25
Dkna Abza ^-^


Tak ada manusia yang sempurna dalam dunia nie dan tidak pernah melakukan kesilapan. Samada ia kesilapan secara tak disengajakan atau kesilapan yang sememangnya dirancang. Tapi kalau dah dikatakan kesilapan sudah pasti ia tidak dirancang kan?


Manakala kemaafan sesuatu yang tinggi nilainya. Memaafkan seseorang yang melakukan kesilapan mungkin senang diucapkan dengan kata 'saya maafkan awak'. Tapi adakah kata maaf itu hadir dari hati yang ikhlas atau sekadar melepaskan batuk di tangga sebab dah bosan dengan kata-kata 'awak, tolong maafkan saya'.


Sedar atau tidak bahawa setiap kesilapan dan setiap kemaafan akan melahirkan sifat sabar dalam diri si pemaaf.



Kesilapan pertama ; dimaafkan
Kesilapan kedua ; dimaafkan
Kesilapan ketiga ; dimaafkan
Kesilapan ;..........
Kesilapan ;.......
Kesilapan ;....
Kesilapan ;...
Kesilapan kini menguji tahap kesabaranku.....

Kalau bagi pasangan yang bercinta mungkin pernah berkata ;


'lantak awakla nak buat apa, saya dah bosan dengan kesilapan yang sama awak lakukan'

'saya dah penat memafkan awak, kita bawak haluan masing-masing'

'asyik perkara yang sama jer awak lakukan, lebih baik kita berpisah'


Hanya dengan kesilapan yang berulang kali, kita ambik keputusan untuk berpisah tapi kalau pasangan suami isteri adakah semudah itu untuk melafazkan kata pemisah?


Zaman sekarang kita boleh tengok peratusan golongan muda yang kawen kemudian cerai semakin meningkat dari masa ke semasa. Cuba tengok mak ayah kita, hidup bahagia hingga sekarang. Bila di tanya apa rahsia mereka kekal bersama dan pastinya jawapan dari mereka saling memahami dan banyak bersabar.


Kenali pasangan kita sedalamnya dan cubalah untuk melengkapi kekurangan dan kelebihan masing-masing. Kemungkinan untuk mengulangi kesilapan yang sama lebih tipis bila kita 'kenal' pasangan kita.


Sesungguhnya amat besar nilai kemaafan dalam setiap kesilapan yang menguji sejauh mana kesabaran individu tersebut.


Mungkin hari ni kesilapan itu dimaafkan, esok dimaafkan, lusa dimaafkan tapi janganlah kita sentiasa menguji kesabaran pasangan kita dengan kesilapan yang sama kelak kita kecewa dengan kesilapan sendiri.


p/s : setiap manusia ada tahap kesabarannya

Post a Comment

Unknown said... 16/10/11 10:11 AM

maafkan kami,
maafkan kami,
maafkan kami,
maafkan kami....maafkan kami.....

seperti kata p ramlee...sedangkan lidah lagi tergigit, biasalah dalam hidup ni biasa melakukan kesalahan.....cuma usahalah utk mengurangkannya.

Kancil 8349 said... 16/10/11 10:28 AM

Kancil menyokong kenyataan kamu tu...saling memahami dan bersabar salah satu keteguhan sesebuah rumah tangga...semoga apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...memang sakit tapi bila kita ingat pada Allah dan memohon diberi petunjuk...akan tenang hati kita

sekamar rindu said... 16/10/11 10:49 AM

salam..

'digerayangin' tu mcm 'dilanyaknya" cukup2..

Unknown said... 16/10/11 10:58 AM

saling memahami dan bnyk brsabar.. akanku ingat ayat tu dan praktikkan bila ada kekasih hati suatu hari nanti

ewanthology said... 16/10/11 11:14 AM

maaf itu mahal harganya.

LiLy @ MaMaQiStInA said... 16/10/11 11:18 AM

klu sekali dua blh lg lah dimaafkan..tp klu dh selalu buat salah..minta maaf..pastu buat lg..tu mmg saja tu..tahap kesabaran seseorg ada batasannya kan.. ^_^

Kak Mahh said... 16/10/11 11:24 AM

Harga sebuah keMAAFAn amat tidak ternilai,kadang-kala kemaafan itu memerlukan pengorbanan...Berkasih-sayang,bercinta satu sama lain memerlukan kefahaman yang tinggi...bertolak-ansur juga begitu tetapi sikap berterus-terang yang diabaikan sama sekali..BERBINCANGLAH DARI HATI KE HATI...luahkan apa yang tersurat dan tersirat...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... 16/10/11 12:07 PM

setiap orang tidak terlepas dari melakukan kesilapan.. tapi bila seseorang tu dah anggap perkataan maaf tu terlampau murah, tu yang wat kita berasa dikhianati :)

Elih Japahar said... 16/10/11 1:10 PM

Betul, setiap manusia ada tahap kesabaran..selalu pesan dgn bakal bini masa depan sy, spya berfikir 2,3 hingga 10 kali baru keluarkan kata-kata apabila hilang sabar krna ayat itulah meretakkan hubungan..tak ada manusia yang sempurna, mesti buat silap juga..

Selalu terkena dgn kata-kata kesat bila bakal bini ni marah,dia buat silap tapi syukur kesabaran sy mungkin belum sampai tahap max lagi..hehe, sy berdoa kpd Allah agar tahap kesabaran itu tak akan ada hadnya(jika diizinkan lol :P)..

cunndaa said... 16/10/11 1:38 PM

bawa berbincang jika ada masalah dan saling maaf memaafkan..

mmg kita tidak lari drp berbuat silap,

belajarlah daripada kesilapan, namun jangan ulangi kesilapan yang sama secara berulang-ulang kerana semua orang ada tahap kesabarannya..

peace..

Unknown said... 16/10/11 1:56 PM

abg rasa sbb ego manusia yg x mahu ucapkan perkataan maaf ..

jom layan mean machine.http://gilamodified.blogspot.com/2011/10/mean-machine-autoshow-day-1.html

Unknown said... 16/10/11 1:56 PM

abg rasa sbb ego manusia yg x mahu ucapkan perkataan maaf ..

jom layan mean machine.http://gilamodified.blogspot.com/2011/10/mean-machine-autoshow-day-1.html

hyz said... 16/10/11 2:48 PM

tapi kesabaran ada hadnyer jugakkan? yang buat silap tu pn, x kn x dpt pk kalo buat silap yang sama je? mana x hangin????

Unknown said... 16/10/11 3:03 PM

saling paham memahami n tolong ansur sgt la penting bila dah masuk alam perkhawinan terutama nye...

Unknown said... 16/10/11 9:16 PM

yeah kesabaran memang sangat penting lagi2 kalau hidup berumahtangga. kena saling tolak ansur.

YattAkasah said... 16/10/11 9:36 PM

erm..sabar..bukan satu yg mudah..tpi klu dpat bersbar..satu nikmatkan.:)

atiqsalleh said... 16/10/11 10:01 PM

kadang faktor pemakanan menyebabkan seseorang itu susah nak jadi penyabar... hihi

tak susah pun menjadi seorang yang sabar. cuma diri sendiri je kene yakin..

Niena Muhammad said... 16/10/11 10:28 PM

erm... kehidupan berumahtangga.. kena ada timbang rasa, kna fahami pasangan.. saling memaafi ...


eh..ckp cam org da kawin lak

Fadzli Amir said... 16/10/11 10:36 PM

Hmmm...kita bukan maksum yg tak melalukan kesilapan...dari tu belajar2 la memberikan kemaafan pada org lain....sebab kita pun akan melakukan kesilapan jugak...kalu sikit2 nak putus teruk la..terutamanya alam perkahwinan...kena banyak brsabar & tolak ansur....

Namee Roslan said... 16/10/11 10:36 PM

zaman sekarang ni terpengaruh dgn persekitaran juga dkna. sebab tu manusia makin hilang kesabaran dek nafsu. bercakap tntg kemaafan, sy masih tak boleh maafkan seseorang sbb dia fitnah sy tak henti. kita berkawan tp dia fitnah dalam diam sbb perasaan cemburu. mcm mana nk maafkan...:(

[sutera kasih] said... 16/10/11 11:07 PM

hmm..kalau dh berulang kali buat kesilapan yg sama, mmg agak bengang jgkla..kena ambik masa sikit, baru dpt maafkan kot huhu..tp akhirnya pasti maafkan jgk..

Aien Not Alien said... 17/10/11 9:04 AM

kemaafan dendam paling terindah...


memaafkan selalu membuat hati tenang, cuma kadang2 bila mengenang kembali selalu membuat hati terusik... :)

Aty Fared said... 17/10/11 11:51 AM

kemaafan tu adalah dendam terbaik tuk kite..:) saye juga sedang cube belajar memafkan orang lain..sebab nak kan kemaafan jugak...

Unknown said... 17/10/11 2:44 PM

dlm perkahwinan, kemaafan dan saling betrolak ansur itu penyembuh hubungan..semoga kte sentiasa memaafkan sesama insan...sedangkan nabi maafkan umat apatah kte manusia..usah ego utk memaafkan...

Hafizin Jamil said... 17/10/11 3:15 PM

pengalaman dkna dalam bercinta

 
Top