ruangan yang luas begitu juga orang yang solat di padangpasirmisalnya, disuruh membuat satir atau batas. satir itu boleh dibuat denganmemacakkan kayu di hadapan kita, boleh dengan menggaris tanah, boleh dibuat dengan meletakkan sesuatu benda dan sebagainya.Diriwayatkan oleh Abdul Razaq, bahawa Umar bin Khattab melihat seorangpemuda sedang mengerjakan solat. Beliau berkata pada pemuda itu: "Wahaipemuda, majulah ke depan dan dekatkan badanmu ke tiang itu supaya ia menjadi satirmu. Jangan biarkan syaitan mempermainkan solatmu. Inibukanlah saya katakan sendiri tetapi yang aku dengar dari Rasulullah SAW."


Riwayat dari Ibnu Abi Syaibah, dari Umar bin Khattab mengatakan: " Apabila solat salah seorang kamu hendaklah solat dengan satir supaya syaitan tidaklalu dihadapannya ."

Umar bin Khattab adalah manusia yang amat mementingkan masalah satir.Apabila beliau tidak mendapat sesuatu untuk dijadikan satir, beliauletakkan songkoknya di hadapannya ketika solat. Apabila beliau melihatorang mengerjakan solat tanpa satir atau batasan, beliau duduk di depan orang yang solat itu untuk menjadi satir. Ini maksudnya supaya jangan adalagi orang yang lalu di antaranya dan diantara orang yang solat itu.Riwayat dari Abdul Razaq, yang diterima dari Abdullah bin Syaqiq mengatakan: Umar bin Khattab lalu di tempat orang yang mengerjakan solat dalam tidak memakai satir.


Setelah orang itu selesai solat, beliau berkata: " Kalau engkau tidak membuat satir, nanti orang akan lalu di hadapanmu. Tetapi kalau tahulah orang yang lalu itu bagaimana dosanya laludi hadapan orang yang solat, dia tidak akan melakukannya".Apabila kita sedang mengerjakan solat, kemudian nampak orang yang mahu lalu di hadapan kita, maka kita berhak melarangnya. Umar ada mengatakan: "Jangan biarkan orang yang lalu di hadapanmu kerana jika dia lalu akandiiringi oleh syaitan ."

( Daripada buku yang berjudul UMAR IBNUL KHATTAB – KEPUTUSAN HUKUM & FATWA – FATWANYA ).

Thursday, December 23, 2010

"Putrajaya Agrobazaar"

Salam dan selamat pagi...

Bagi mereka yang dah lama x balik kg untuk menikmati kemanisan buah2an, dijemput datang beramai-ramai ke "Putrajaya Agrobazaar". Sambil2 makan boleh bwk keluarga bersiar-siar sekitar Putrajaya...
Selamat menjamu selera :)

Wednesday, December 22, 2010

- ditinggalkan berbogel di rumah usang -

INAP ditinggalkan bersendirian tanpa berpakaian menyuap sisa makanan di atas katil di rumahnya di Kampung Melekek Dalam, Alor Gajah, Melaka.

ALOR GAJAH: Seorang ibu berusia 70 tahun ditemui tinggal bersendirian dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah usang di Kampung Melekek Dalam, dekat sini, semalam, dipercayai ditinggalkan anaknya bagi tempoh agak lama.

Warga tua malang ini didapati berbaring di atas sebuah katil daif tanpa dibaluti sebarang pakaian, manakala najisnya dilihat bertaburan di situ, selain keadaan persekitaran berbau busuk dan hancing serta sangat meloyakan. Seorang penduduk, Rahmat Sulong, 60, berkata wanita tua berkenaan yang dikenali sebagai Inap Aji, dibiarkan tinggal seorang diri dan hidup seperti itu oleh anaknya sejak kematian suami beliau beberapa tahun lalu. "Beginilah keadaannya sepanjang masa dan beliau akan makan, minum dan buang air di tempat sama iaitu di katilnya. Sebab itu tempat ini berbau busuk dan hancing kerana wanita tua ini sudah tidak boleh bergerak lagi kerana terlalu uzur," katanya.

Rahmat berkata, sebagai jiran dan penduduk kampung itu, beliau prihatin dengan nasib wanita tua berkenaan dan berharap satu tindakan segera diambil bagi membantunya supaya tidak terus menderita terbiar di situ dihurung lalat dan bau busuk.
Katanya, wanita itu mempunyai seorang anak perempuan yang sudah berkeluarga dan melawatnya selang beberapa hari dengan membawa makanan.

"Kami sebenarnya sudah bertemu wanita ini dan berbincang berhubung nasib ibunya tetapi tidak mendapat maklum balas positif, malah kami juga pernah mengajukan masalah ini kepada Jabatan Kebajikan Mas yarakat (JKM) bagi mendapat bantuan dan ia tetap tidak berhasil.

"Mengikut JKM, wanita tua ini mempunyai pencen sebagai tukang sapu, manakala anak tunggalnya itu bekerja. Disebabkan itu, wanita berkenaan dikatakan tidak dapat dibantu walaupun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sudah berusaha ke arah itu.

"Jadi, sampai bila wanita tua ini terus hidup dalam berkeadaan seperti ini? JKM sepatutnya menghulur bantuan termasuk membawanya ke pusat jagaan sesuai supaya kehidupannya lebih terurus," katanya.
Sementara itu, tinjauan lanjut mendapati bahagian dalam rumah kayu itu dibiarkan tidak berkunci, selain keadaan dalam rumah berselerak, manakala lampu bilik menyala sepanjang masa oleh anak warga tua berkenaan.

catatan :-

dengan susah payah ibu mengandung selama 9 bulan, belum lagi bertarung hidup atau mati melahirkan anak.
Setelah dibesarkan dan diberi segala keperluan, ini yang patut didapati sebagai balasan atas segala penderitaan seorang ibu.
Sesiapa yang masih ada ibu, tolonglah jangan buat macam ni kat ibu kita. tanpa ibu kita tidak akan melihat dunia.

Tuesday, December 21, 2010

... kosong ....

Pernah korang rasa kosong ?? Macam ... aduuuii... susahnya nak terangkan... Rasa nie tetiba jer tau.. bukan macam rasa sedih atau hepi.. Rasa kosong...ermmm.. kalo sesiapa pernah merasai apa yang aku rasa, mesti korang susah nak explainkan..Aku x suka perasaan nie!!@#$%^

Argghhhhh!!! Someone can help me ??? =_=

Sunday, December 19, 2010

~ majlis pertunangan ~

salam sayang wat sumer...

Hari nie cuaca kat Putrajaya mendung ajer...mud aku ari nie pon sama jer ngan cuaca kat luar..redup...x hepi...x sedey...tapi semalam aku plg hepi coz kwn baik aku da selamat menjadi tunangan orang..Alhamdulilah, bertemu jugak jodoh dia..
Nak citer sal semalam, aku gerak dari Putrajaya lebey kuwang kul 9 pagi..awalkan?? huhuuu..nak wat camne, perjalanan aku jao...nak ke Felda Palong 10, n9.. aku pernah smp sana tp zaman 2 aku ngah study kat JB, so yang jd driver kakak dia..aku jd penumpang terhormat duk kat belakang..mana nak hafal jalan kan..tau2 da smp depan umah...hahahahaaaa...so semalam bila nak p sana terpaksalah aku terhegeh2 duk usha jalan..mana nak tgk signbord, mana nak tgk direction yang kwn aku bagi...GPS lak xde..hihiiii..so...redah jer laaa ^_^

aku sampai sana kul 1230...msk jer jmp kwn aku, WOOWWW!!! cantiknya dia..berseri-seri...terdetik kat ati kecilku, bila lak turn aku yea?? :)

tung tang tung tang majlis pon berakhir...so, dlm tempoh staun lg aku akan kembali ngn n3 bertajuk "MAJLIS PERKAHWINAN"...continue tuk n3 nie ...hihiii...meh la tgk pic2 yg sempat di snap :)



hadiah kecil dari aku tuk my beloved fweennn



cincin merisik n bertunang


berseri-serikan???


bagai pinang di belah dua :)


kenangan aku bersama dia

Friday, December 17, 2010

~ renungan pagi jumaat ~

“Mereka menjawab: “Apakah kamu datang kepada kami untuk memalingkan kami dari (menyembah) tuhan-tuhan kami? Maka datangkanlah kepada kami azab yang telah kamu ancamkan kepada kami jika kamu termasuk orang-orang yang benar”.
~ Al-Qur’an Surah Al Ahqaaf : ayat 22 ~

Thursday, December 16, 2010

:- shin chan -:

....

Korang tgh wat per pttg2 camni?? jam da hampir kul 5..nak wat keje pon da malas..byk alasan yg d berikan...jom kite layan pic anak yg cumey nie ...







Wednesday, December 15, 2010

... kenangan beliau ...



Sape x kenal beliau?? Semua org mengenali Tun Dr.M ...
  • Jasa-jasa Tun Dr. Mahathir kepada Malaysia tidak dapat di nilai, yang kita nampak jelas ia Putrajaya, KLIA, Lebuhraya, Menara Dayabumi, perubahan waktu, punch card dll. Bagi mereka yang mula berada dalam Perkhidmatan Awam sejak Operasi Isi Penuh (bermula Zaman Tun Hussein Onn) kini telah berada dihujung usi perkhidmatan nampak kepada perubahan ini.

  • Mereka ini dapat melihat perubahan besar yang berlaku, terutamanya sejak tamatnya era pertama DEB tahun 90’an. Gulungan Menengah Melayu bertambah dengan ramai, rakyat keseluruhan dapat menikmati limpahan pembangunan tersebut. Falsafah pembangunan ketika itu adalah ‘Change the Infrastructure instead of change of attitude’.

  • Begitulah juga hebatnya YBhg Tun Dr. M ketika menjawab sesuatu soalan, dan saya masih ingat dalam tahun 90’an didalam berita beliau menjelaskan sikap 1Malaysia (walaupun ketika itu belum ada slogan ini) dimana beliau ditanya oleh seorang pemimpin Sabah dengan soalan “Bolehkah orang Sabah menjadi Perdana Menteri?, jawab YBhg Tun selamba “ Orang Sabah tak boleh but Orang Malaysia boleh”. Inilah pemimpin yang baik untuk negara kita.

Tuesday, December 14, 2010

:- kepenatan -:


tgk pic 2...huhuuu..x ckp kaki n tgn aku wat keje tuk bln DISEMBER.. aduuuuiiiiiiiii....da beberapa mlm bdn aku terasa sakit2..maybe sbb terlalu lama duk tas kusi di opis...sabtu n ahad jugak stay kat opis menyiapkan kerja . Maklumlah ujung2 taun nie, mcm2 nak kene setel.. Semua keje kene wat dengan segera...

Monday, December 13, 2010

~ untuk renungan bersama ~

BACE SAMPAI HABIS!!!

Ni adalah benar... Sila baca sehingga habis... Dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org islam yg boleh..

Ini Adalah Surat Wasiat Dari Penjaga Makam Nabi Muhammad Saw Iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia). Pada Suatu Malam Ketika Membaca Al-Quran Di Makam Rasulullah Saw. Selepas Membaca Lalu Hamba Tertidur, Dalam Tidur Hamba Bermimpi Didatangi Rasulullah Saw Lalu Bersabda Kepada Hamba, Dalam 60 000 Orang Yang Meninggal Dunia Di Zaman Ini Tiada Seorang Pun Yang Matinya Dalam Keadaan Beriman.

(A) Isteri Tidak Mendengar Kata Suami.
(B) Orang Kaya Tidak Lagi Bertimbang Rasa.
(C) Orang Tidak Lagi Berzakat Dan Tidak Membuat Kebajikan

Oleh Itu Wahai Sheikh Ahmad, Hendaklah Kamu Menyedarkan Kepada Orang Islam Ini Supaya Membuat Kebajikan, Kerana Hari Penghabisan(Qiamat) Akan Tiba Di Mana Bintang Akan Terbit Dari Langit, Sesudah Itu Matahari Akan Turun Di Atas Kepala.
Pesanan Hamba Ini:
(A) Berselawat - Untuk Junjungan Nabi Kita Muhammad Saw.
(B) Bertaubatlah - Dengan Segera Sementara Pintu Taubat Masih Terbuka.
(C) Bersembahyanglah
(D) Berzakat - Jangan Ditinggalkan.
(E) Menunaikan Fardhu Haji – Bila Berkemampuan.
(F) Jangan Menderhaka Kepada Kedua Ibu Bapa.
Untuk Makluman
1.Seorang Saudagar Dari Bombay Telah Menerima Surat Ini Dan Beliau Telah Mencatak Sebanyak 20 Salinan Dan Mengirimkan Kepada Orang Lain, Dia Kemudiannya Dianugerahi Allah Dengan Mendapat Keuntungan Yang Besar Dalam Perniagaannya.
2.Seorang Hamba Allah Telah Menerima Surat Ini Tetapi Tidak Mengendahkannya Dan Menganggap Wasiat Ini Palsu, Maka Selang Beberapa Hari Kemudian Anaknya Meninggal Dunia.
3.Pada Tahun 1977 Tun Dato Mustapha Bekas Ketua Menteri Sabah Menerima Wasiat Ini Kemudian Mengarahkan Setiausahanya Mencetak Sebanyak 20 Salinan Dan Menghantarnya Kepada Orang Lain, Maka Selang Beberapa Hari Kemudian Dia Telah Mendapat Hadiah Dari Kebajikan Masyarakat Di Malaysia Timur.
4.Tan Sri Ghazali Jawi, Bekas Menteri Besar Perak Secara Tidak Langsung Dipecat Dari Jawatannya Kerana Apabila Beliau Menerima Wasiat Ini Beliau Terlupa Mencetak 20 Salinan Untuk Disebarkan Kepada Orang Lain Tetapi Beliau Telah Menyedari Kesilapannya Lalu Beliau Mencetak Semula Wasiat Ini Dan Mengirimkannya Kepada Orang Lain, Beberapa Hari Kemudian Beliau Telah Dilantik MenteriKabinet Perdana Menteri.
5.Zulfikar Ali Bhuno Telah Menerima Surat Wasiat Ini Dan Tidak Percaya Akan Kebenarannya Juga Menganggap Palsu Lalu Membuangnya Ke Dalam Tong Sampah. Seminggu Kemudian Beliau Telah Dijatuhkan Hukuman Pancung Sampai Mati.
6.Di Terengganu, Seorang Pekerja Bengkel Kenderaan Telah Menerima Wasiat Ini Dari Pengirim Yang Tidak Dikenali Yang Datangnya Dari Perak Lalu Beliau Membuat Sebanyak 20 Salinan Seperti Yang Dituntut. Alhamdulillah Dia Dianugerahkan Oleh Allah Seorang Gadis Berakhlak Mulia Seperti Yang Dituntut Oleh Islam. Baginya Anugerah Ini Paling Agung Dan Tidak Ada Tandingannya.
7.Di Terengganu Juga, Seorang Hamba Allah Telah Menerima Surat Ini Dari Orang Yang Tidak Dikenali Tetapi Beliau Tidak Mengendahkannya Dengan Mengatakan Ianya Bohong Belaka Dan Sengaja Mengada-Adakan Untuk Menakutkan Orang Yang Membacanya. Beberapa Hari Kemudian Dia Telah Mendapat Penyakit Ganjil Dan Penderitaanya Amat Menyedihkan. Setelah Tiga Minggu Mendapat Rawatan Rapi Di Hospital, Penyatkitnya Sukar Juga Diubati Oleh Doktor. Akhirnya Beliau Teringat Akan Wasiat Ini Dan Mengedarkannya Kepada Orang Lain. Semingu Kemudian Barulah Beliau Beransur Sembuh Sehingga Sekarang.
Banyak Lagi Contoh-Contoh Orang Yang Menerima Wasiat Ini Tetapi Tidak Mempercayainya Dan Tidak Mengedarkannya Atau Menyampaikan Kepada Orang Lain. Dimana Mereka Mendapat Malapetaka. Setelah Kejadian Yang Menggembirakan Dan Menyakinkan Ini Anda Jangan Lupa Menyampaikan 20 Salinan Wasiat Dalam Masa 96 Jam Dari Masa Anda Menerimanya. Insyaallah Anda Akan Memperolehi Sesuatu Dari Yang Maha Kuasa Dengan Penuh Keyakinan Pasti Ia Akan Menerangi Hidup Anda Dengan Nikmat Kebahagiaan Hidup. Isnyaallah.
PERHATIAN
Setelah Membaca Wasiat Ini Hendaklah Ditulis Atau Dicetak Dan Disampaikan Kepda Orang Lain Sebanyak 20 Salinan. Sekiranya Telah Dilakukan Anda Akan Dianugerahkan Sesuatu Nikmat Atau Hajat Anda Akan Dikabulkan Oleh Allah.
Kata Sheikh Ahmad Lagi. Jika Apa Yang Hamba Katakan Ini Tidak Benar, Biarlah Hamba Mati Dalam Kekufuran Dan Hamba Tidak Mendapumat Perlindungan Dan Syafaat Rasulullah Saw Naaauzubillah. Oleh Itu Hendaklah Ditulis Atau Dicetak Dan Disampaikan Kepada Orang Lain. Insyaallah Dalam Masa 2 Minggu Anda Akan Berolah Kebahagiaan Dan Ingatlah Lakukan Ini Dengan Hati Yang Ikhlas Dan Janganlah Diabaikan Atau Dibiarkan

Saturday, December 11, 2010

........ argh!!!! .........


Pernah x korang rasa strees yang terlampau??? arrrrrrrrrgghhhh!!!

Bila dalam keadaan macam nie per korang akan wat ey?? Otak mula berfikir-fikir benda yang x patut difikirkan...syaitan lak mula berbisik melakukan benda yang x elok.

ermmmmmmmmmm...

Ngan sape kite nak luahkan perasan nie?? Adakah org sekeliling kite boleh di percayai? Lumrah dunia, sekali kene tipu boleh diabaikan lg...tapi kalo dah berkali2 tertipu dan ditipu apa akan jadi?? Sudah tentu hilang kepercayaan terhadap org sekeliling. Kemudian terjadilah 'kemurungan' dalam diri..

Nak diluahkan ngn mak n ayah..makin wat mereka susah ati..
Nak dikongsi ngn kakak, abg, adik...mereka punyai masalah sendiri
Nak diceritakan ngn kwn2...adakah mereka 100% boleh dipercayai
Nak disembangkan ngn bf/gf..adakah mereke kekal bersama kite smp mati

Akhirnya pendam sendirian sehingga mengalirkan air mata... air mata yang akan mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Bila kepercayaan ku tidak dihargai ....................................!@#$%^&*

Friday, December 10, 2010

: Fashion Terbaru BAIK PUNYA :

Salam sumer...

juz nak tya pendapat korang kalo tgk pic nie...
minta kawan2 komen untuk :-
1) suami
2) isteri
3) baby

Monday, December 6, 2010

< cara menadah tangan/berdoa yang betol >

Hari isnin pembuka segala hari...ada bermacam2 mud untuk bgn seawal pg.. Ada yang hepi dpt pergi keje dan ada juga yang tersangat malas pergi keje. Maklumla 2 hari bercuti n bgn lewat, so bila nak setting waktu bgn awal pg mesti susah kan.. :)

Cam biasa kerja aku mmg banyak la untuk hari isnin...tp minggu nie x sebanyak minggu sblm2 nie coz sabtu lps aku datang opis tuk settlekan sikit keje yang x sempat nak wat. Bila tiba waktu tengahari mud nak wat keje mula berkurangan..hihiiii...perot mula menyanyi2 ikot lagu yang aku dengar melalui earphone...syaitan mula berbisik "udah2 la wat keje, jam da kul 12 nie..jom layan emel sambil cucikan mata".

Meh kite kongsi ilmu nie bersama-sama :-
Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketikaberdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah. Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuksampan.

Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ba. Titik baletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiaphuruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikatmenjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ba bernama Har Hayaail.Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpasebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuhpengharapan .Mencari keberkatan doaDoa senjata orang mukmin.

Berikut ada panduan tata cara berdoa iaitu:
1) angkat tangan ke paras dada
2) rapatkan kedua-dua belah tapak tangan
3) apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba. Titik ba terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama har hayaail. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.

4) duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyatakhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar /bersandar.

5) sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebutnama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita padamasa itu. Cthnya jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah namaallah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw.

6) berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahamikerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicaratulus hamba-hambanya7) ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecilkerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.




Wallaahu a'lam.

Saturday, December 4, 2010

:: water and lava ::

(Please let the pics open. Might take some time on a slower connection. Or might be server problemIf you can't see the pictures, right click the small Red-Cross and choose Show Picture to view it.)






Friday, December 3, 2010

~ cintailah aku seadanya aku ~

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalandi tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuahbangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada sisuami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memangmenyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakanabang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawaabang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepadasaya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan temanlelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentukpuisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manisdan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkahengkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Thursday, December 2, 2010

:- musim cuti sekolah vs musim kenduri kawin -:

salam n selamat ptg wat kwn2 sume..






Apa citer yang menarik untuk dikongsi bersama?? Nak tau x per yg sedang bermen di fikiran aku skrg nie?? hihiiiii....Sedang asyik melayan karenah bos2 n kwn2 kat opis nie sambil 'potpet2' terkeluar la isu musim cuti skolah vs musim kenduri kawin :)





kalo 2 minggu lps, time aku otw ke opis da jgk la nampak mak ayah duk sibuk jer hantar anak-
anak ke skolah...kat kwsn umah aku lak de nampak bus Nadi Putra perjalanan ''sekolah''..jalanraya pon mesti agak sesak awal pg...tp skrg nie aku p keje pon relax jer, kurang la sikit jamed kat Putrajaya ni..parking kete pon msh lg kosong walopon smp agak lwt dr kebiasaan...kalo terlewat walopon 2 mnt je mesti kene halang kete staff len....aduuuuuiii...tension bila kene alihkan kete ketika matahari terpacak tas kepala..x suka...x suka..x suka...rela i smp opis awal semata-mata x mau halang kene org len hihihiiiii :D....

bila buka FB ramai lak kwn2 pompuan zaman skolah dulu da disunting...kawin...ada anak bkn sorg malah de yg da msk 3 org...woooowwww..umor sebaya aku da dpt baby..x terkecuali kwn2 lelaki da beristeri.. seronok jer tgk pic kwn2 yg da berkeluarga.. rasa nak kawin ari ni jgk...mak..kawinkan aku....hahahahaaaaaaaa...opppssss!! muda lg laaa..x cecah 25 tahun lg ..

KAWIN..oohh nooooo...ngn sape? bila? @!#$%^&*
ajak maut jodoh pertemuan d tgn Tuhan....insyaAllah, dengan izin dari Dia akan tiba masanya nanti.. x perlulah aku nak stress ngn soalan dr kwn2, sanak saudara ''bila nak kawin'',''keje da bgs, apa tunggu lg'',''da lama keje,boleyla mkn nasik minyak'',''anak dara x elok tggu lama2'' n mcm2 lg soalan...pe yang aku jwb ''insyaAllah, NEXT YEAR'' kata putus dr bibirku :D

Wednesday, December 1, 2010

~ Most Beautiful River In Columbia ~

The river that ran away to paradise - During a brief span between wet and dry seasons, when the water level is just right, the many varieties of algae and moss bloom in a dazzling display of colors. Without any roads leading to this river, it must be accessed by horse.








Nuffnang Ads

Anda pasti suka ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...