6

Dkna Abza ^-^

Bertuahnya mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah waktu ketika ini...

Masih mampu untuk gelak ketawa bersama sama...

Masih mampu untuk bersua bertanya khabar antara satu sama lain...

Masih mampu untuk berkongsi cerita suka duka bersama sama...

Masih mampu untuk menyambut ramadhan yang mulia ini...

Masih mampu untuk memilih pakaian raya untuk ibu dan ayah...

Masih mampu untuk menyambut hari raya bersama sama...

Masih mampu untuk ucapkan 'selamat hari raya ayah'...

Dan masih mampu untuk bersalaman memohon kemaafkan dengan ibu dan ayah...

Tapi bukan bagi dkna...hari ini genap 11 tahun semua itu dkna tak lakukan bersama arwah abah...kini kami adik beradik hanya mampu lakukan semua itu untuk seorang ibu...

Hanya doa yang mengiringi arwah abah...

Tiada lagi gelak tawa bersamanya

Tiada lagi khabar berita darinya

Tiada lagi kisah suka duka yang dapat berkongsi dengannya

Tiada lagi sambutan ramadhan bersamanya

Tiada lagi baju melayu untuknya

Tiada lagi duit raya darinya

Hanya iringan Al-Fatihah yang mampu diberikan kepadanya

Hanya kenangan yang kekal dalam ingatan

Post a Comment

abghani said... 12/8/11 10:27 AM

ayah dan ibu itu permulaan kita

Fadzli Amir said... 12/8/11 10:33 AM

Alfatihah....untuk ayah awah dan ibu saya yang tercinta...Tapi kenangan masih tersemat di sanubari...

Bob Merley said... 12/8/11 10:44 AM

teringat time budak2 dulu )=

Hafizin Jamil said... 12/8/11 2:28 PM

insya allah jumpa nanti kelak

 
Top