15
Dkna Abza ^-^

Alhamdulilah..rezeki dari Allah. Semoga Allah murahkan rezeki dkna untuk hari-hari berikutnya.

Maaf buat kawan-kawan dkna di alam maya. Dkna tak sempat nak terjah blog kamu semua. Tidak dinafikan lepas habis final exam petang ahad, dkna kembali kepada rutin harian. Sebagai kaki dan tangan kerajaan yang berkhidmat untuk negara..heheee..poyo tak?? ;p

Haaa...ramai yang tanya dkna apa perancangan dkna lepas dah habis final kan?? Ermmm..nak goyang kaki boleh tak?? Sambil tunggu duit jatuh ker riba, pastu jadi jutawan, boleh dkna belanja korang makan wedges kat rumah dkna. Tak payah pergi kfc, datang rumah dkna confirm dapat makan cheezy wedges. Nak makan mcD?? Ok...no hal. Nuget mcD pon ada kat rumah dkna. Pergghh!! makan panas-panas dengan air teo O. Pasti menjilat jari.. heheheee..

Ok..sebenarnya dkna sibuk dengan urusan jual beli cheese untuk dimakan dengan wedges. Dkna terjebak sejak akhir-akhir ni dengan bidang yang tak pernah terlintas difikiran. Nak niaga. Orang kata, kalau dah rezeki, apa salahnya kita teruskan usaha. Yea dak?





Nie gambar pertama untuk tontonan umum. Ada 60 paket cheese (200gram) yang akan diedarkan esok kat opis dkna dan area putrajaya. Kalau order banyak, dkna boleh hantar kat pejabat sekitar putrajaya sahaja. Kalau setakat order 1 or 2 bungkus tu dkna harap korang dapat hadirkan diri ambik kat opis dkna atau kat rumah.

Nie hanya untuk cheese jer yea. Yang gambar wedgesnya dkna tak sempat nak snap. Nanti esok dkna snap gambar banyak-banyak yea. Bagi sesiapa yang berada luar putrajaya, dkna turut menerima tempahan untuk di poskan. Korang boleh klik SINI untuk lihat harga promosi.

Selain cheese dan wedges, dkna ada jual nuget tempura. Rasanya memang dkna jamin 90% sama macam nuget di mcD. Untuk korang yang rajin menggoreng, boleh order ngan dkna. Sambil tengok tv sambil makan cheezy wedges KFC gorengan sendiri dan nuget tempura mcD gorengan sendiri jugak. Dkna jamin, korang tak akan menyesal sebab rasanya sungguh sedap.

Sementara harga promosi masih lagi sah, jangan tunggu lama-lama nanti harganya kembali ke normal.

p/s : kat opis dkna tak boleh buka blog...sedih :(

Post a Comment

Dhiya Fariza said... 23/11/11 12:03 AM

aduuuh kalau lah boleh sampai ke tempat dhiya.

Rashid said... 23/11/11 12:21 AM

wah busineswomen rupanya .. tahniah!! itulah yang bagus. Ada ruang guna sebaik mungkin ..

Ieja said... 23/11/11 9:27 AM

wah dh jd business woman..gud job dear! ;)

LydSunshine said... 23/11/11 9:51 AM

Mcm sedap je.

azam said... 23/11/11 11:20 AM

eh,....nak order banyak boleh???
nampak macam sedap je.....brapa harganya

Cik Ecah said... 23/11/11 12:14 PM

wah chesee tuh...;p

Pen Biru said... 23/11/11 12:43 PM

akak tengah bengang dgn supplier akak ni dkna..kata bg jalapeno, skali rasa rupa2 nachoos..hampes btol la..

Saiazuan said... 23/11/11 1:18 PM

beli beli.. mai rmi2 beli cheese, wedges dan nuget :D

azam said... 23/11/11 2:16 PM

OK nanti malam saya email kalau sempat....tak pun weeknd ni....

:) nice

Rtp Farra Arisha said... 23/11/11 4:24 PM

hehe, teruskan usaha selagi you know you can do it! :)

ciK LyndaWawa said... 23/11/11 7:38 PM

wah..buat chesy wedges?nak jugak...=] salam kenal.....

Gen2Merah said... 23/11/11 8:18 PM

wahhh, rajinnya dkna berbisness... semoga kekal berjaya yaa..

Namee Roslan said... 24/11/11 1:27 AM

hehe, dkna, business maju tu.wah, bolehbuat GA jugal bg cheese free kat kami jugak !!! hehe

Gentleman Frog said... 24/11/11 6:50 AM

Salam,

Dimanalah DikNa ambil bekalan tu..

Blog GF berpindah: http://toadjitsu.blogspot.com

shah said... 24/11/11 10:49 AM

hantar USJ bleh? tak reti putrajaya tu

 
Top