13
Dkna Abza ^-^

Gluuuurrpp!! dengar nama bos pon dah seram sejuk tangan kaki..bukan sebab takut tapi sejuk sebab kat sini tengah hujan lebat..eheheee. Perut masih kekenyangan mata pulak makin kuyu. Rasa sejuk dah sampai ke tulang belikat nie, kalau dapat landingkan badan pasti nyenyak!! zzzzzz..

Korang lunch apa ? Tadi dkna sempat order kuew tiaw lakna. Menu yang nie jer membuka selera. Menu lain dah jemu dan sampai 1 tahap dah tak tau nak makan apa. Seperti kebiasaan, dkna akan tapau makanan bawak naik atas. Dkna tak makan kat cafe sebab ramai dan sesak tambah pulak bau masakan kat dalam cafe tu buat dkna tak selesa. Bau masakan, menumis, beger, laksa dan lain-lain sehingga boleh melekat kat baju.


Sambil makan tadi tertiba jer teringat kat ex-bos dkna. Ermmm..tetiba jer rasa rindu nak makan dengan dorang. Tetiba rasa sayu dan luluh hati nie. Paling ketara bila dkna tengok sayur-sayuran yang ada dalam kuew tiau lakna tu. *pssssstt..dkna tak gemar makan sayur :)



Ex-bos dkna perempuan dan dah berusia...next year dia akan bersara. Kiranya dia dah macam mak kita jer la. Dah macam mak sendiri. Kalau lunch jer pasti dia yang akan kutip semua sayur-sayur yang ada dalam pinggan dkna. Dia yang akan habiskan apa yang dkna tak makan. Kadang-kadang dkna yang segan sebab dia yang habiskan sisa dkna walaupun dkna dah asingkan sayur-sayur kat tepi pinggan sebelum makan.

Sebab tu dkna cakap, ex-bos dkna nie dah macam mak. Haaaa..sambil dia habiskan sayur-sayur tu pasti dia bebel sebab dkna tak makan sayur.. membazir katanya.. nanti dah tua cepat dapat sakit..tapi dia hairan kenapa muka dkna tak naik jerawat..~ngeeee~

Semua tu dah jadi kenangan tak mungkin dapat diulang perkara yang sama kan? Pasti bos yang ada kini tak sama dengan bos dulu. Betul orang kata, hargailah insan yang ada depan mata kita sekarang bila kita dah kehilanganya tak mungkin yang baru sama dengan yang lama.

p/s : teringat zaman sekolah..cikgu yang garang dan cikgu yang cool :)

Post a Comment

azam said... 2/11/11 3:44 PM

:) awet muda, xde jerawat

abah khalisha said... 2/11/11 4:25 PM

baik btl ngan bos

hyz said... 2/11/11 4:26 PM

haiyooo da tua2 pun tak makan sayur...

Pen Biru said... 2/11/11 4:40 PM

DKNA..salah 1 sbb knp hubungan sesama manusia tu boleh jd rapat ialah bila pernah makan sepinggan. trust me!..

kak zmah said... 2/11/11 5:59 PM

Hahaaa...muka ciklong pun tak ada jerawat! Dah ok ke ...cik blog tu?

khairul said... 2/11/11 7:24 PM

kenangan indah yg x dpt di beli dgn wang ringgit

Dunia Realiti a.k.a Elih said... 2/11/11 7:34 PM

Wahh! bos sy dulu pun baik sgt..tapi ada juga yg tak boleh tgok rest walau kejap pun..mmg mulut cerewet sgt hehe..

Sori Dkna, kebelakangan ni busy sgt lah kat opis..jarang bw sini, :( malam landing kepenatan pulak tu hermm

Gen2Merah said... 2/11/11 9:58 PM

dkna tak suka makan sayur ek.. ehehehe..

Dulu kami pun ada boss... garangnya bikin kami semua menyampah.. tapi bila dia dah bersara, barulah lak kami rindu dengan sikap kepimpinannya...

rupanya bila bayangan seseorang dah tiada di tempat kita, barulah kita ingat segala jasa2nya...

budak penjara said... 2/11/11 9:58 PM

boss aku dh tua..nk anggap ayah asalnya..tp dia jahat..haha

Namee Roslan said... 2/11/11 11:52 PM

hihihihiih, alamak terasa la. sy tak suka sayur. jgn bgtau ex boss dkna tau!! nnti dia dtg umah sy n bebel. heheheh ;D

Dhiya Fariza said... 3/11/11 12:14 AM

Must be sad that she is retiring. Dhiya suka pesanan dkna jkat perenggan terakhir ttg kehilangan seseorang :')

Jobless Girl said... 3/11/11 11:57 AM

No best boss in the world.

Afzainizam said... 4/11/11 12:34 AM

jadi bos yang terbaik dan dihormati oleh semua

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
diy polishing chrome part2 motorsikal

 
Top