35
Dkna Abza ^-^

Semua orang punyai cita cita..ada yang telah tercapai apa yang dicita citakan sebelum ini dan masih ada yang sedang menyusuri jalan untuk merealisasikan cita cita.

Semenjak kecik lagi kita dah kenal apa itu 'BUKU'. Apa kegunaan buku. Apa yang tertulis didalam buku. Apa yang dapat diperolehi daripada buku. Buku yang mengajar kita mengenal A B C 1 2 3. Tapi kita sedar tak yang kehidupan kita juga ibarat sebuah buku?

Manusia dan buku tak boleh dipisahkan. Jika kanan dan kiri kita akan tercatat dosa dan pahala, begitu jugak dengan kehidupan kita. Apa yang berlaku dan yang telah berlaku tercatat dalam buku yang kita sendiri tidak sedar. Tercacat dengan izin-Nya tanpa diri sedar bahawa kita sedang menulis di dalam buku kehidupan.



Kehidupan kita sebagai manusia ibarat sebuah buku. Dan kita hanya dibekalkan 1 sahaja buku untuk satu kehidupan.

Cover depannya adalah tarikh lahir dan cover belakang adalah tarikh kematian.

Setiap helaian adalah hari hari yang kita lalui dalam kehidupan kita. Apa yang telah kita lakukan dan yang berlaku pada dalam hidup kita.

Dan apa yang tertulis pada helaian tersebut tak boleh diubah mahupun dipadam. Dakwatnya akan kekal selamanya di helaian itu.

Helaian demi helaian kita corakkan.
Kita conteng.
Kita lukis.
Kita warna.
Kita renyukkan.

Kita tulis dengan perasaan marah.
Kita tulis dengan perasaan cinta.
Kita tulis dengan perasaan benci.
Kita tulis dengan perasaan dendam.
Kita tulis dengan perasaan cemburu.
Dan apa yang kita tulis itu akan tetap kekal abadi.

Walau apa pon yang telah berlaku dan ia tidak akan terpadam di helaian itu
tapi Allah masih menyediakan helaian selanjutkan.

Helaian yang masih lagi putih, bersih dan baru.
Tiada cacat celanya helaian baru itu.

Kita masih lagi diberi peluang untuk menulis dengan penuh kasih sayang.
Mewarnai dengan penuh warna warni
Supaya kehidupan kita di helaian akan datang tidak lagi sesuram helaian lalu.

Kita masih diberi kesempatan untuk melakukan yang terbaik di helaian berikutnya sebelum tiba pada helaian yang terakhir.

Post a Comment

Elih Japahar said... 11/10/11 11:57 PM

Perumpamaan yg sgt muda difahami..hihi, gud nite..

Elih Japahar said... 11/10/11 11:57 PM

Perumpamaan yg sgt mudah difahami..hihi, gud nite..

Kartini said... 12/10/11 12:03 AM

buku kehidupan . :)

Ezad Skytech said... 12/10/11 12:18 AM

buku ibarat kehidupan kita sekarang la kan...:D

Lee said... 12/10/11 6:57 AM

Hi Adylia, you have a beautiful name.
Interesting post too.
You have a nice day and keep a song in your heart.
Lee.

Kancil 8349 said... 12/10/11 7:58 AM

tidak sedar akan kewujudannya sebab sibuk dengan dunia sahaja...perumpamaan yang ringkas tapi padat

Anonymous said... 12/10/11 8:51 AM

takutnya bila mengingtkan helaian terakhir tue...
kalaulah buku yg diberikan nipis..
adoyai!
nauzubillah

rozeeta rashid said... 12/10/11 8:58 AM

yang dah lepas tak boleh nak ubah tapi masa depan kita masih ada masa nak mencorakkannya. semoga berakhir dengan baik bila buku ditutup nanti. insyaallah. =)

Niena Muhammad said... 12/10/11 8:59 AM

erm..bagaimana dgn buku hidup kte

Unknown said... 12/10/11 10:08 AM

x pernah menulis di buku tentang kehidupan .. entah ..
mgkin sbb x minat :)

Fadzli Amir said... 12/10/11 10:18 AM

walaupun tak reti nak tulis buku, tapi memang suka beli buku walaupun ada yg belum baca....
(jarang org metafore kan buku dengan hidup, selalunya dgn pentas lakonan ) -good job!!

Sayidah Nafisah Ruslan said... 12/10/11 11:14 AM

mood : insaf :'(
terima kasih sharing..

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... 12/10/11 11:14 AM

wah.. perumpaan yang bagus. senang difahami.. hope "buku" kita ni sentiasa ditulis dengan benda2 yang baik kan :)

Unknown said... 12/10/11 11:53 AM

harap2 catatan amalku ku di tulis di sebelah kanan

Puan Eka said... 12/10/11 11:58 AM

kehidupan..kita corakkan..
suka entry ni....hehehehe

Unknown said... 12/10/11 12:22 PM

stiap helaian trselit kisah suka duka didalamnua.. amalan adalah isi utama.. banyk manakah amalan yang anda brjaya kumpul?

mr.syazwan said... 12/10/11 1:41 PM

saiazuan

byk mana kumpul x penting kot

yg penting byk mana yg baik banyak mana tak baik tu lg penting

huhu

ermm x tercapai dek akal

[sutera kasih] said... 12/10/11 1:51 PM

betul2..kehidupan kita pun ibarat buku..blog pun umpama buku

LiLy @ MaMaQiStInA said... 12/10/11 1:58 PM

Nice post..
Jarang menulis..tapi suka membeli & membaca buku..^_^

Hafizin Jamil said... 12/10/11 2:01 PM

membebel apa ni mak cik na..?

Anonymous said... 12/10/11 2:29 PM

best baca macam baca novel. hehehe..
ada minatjadi penulis ke.

H.J ni slalu potg mood org dlm entry tau. komen takde kaitan. men jauh jauh.

khairul akmal bin azman said... 12/10/11 2:34 PM

good entry n header
hehe...



tq visiting my blog..

Namee Roslan said... 12/10/11 3:11 PM

buku buat saya tidur. tapi buku buat saya banyak ilmu. tidur selepas membaca :D heheh

h4ni3 said... 12/10/11 3:53 PM

saya suka buku saya kalerful dan ceria.. cuma ada certain pages jer yg tidak :)

Unknown said... 12/10/11 3:58 PM

agakmendalam coretan ini

Unknown said... 12/10/11 4:24 PM

rajin2 buat kebaikan agar malaikat yg sebelah kiri tak sempat nk tulis apa2...

Rtp Farra Arisha said... 12/10/11 5:19 PM

buku pelengkap hidup ;)

arisha klo kemana2 pun slalu bertemankan buku nota kecil with a pen. whatever things yg terlintas di fikiran, terus arisha catatkan dalam buku nota tersebut.

Unknown said... 12/10/11 6:50 PM

cubalah coret yang terbaik dalam buku tu.

Insyaallah

LYAfrina said... 12/10/11 8:55 PM

sekarang,,, org suka meluahkan sgala perasaan kat MUKA BUKU...

hyz said... 12/10/11 9:57 PM

penulisan yang sangat bagus.. entri terbaik dari kamo kowt.. hehehe... x penah terfikir sebelum ni, kehidupan itu umpama buku.. hurm.... thanx

budak penjara said... 13/10/11 1:24 AM

ulat buku cam aku..mmg xleh nk berpisah la ngn buku..hahaha

Liquid said... 13/10/11 4:10 AM

incek liquid bace buku bile nk test jek uhu ape nak jadi neh..

Namee Roslan said... 13/10/11 2:26 PM

diri sendiri kalau menulis buku kehidupan sendiri, mmg sgt tak berjaya. mesti ada org lain yg mengaturkan.

Dhiya Fariza said... 13/10/11 3:44 PM

Dkna. ur writing is so beautiful. dhiya suka sgt baca entry ni :')

 
Top