10
Dkna Abza ^-^



Semalam baca paper tentang kematian salah seorang jemaah haji dari Malaysia yang meninggal dunia kat Arab Saudi. Masuk opis pagi tadi ada pengumuman kematian salah seorang anggota jabatan.





Pihak jabatan sudah sedia maklum bahawa arwah sedang menanggung sakit barah. Kalau ikutkan rekod kami, arwah baru jer diluluskan cuti sakit barah selama 6 bulan. Sebelum nie arwah dah ambik cuti sakit selama 180 hari dengan bergaji penuh.



Arwah meninggalkan seorang isteri dan kalau tak silap dkna ada seorang anak. Ajal tak kira usia, masa, tempat atau apa apa keadaan pon. Kalau dah ditetapkan oleh-Nya sudah tiba masa untuk kembali, pasti saat itu akan tiba.



Arwah berusia 26 tahun...muda bagi kita yang sihat kan? tapi bagi mereka yang sakit, usia dah tak mendatangkan apa apa kesan. Cuma menunggu masa untuk pergi penghadap Ilahi.


Arwah jugak baru jer berkhidmat dan alhamdulilah, arwah telah disahkan dalam perkhidmatan awam dan telah menerima skim berpencen. Duit pencen yang akan dapat oleh warisnya iaitu isteri arwah sudah memadai untuk mereka teruskan hidup. Peritny dugaan untuk teruskan hidup tanpa insan bergelar suami untuk membesarkan anak yang masih kecil. Semoga isteri arwah tabah menerima dugaan ini.



Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.


p/s : orang yang sihat pon belum tentu umur panjang.

Post a Comment

LiLy @ MaMaQiStInA said... 11/10/11 9:52 AM

Al-Fatihah..
Ajal maut..jodoh pertemuan semua dh ditentukan olehNYA..
Moga rohnya dicucuri Rahmat..

Unknown said... 11/10/11 9:54 AM

al fatihah......

mmm....kita ni tak tahu bila kan?

nuranne said... 11/10/11 10:37 AM

Ajal bila2 boleh dtg jemput.

misya said... 11/10/11 10:50 AM

alfatihah smga wfe dia tabah

Unknown said... 11/10/11 12:39 PM

26 muda lagi tu . btol la ajal x mengenal usia.Al Fatihah buat Allahyarham

Unknown said... 11/10/11 1:25 PM

al-fatihah..

p.s blog kamu memang dah ada dlm bw zuan.. ce tgk btl2... huhu :D

Namee Roslan said... 11/10/11 2:31 PM

dkna.. ;') sangat betul. mmg ajal maut ni kita tak boleh predict bila. emm risau bila fikir. bila taknak fikir, diri taknak berhijrah :(

Unknown said... 11/10/11 2:55 PM

terkejut gak bilo baco biter nih smlm...

alfatihah untuk arwah...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... 11/10/11 10:23 PM

ajal xmengira masa dan keadaan kan.. al-fatiha.... takziah kpada keluarga arwah...

[sutera kasih] said... 12/10/11 1:55 PM

baru tau berita ni..bila ni?
semoga roh arwah dicucuri rahmat..
takziah buat keluarga arwah

 
Top