2
Alkisahnyer bermula disini..

Laki talifon,
Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
Bini jawab, Tak nak lah bang, bini awak diet...
Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....
Bila laki query balik, Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....
Bini jawab, Memangla orang kata takmau apa-apa...
Tapi belikan jerla apa-apa.... Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....

Eh, bini aku ni... Yang mana satu nih?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Laki talipon bini, Petang ni awak nak masak apa Yang?
Bini jawab, Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!
Balik keja ni Abang makan siap-siaplah
Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak
Tibai nasik beriyani kari kambing baik punya.
Sampai umah, sendawa bau kambing...
Tiba-tiba... Bini jerit panggil ajak makan!
Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam, Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit.

Jom makan!!

Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja, Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!

Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Abang ni, kalo dok umah asyik sepah rumah jerlah!
Bini abang penat tau nak kemas umah..
Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke
Pergilah! Pergilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih
Si laki punyala seronok weeiii
Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...
Bila dah siap, kuar bilik...
Tengok anak bini dah siap-siap pakai baju lawa...

Bangggg, bini awak sama anak-anak ikut awak eh?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Bang, ujung minggu ni balik kampung nak?
Abang keja lah yang...
Abang hantar bini abang dgn anak-anak dah la bang, Pastu abang balik la KL balik..
Lepas dah hantar anak bini balik Parit Buntaq.
Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi...
Bini dia talipon.

Abang bila nak balik ambik kitorang bang?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau..
Abang tak kesian bini abang ker...
Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asyik basuh kain jer..
Abang tolongla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...
Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain....
Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir plak..
Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?

kenapa? kenapa? kenapa?

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...bini abang nak mandikan anak yang sorang lagi...
Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? laki tanya
Alah abang ni... kan baju anak ada 8 bakul tu...pakaikan jerlah baju mana-mana pon...bukan ada org nk tengok ponnn...
Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....
Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?
kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Kesian lelaki... otak lurus sgt... xleh bengkang bengkok sikit.
Sekadar Gurauan naaa…
AHAHAHA..ye ker wahai lelaki? HAHAHAHA

Post a Comment

Anonymous said... 3/2/11 11:52 AM

Salam Cik Adylia,
Betul3..hehehheh
ikhlas,

chunna said... 3/2/11 4:52 PM

entry ni best la.. lucu sgt.

 
Top