18
Dkna Abza ^-^

Wah! dah masuk bulan november. Pejam celik dah sampai ke penghujung tahun. Cantik tak angka 1.11.11? agaknya ramai tak yang pilih tarik hari nie untuk melangsungkan perkahwinan? dan dkna pasti ramai yang akan melangsungkan perkahwinan untuk tarikh akan datang.

20.11.2011

Tarikh yang tu pon cantik jugak kan? Kebetulan cuti sekolah dah bermula, pasti ramai yang berebut tok imam, tok kadi kat kampung tu kan. Masing-masing nak percepatkan proses ni. Kalau dalam 1 hari ada 10 orang yang nak kawen, pasti tok imam pon pening nak bagi giliran sape yang patut di akad nikahkan.

Kalau kat kampung dkna pulak. kebanyakkan tok imam datang rumah. Majlis akad nikah akan diadakan kat rumah pengantin perempuan. Kalau kat tempat korang macam mana? Ada yang buat majlis akad nikah kat masjid kan?

Bila dah ramai sangat nak kawen hari yang sama, tok imam akan bagi kata putus. Semua kawen kat masjid jer. Tak payahlah tok imam bertandang ke rumah pengantin. Pengantin yang akan ke masjid. So, pengantin-pengantin yang seangkatan tak ada lah bermasam muka 1 kampung, tak ada yang dengki-dengki sebab semua kene pergi masjid.

Tak ada kes nak cemburu tok imam dapat nikahkan anak mak temah kat rumah tapi anak mek sepiah kena nikah kat masjid...heheeee

Antara akad nikah kat masjid atau rumah sendiri, dkna lebih suka nikah kat rumah. Bukan tak nak ke masjid, tapi biarlah majlis dkna tu diabadikan kat rumah mak. Nak jadikan kenangan kat rumah mak. Lepas dkna nikah, dah tak ada tok imam nak datang nikahkan orang lain lagi. Semua dah kawen, jadi dkna harap majlis akad nikah dkna diabadikan sebagai kenangan terindah kat rumah mak.

Korang pulak macam mana? Ada yang teringin nak nikah kat masjid besi? masjid kristal? masjid putra?

p/s : dkna dah terima banyak jemputan kawen kawa-kawan ^-*

Post a Comment

Saiazuan said... 1/11/11 11:11 AM

hello novmber ^^

LYAfrina said... 1/11/11 11:23 AM

lya pon ada dpt byk jemputan kawin ni..lps ni edisi menaik kan berat badan la..

azam said... 1/11/11 11:25 AM

xnak ke masjid xpe....

laki je kena kat masjid akad nikah,......bukan pompuan...hehehe

11.11.11 cantik gak......dkna bila lagi?

hyz said... 1/11/11 11:36 AM

dah ujung2 tahun ni, mmg ramai la yang naik pelamin.. lebih2 lagi berebut2 nak pilih tarikh shantek.... nyampah!!!.. haha

Pen Biru said... 1/11/11 11:38 AM

dkna..kalau kat kedah ni, memang jarang sgt malah boleh dikatakan tak ada la org akad nikah kat umah..semuanya buat kat masjid

Fadzli Amir said... 1/11/11 12:12 PM

Belum terima apa2 undangan lagi setakat ni...

kak zmah said... 1/11/11 1:29 PM

Dkna nok nikoh?????

khairul akmal bin azman said... 1/11/11 2:05 PM

2 minggu lg wa nak final.
hehe

budak kacamata said... 1/11/11 2:15 PM

bile nk mkn ns myk dkna nie..hukhk

Daddylicious said... 1/11/11 2:20 PM

ramai betul suka tarikh tu kan...

DefarhanoVII a.k.a BoyPJ said... 1/11/11 2:59 PM

wah...macam ade bau2 nasi minyak jer nih..tak lame dah kot... :P~

nikah kt rumah lg sesuai la.... (",)

FIFIEY LYCHEE MARATION said... 1/11/11 10:34 PM

dpt invitation org kawen bestlah, dpt makan gulai, tapi risikonya berat bdn naik.hiks...

apapun, hello november.nice date kn hrini!

Salwa said... 1/11/11 11:38 PM

InsyaAllah termakbul. Kalo kawin 13-3-13 ok tak.hehe. 12-12-12 sangat awal plak. haha.

Cik Yatt said... 2/11/11 12:13 AM

november bln yg amat brmkne. :)

Dhiya Fariza said... 2/11/11 3:35 AM

Hehe nk kawen on 11.12.13 boleh hehe nk akad kat umah jugak sebab reason sama cm dkna.

ummiarissa said... 2/11/11 8:15 AM

wah mula balik ni musim cuti sekolah orang kahwin....seronok ni,,

p/s:bila nak terima kad jemputan kahwin Dkna pulak ye...?

Namee Roslan said... 2/11/11 11:50 PM

tarikh lawa mesti ramai nak kawen. plak semua tu kawan rapat kita. kita plak jd serba salah taktau nk g yg mana satu. hehe

 
Top