Dkna Abza ^-^

Banyak bezanya antara anak sulung dengan anak bongsu. Yang paling ketara anak sulung mestilah anak pertama, dan anak bongsu semestinya anak yang terakhir...heheeee. Orang cakap anak sulung nie cepat mengalah, cepat matang, cepat berdikari berbeza pulak dengan anak bongsu yang terlalu manja, kuat merajuk dan lain-lain.
Dkna bukan nak bercakap pasal personaliti anak sulung atau anak bongsu tapi dkna nak berkongsi cerita tentang perkahwinan mereka nie haaa. Pernah tak korang hadiri majlis perkahwian anak sulung dan anak bongsu sedara mara, sahabat, jiran tetangga atau orang yang korang tak kenal pon tapi korang pergi majlis dorang?
Kalau musim cuti sekolah, kat rumah pasti penuh dengan undangan perkahwinan. Dkna selalu jadi mangsa sebab kena jadi driver mak ke sana sini. Tambah pulak kalau dalam 1 hari tu ada 3 4 jemputan. Mau nak tercabut kepala lutut nie bawak kereta manual. ada jugak yang kawenkan anaknya tiap-tiap tahun..setahun seorang yang kawen.

Pernah tak mak ayah korang cakap macam nie ;
'makcik limah buat kenduri anak sulung dia, kita kena pergi...1st time buat kenduri kawen nie'
'ujung bulan nie rumah pak mat ada kenduri kawen..kalau tak pergi pon tak apa laaa..nie kenduri anak yang n0.7..ada 3 orang lagi anak dia tak kawen'
'mak minah nak kawenkan anak dia yang bongsu, kena pergi nie maklumla kenduri terakhir'
'mesti meriah rumah pak dolah sebab anak sulung yang kawen'
'punyalah grand kenduri kawen si lily, anak bongsu katakan'
Kalau kenduri untuk anak yang sulung dan last nie memang orang akan take note!. Tapi macam mana dengan anak yang kedua..tiga..empat..lima? Dkna kurang setuju kalau orang kata kenduri anak bongsu lagi meriah. Mana nak sama kalau anak sulung kawen tahun 1992 dan anak bongsu akan kawen tahun 2012. Kat sini kita dah nampak beza 10 tahun beza usia perkahwinan tu, so nilai mata wang dunia pon berubah setiap hari nie perubahan dari pelbagai sudut persegi perkahwinan tersebut.
Mak ayah kita tak membezakan anak-anaknya cuma orang disekeliling jer berpandangan berbeza.
Pengalaman dkna kawen...eh..silap! kakak-kakak dkna yang kawen. Kemeriahannya sama jer..tak ada bezanya bagi keempat orang kakak. Tetap ada gulai kawah...tetap ada orang kampung yang datang...tetap ada tok imam...tetap ada pengantin lelaki...tetap ada sirih junjung... :D
Untuk kenduri dkna akan datang pon semestinya sama dengan kenduri kakak-kakak dan pastinya ada 'akad' yang dilafazkan..
p/s : selamat pengantin baru buat Mohamad Khairul Shahrizan bin Hamid. Sahabat untuk generasi ke-2 :)
Post a Comment
Tapi kan kebanyakkan keluarga mmg ketara jg adik bongsu ni ada manja sedikit..mgkin sbb dia yg paling muda lah kan..
Anak sulung lebih kpd tanggungjawab sbg paling tua jaga adik2 dibawahnya :)
Anyway,selamat pengantin baru buat Mohamad Khairul Shahrizan Bin Hamid..erk, siap full name lagi tak kenal tapi biar Dkna yg sampaikan lah yer
wah dkna, tersasul2 pulak yer..hehehe
memang org dulu2 suka ckp mcm tu, sebab anak sulung ni aura dia lain sikit..kesian anak yg no2,3, 4 sampai 10..hehehe
walimatul urus, kalau dah dijemput memang wajib pergi tak kira anak keberapa pun...tapi wajib tu ada pulak beberapa syaratnya...contoh salah satunya ialah kalau perkahwinan tu ada bercampur dgn kemaksiatan dah tergugur wajib tu....hehehe
Ingatkan cuti sekolah (hari raya)hari tu dah habis majlis kawin..rupanyan makin ramai pula.Maklumlah kawin sabtu ahad,itu je hari yang ada.Biasalah tu kawin anak sulong ke anak bongsu ke mak akak tetap pergi..akak kalau duk dekat ngan mak ni dah lama kena tarik ikut sekali.
P/s:adik akak kawin bongsu dengan bongsu...memang meriah tapi sederhana je..
:) dkna bila lagi???
tak sabau nak tgk
sian kenduri anak yang tengah2.. hek3...
setuju2, pertama kali wat keje kawen biasa mak bapak risau skit, xde pengalaman kan, tu yg heboh satu kampung tu mintk tlg, bile kawin yg last pun heboh satu kampung gak, sbb lepas ni da setel sume, hehehe
hehe
kay anak sulung...
coz sulung..
salu kawen yg sulung paling meriah.
hehe
hehe..apa yang dkna katakan betul.. kadang pon Sm pon penah kata gak..nie kenduri first kena datang lah..kalau last2 tak datang..hehe
well done . ayat2 mak2 kte tu mmg selalu ain dgr . hehe
Habiskan ngaji lepas tu kwen lah ciksu...
anak 1st ni biasanya semua bnda sempoi je.. ;)
Papa mifz ank bongsu ;-)
sy anak sulong.sy matang, baik dan mudah mengalah<<< perasan je lebih :p
tak tau la sy kawin nnt meriahnya mcm mana. mungkin temanya majlis dalam tmn permainan.. :)
slmt pengantin baru gak kt kwn tu.
sye ank bngsu..abg yg ats kawen time umo sye form3 skrg da 20..hehe..meriah kot..lalala
Pertama kali ni dhiya baru notice ada perbezaan antara anak sulung dan bongsu ttg perkahwinan. Dhiya tak tahu nak comment mcm mana sebab blum ada family member yg kawin
But kalau kt kampung selalu cucu sulung tu dpt perhatian lebih masa dia kawen hehe
Iyakan. Selalu dengar macam tuu .
kasihankan anak 'tengah'.. hehe
oh aku baru tahu yg sulung tu anak pertama dan yg bongsu tu anak last hahahhaahahha
betul musim cuti mmg banyak undgn kawin.. kat opis dah banyak kad kawin aku dapat hahahahha
saya setuju dgn dkna. em selalu org beriya nk pergi kenduri anak sulong sbb nk tgk la majlisnya macam mana. pelamin nya.kalau dah smpai anak ke7 mmg la org dah bosan kot. mesti trend pelamin, hiasan smua lebih kurang. tp anak bongsu salunya manja,mak ayah mesti nk buat grand punya !! :D
kesian jadi anak tengah kan?hehe
hehehe..
selalu jugak mak ayah cakap macamtu
eka anak sulung..mak kata msti ramai org dtg..
tapi msalahnyer adik langkah bendul..
tapi org ingat eka yg kawen dulu..
kehkehkeh
Saye couple anak bogsu sama bongsu ramai kata x sesuai tpi dah masuk 4 tahun couple tapi elok ja
Saye couple anak bogsu sama bongsu ramai kata x sesuai tpi dah masuk 4 tahun couple tapi elok ja
Saye couple anak bogsu sama bongsu ramai kata x sesuai tpi dah masuk 4 tahun couple tapi elok ja
Post a Comment