28
Dkna Abza ^-^

Cuaca pukul 5 petang tadi panas jer kat Putrajaya. Dkna duk membilang minit sebab nak balik naik bus, kereta tinggal kat opis. Bukan sebab tak ada duit nak isi minyak yea tapi sayang kat kereta...heheee... Yealah..sapa tak sayang kat harta sendiri kan? Duit kita yang keluar tiap-tiap bulan macam air so harta itu sebahagian daripada nyawa..yea dak?? ha ha ha..

Dkna tinggal kereta kat opis memandangkan esok dan lusa cuti, so memang tak ada apa-apa rancangan nak merendek kemana-mana. Niat di hati hari minggu nie nak study coz lepas raya korban nanti dkna ada exam. Dari biarkan kerete dkna berhujan dan berpanas kat bawah tu, lebih baik dkna parking kat basement. Berteduh dan pasti selamat. Kat rumah dkna nie bahaya tau kalau musim hujan atau ribut, setiap kali ribut pasti atap rumah berterbangan. Sesapa yang parking kereta kat bawah tu menunggu nasib jer lah kalau kereta kene hempap dek atap. Tak pasal-pasal melayang duit.

Memandangkan cuaca mengizinkan dkna balik naik bus, dengan penuh bersemangat dkna jalan kaki ke bus stop. Mengah jugakla nak sampai sana maklumlah dah lama tak jalan jauh. Nie sampai opis betul-betul depan pintu lif..

Kebetulan bus penuh lak hari nie. Member dkna dapat 1 jer tempat duduk paling belakang. Rapat dengan cermin belakang. Rezeki dkna dapat tempat duduk. Elok jer dkna duduk terpandang akak (maybe sama muda dengan dkna) berbaju merah.



gambar ini dkna zoom dari tempat duduk belakang, nampak macam dekat jer kan?


Sekali pandang dkna tak nampak perut dia, bila bus dah bergerak-gerak baru dkna nampak dia pregnant. Aduuuuiiii....kecian dkna tengok dia berdiri dengan keadaan tengah sarat mengandung. Dkna panggil dia nak bagi tempat duduk tapi dia tersenyum dan menggelengkan kepala. Dkna buat andaian sendiri mungkin dia susah nak kebelakang sebab dah besar perutnya dan kene panjat 1 anak tangga nak sampat ke tempat dkna atau mungkin dia nak turun tak jauh dari sini.

Tapi sangkaan dkna meleset. Setiap hentian dikediaman kerajaan dia masih lagi berdiri. Tertanya-tanya kemana dia nak pergi...ermmm...



Selepas akak yang bertudung biru turun, dia dapat duduk. Lega dkna dia dapat duduk tak adalah terhuyung hayang pegang palang besi bus ikut rentak gerak bus. Risau takot dia tak dapat imbang badannya. Rupanya dia tinggal dekat perumahan dkna. Kiranya hentian yang terakhir la nie. Jauh bagi mereka yang naik bus. Kalau dengan kenderaan sendiri, pasti dekat jer.

Bila tengok situasi macam nie, dkna tertanya-tanya ;

tak kan tak ada sorang pon yang nampak dia mengandung?

berdosa ke kalau bagi dia tempat duduk?

majoriti yang naik bus semuanya perempuan, dimana 'rasa' kesian tu?

semua dah pentingkan diri sendiri?

tak fikir ke kalau diri sendiri dalam situasi macam tu?


Memang dkna rasa cukup sedih petang tadi. Sedih sebab perempuan sesama sendiri tak nak tolong. Bukan keluar duit pon. Kalau dah tak nak tolong, lebih baik korang jangan naik bus, korang beli bus sendiri dan naik sorang-sorang.

Maybe sekarang kita tak rasa apa yang akak tu rasa. Manalah tau, lepas nie Tuhan nak bagi kita rasa, bila dah sarat mengandung, husband tak ada kat rumah..outstation, kereta memang husband pakai. Waktu tu baru kita dapat rasa bila orang tak nak tolong, orang tak bagi kita tempat duduk.

Apa pon dkna tabik spring kat akak tu. Ada tempat kosong lepas akak yang bertudung biru tadi turun, dia masih lagi pandang kiri kanan sebelum duduk. Maybe dia nak bagi tempat duduk kepada orang yang memerlukan. Semoga dengan kesusahan tadi Tuhan permudahkan segala urusan untuk kelahiran babynya.

p/s : kalau orang cina tolong orang melayu dalam situasi sama, apa perasaan kita? malu? gembira? marah? segan? sedih?

Post a Comment

nazirulhazwan~ said... 28/10/11 9:28 PM

makin bongong kat rakyat malaysia?

Abg Stalker said... 28/10/11 10:19 PM

ckup dkna..jgn bt ayat meluluhkn lg. :( abg mmg cpt sdh klu tgk makcik,nenek,prmpn mengandung mcmni.malangnya abg x naik public transport.ada sbb2nya.

Selendang Merah said... 28/10/11 11:08 PM

betul 2 dekna..sepatutnya kita kena beri tempat duduk tu kepada yang memerlukan..nanti time kita susah pula ada juga orang yang akan tolong kita.

Cik Yatt said... 28/10/11 11:14 PM

erm..siannye la..pregnent nnt tak mau la naek bas..huhu..

..cik gugu.. said... 28/10/11 11:22 PM

pentingkn dri sdri~~

Mr.Baiz said... 28/10/11 11:22 PM

bagus dkna ni..tapi nak tya la parking kat basemen tak banjir ke tadi kan hujan lebat...

Adylia Qarissa said... 28/10/11 11:39 PM

@baiz

heheeee..sehingga hari nie, basement opis dkna tak tenggelam air... :)

naya wooo kalo tenggelam, banyak kereta parking kat bawah tu...hikhikhikk

ikatankasihku said... 29/10/11 12:31 AM

diaorg ni ramai yg tak prihatin

Syieda_Joy™ said... 29/10/11 1:26 AM

dalam LRT pun same. masing2 buat xnampak..kecian...@_@

afzainizam said... 29/10/11 4:36 AM

Yupp selalu sangat tengok orang yang tak ada peri kemanusiaan .... orang tua tak di bagi duduk orang ngandung pun tak di baginya duduk malah pernah nampak orang buta pun tak di berikan tempat duduk.... semakin kejam kah kita sebagai manusia ni

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
Sound for breeding lembu pejantan

khairul said... 29/10/11 8:45 AM

itu yg dikatakan bodoh sombong

Dunia Realiti a.k.a Elih said... 29/10/11 9:14 AM

Terlalu pentingkan diri..tak sampai hati nak tgok kalau terjumpa mcm ni,mesti bagi tempat duduk..yg tk bagi tu mgkin bangla kot? tak kan lah tak ada yg kesian? ish3!

farhanna said... 29/10/11 9:27 AM

betul la sis, i yg preggy 9 month nek lrt pun xde sapa bg tmpt dduk.. msg2 wat x pndg.. pasrah je la

Kakzakie said... 29/10/11 9:53 AM

Kakak bukan nak puji rakyat jiran sebelah kita. Kalau dlm bus/lrt tu sesak, jangan kata mengandung/org tua. Kakak ni yang masih cergas/segar bugar pun budak sekolah kalau nampak kita mesti dia tanya samada kita nak duduk atau tak. Kalau tak pun kalau nampak kita bawa sesuatu seperti beg plastik dia akan tanya "can I help you?" Mereka macam dah set mind dia mesti tolong yg lebih berusia tak kira warga emas atau tak.

Izyan Masri said... 29/10/11 10:21 AM

KALAU SESAMA PEMPUAN PON TAK SIMPATI SUSAHLAH KAN

ummiarissa said... 29/10/11 11:21 AM

susah nak tengok isi hati orang...tak sama....mujur dikurniakan hati yang baik pada Dkna...semoga kekal selamanya..

hyz said... 29/10/11 11:21 AM

dulu time zaman2 p kije nek lrt, nampak byk kes camni... sy ni prihatin, kalo nampak pompuan ngandung soh duduk, tapi mesti diaorg tolak....

EmpayarUtama said... 29/10/11 11:55 AM

lama dah x nek bas; masa sekolah rendah je dulu. Tp masa tu x ramai orang

iMBobo said... 30/10/11 1:59 AM

aiyoo..msyrkt kite takde kesedaran sivik btol lah, akak tu bukan buncit tp pregnant hehe

Kancil 8349 said... 31/10/11 5:16 AM

teringat kata2 seorang kawan...kalau dia tidak mahu minta tolong buat apa kita tolong...tunggulah dia cakap minta tolong...mungkin itu yang digunakan oleh segelintir masyarakat kita....tunggu orang tu kata minat tolong...pelik bukan...namun kancil suka cara dia....pemikiran yang baik membuatkan anak dalam kandungan tu baik...berbangga memiliki ibu yang baik

Fila Lane said... 14/12/11 10:26 AM

itu belum lagi kes perempuan mengandung jatuh dalam bas... boleh ade yang tergelak... manusia.. manusia...

♥ MS ♥ said... 14/12/11 12:19 PM

ish, apa nak jadi entah --" , tu nasib baik, dia boleh duduk, kalau berdiri spnjg jalan, mmg org2 dekat situ semua zalim ah. aishh

Eera Shera said... 14/12/11 3:45 PM

kesiannye akak tu.. ape la pompoan2 tu tak ada rasa simpati ke..ntah pape je

Ujang9897 said... 14/12/11 8:01 PM

gua yg boroi ni pun ramai tanak kasi duduk..=)

Cik Bulat said... 15/12/11 1:08 PM

Npe dkna tak bg tempat dduk dkna? X_X" hehehe.

NAMAku Eyn@ a.k.a ZuRiN@ said... 11/1/12 12:48 PM

aku turut merasa apa y akak tu rsa...huuuuu, xptot tol la korang2 tu

canang said... 29/4/12 3:50 PM

Macam dalam entry blog aku. Nilai murni rakyat malaysia dah semakin terhakis...

WaneyRedza said... 21/11/12 4:09 AM

Sedihnya lahai dgr mcm ni. Ape la nasib akak tuh kan kalau terjatuh ke.

 
Top