13
Dkna Abza ^-^

Susah rupanya nak kawen nie kan? Siapa cakap senang jer kawen.. ' ko cakap jer kat mak abpak dia ko nak kat anak dia'..'pergi jumpa family dia'..bla bla bla...


Tapi tak semudah tu...senang mulut berbicara..tapi nak melaksankanya bukan sesenang yang difikirkan..tambah pulak bila nak kawen dengan orang yang berlainan negeri..sudah pasti berlainan adat dan cara kan? walaupon kita tinggal di bumi yang sama, tapi lain cara lain adatnya.


Patutlah bila dah bertunang ada jer yang putus di tengah jalan..yelah, bila berbincang dengan pasangan pasti ada yang bermasam muka..


'saya nak awak bawak 10k'....


'saya bawak 5k boleh tak'...


'kalau 5k tu zaman kakak saya kawen 20tahun lepas'...


'saya nak gelang emas putih untuk acara batal air semayang'...


'alaaaa..tak cukup ker gelang yang dah ada sekarang'...


'adat orang Kelantan macam nie..bla..bla...bla..'


'tapi adat kami orang Kedah lak macam nie ... bla..bla...bla...'


'saya tak nak tunang'...


'saya nak tunang'...


Haaaa..negeri diatas sebagai contoh yea..tak ada kaitan dengan korang pon..hihihiii...bila dah jadi macam nie banyaklah cerita sambungan kat belakang tabir kan? memang kena banyak bersabar untuk meneruskan sesebuah perhubungan..


Apa yang pasti, berkat dengan kasabaran masing masing InsyaAllah hubungan itu akan berakhir dengan akad...orang kata dugaan dalam bercinta, bertunang, berkawen nie macam macam..bagi mereka yang pernah alaminya dan berjaya hingga sekarang, dkna ucapkan tahniah..bukan senang nak kawen kan...


p/s : sabar separuh dari iman..kadang kadang mendiamkan diri lebih baik untuk mengelakkan pertelingkahan berlaku.

Post a Comment

Saiazuan said... 12/9/11 7:54 AM

semua perlukn duit.. tp kenapa nk kawin perlu mahal2? knapa prlu kekalkn majlis brsanding tu? kan senang klu buat simple2 je.. :D

H.J said... 12/9/11 8:00 AM

nak kahwin dah ke dkna..?haha

M Firdaus Mohd said... 12/9/11 8:22 AM

hish, nak kahwin mahai2 pasai apa.. tak silap saya kat blog Mr K ada terangkan mengapa kahwin tak perlu mahal2.hehe. bersederhanaan lagi bagus.

siti kektus said... 12/9/11 8:44 AM

kawen dengan orang sama tempat, tak lah gaduh2 pasal adat. hehe

tp kalau dah jodoh orang jauh. nak buat macm mana kan. ;)

fazrulnoor said... 12/9/11 9:24 AM

hidup bujang pun best..kawen pun best...ade anak pun best..tp enjoy la dlu kalau blom nak kawen..sbb dah kawen nnt........sedey..hahahha

Rtp Farra Arisha said... 12/9/11 11:42 AM

like zuan said, all matters need money to make those things perfect!! if no money, so perkahwinan/pertunangan tak bisa berlangsung.

Adylia Qarissa said... 12/9/11 1:09 PM

wah..ramai yang beri pendapat berbeza beza...
disini bukan isu nilai hantaran yang dipertikaikan tapi persefahaman dan tolak ansur dalam perhubungan..kalau difikirkan pasal duti untuk sesebuah perkahwinan, mana cukup kan?? semua barang dah naik harga...gula pon dah naik harga inikan pula nilai pelamin..
bila tiba masa untuk kawen, baru kita tau 'nilai' yang patut dikeluarkan untuk semua itu...mungkin sebelah pihak tak mahu ada majlis persandingan tapi kita kene hormat pihak pasangan kita..
jangan cepat melatah jika belum mengalami situasi begitu..heheee...bagi dah kawen dia pasti dapat merasakan perubahan semasa ke semasa... :)

✿ cik pieQa ✿ said... 12/9/11 3:16 PM

si lelaki berkata. . .

kalau nak sepuluh ribu, takpayah gelang emas.

kalau nak gelang emas ta payah amik sepuluh ribu.

kalau gelang mas nak, saploh ribu pon nak, ta payah kawen !

nah,amik kau!

Namee Roslan said... 12/9/11 5:01 PM

orang skang kahwin berlumba2 sape lagi grand. tu yg sampai mmbebebankn pihak laki. patutnya wang hantaran tu biarlah lelaki tu mampu :)

Namee Roslan said... 12/9/11 5:01 PM

orang skang kahwin berlumba2 sape lagi grand. tu yg sampai mmbebebankn pihak laki. patutnya wang hantaran tu biarlah lelaki tu mampu :)

Uchi kay-f @hmad said... 12/9/11 5:03 PM

maka dgn itu rajenkan diri sentiasa berdoa agar dipermudahkan setiap urusan......

pengobatan alami kanker hati said... 31/1/12 3:31 PM

yang penting selamat deh

 
Top