11
Dkna Abza ^-^


Macam-macam perkara yang berlaku semalam. Nak update blog pon tak sempat. Hari dkna nak sambung entry sebelum nie. Jom kita lembutkan lidah kecek kelate.

61. Lak'eh = tidak bermaya

62. Lorak = melakukan sesuatu dengan cepat (kelam kabut)

63. Manis-letin = sesuatu yang manis (ar/kuih)

64. Masim-purik = teramat masin

65. Meroh-mere = merah (baju merah terang/muka berubah kemerahan sebab malu)

66. Meta = sekejap

67. Mokte = buah rambutan

68. Mongek = pembonceng motosikal

69. Mulo = masa lampau

70. Nacar = terlajak ke hadapan

71. Ngelik = perbuatan mengelak sesuatu

72. Nyetok = kekejangan

73. Panh cen-cen = cuaca yang teramat panas

74. Pitih = duit

75. Ralik = mengelamun/ berkhayal

76. Pekong = membaling sesuatu

77. Repih = mematahkan sesuatu

78. Royak = memberitahu

79. Tebolah = cuai

80. Tok rok = tidak larat


Kalau ada sesiapa yang nak kongsi bahasa negeri masing-masing, boleh la tinggalkan komen kat sini.

Post a Comment

Zul De Alexis said... 23/10/11 11:18 AM

hehe..adess..terbelik lidah...tapi best gak belajar bahasa lain..:D

YattAkasah said... 23/10/11 1:26 PM

kene buat buku nie..bnyk dah bahasa2 baru.hee

Elih Japahar said... 23/10/11 2:23 PM

Adehh...payahnya nak sebut huhu :D

Unknown said... 23/10/11 3:51 PM

unik taw bahsa kelate ni..i like

Pen Biru said... 23/10/11 3:55 PM

dkna..hahahah,...best ni..kena kumpul buat buku.

tok soh kecek, bunyi sumbey

-ni kawan yg kata kt akak..hahah

budak penjara said... 23/10/11 4:35 PM

perkataan lak'eh tu baru tau jah..kelate bara thai ko gano tu lak'eh??haha

Kancil 8349 said... 23/10/11 5:16 PM

cantik...banyak benda yang Kancil dapat dari entri nie...terima kasih

terima kasih kerana memberi pandangan dan komen terhadap segmen Kancil...apapun kancil dah tutup segmen nie atas sebab2 tertentu

kalau sudi jomlah ke blog kancil

http://kancil8349.blogspot.com/2011/10/segmen-kancil8349-siapa-follower-anda_23.html

Namee Roslan said... 23/10/11 5:46 PM

hehe, seronok belajar new words lagi !! yippie ! :)

Kak Mahh said... 23/10/11 5:51 PM

Bahasa apo ciklong nok kongsi sini..

Fadzli Amir said... 24/10/11 3:59 PM

Bahasa jawa....
Ngompol-Kencing malam...
hehehhe tau yang tu je...

Puan Eka said... 24/10/11 4:18 PM

ralik tu cam bahasa perak jugak..hehehehe

 
Top