10
Dkna Abza ^-^

Seperti yang sedia maklum, sekejap lagi dkna akan berangkat pulang ke pangkuan keluarga...eh! silap..ke kota metropolitan.. ha ha ha ha.. Ayat nak skema macam orang nak bagi ceramah lak yea.

Ok, hari nie hari terakhir dkna bercuti sempena menyambut hari raya haji. Esok dkna dah mula rutin harian sebagai seorang kaki dan tangan kerajaan dan next week dkna dah final exam...huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... sedihnya...sedih sebab tak study lagi. Balik kampung bawak buku bukan main semangat nak study, dah sampai kampung buku diperam sampai hari nie.

Haaa..bukan setakat buku jer diperam, malah dkna guna waktu rehat ni secukupnya. Memang dkna tidur jer kat kampung. Lepas beraya balik rumah, makan then tidur. Bangun tidur cari makanan lagi. Kalau seminggu kat kampung pasti pipi yang makin tembam..hihihihi...

Pepagi lagi dah kena kemas barang-barang yang nak dibawa pulang. Baju yang pakai kena sidai bagi kering. So pagi tadi baru dkna terasa nikmatnya bila berjemur di bawah cahaya matahari.






Rasanya dah lama tak berjemur sambil sidai baju nie. Bila balik kampung baru boleh menikmatinya. Maklumlah, kalau balik putrajaya tak akan ada peluang nak sidai baju waktu matahari baru nak naik. Tambahan pulak bila tinggal dirumah flat, nak jejak kaki ke tanah pon susah yea. Macam mana nak jejak kaki kalau tinggal di tinggat 14...ha ha ha ha...

Tempat nak sidai baju pon kecik je kat belah dapur. Muat untuk dkna dan baldi-baldi yang disusun jer masuk kat situ. Bila kat kampung nie, ampaiannya punyalah besar. Boleh buat kedai dobi tau. Pagi sidai, petang dah boleh angkat. Dah kering. Kalau kat rumah flat confirm paling cepat pon 1 hari 1 malam baru angkat. Bagi kain tu betul-betul kering. Itu pon buken kering sebab matahari, tapi kering sebab angin. Silap hari bulan, kalau hujan mau berhapak bau baju. Last kena basuh lagi sekali.

Itulah salah satu nikmatnya bila berada di kampung. Bila rumah kita berada diatas tanah...kalau kat bandar besar, nak dapatkan rumah atas tanah nie memang mahal kan? Sesiapa yang selalu pulang ke kampung, pasti akan merasai kelainan hidup di kampung dan bandar besar :)


p/s : mak masakan rendang daging untuk bawak balik putrajaya :)

Post a Comment

kak zmah said... 9/11/11 4:28 PM

Nasib baik rumah ciklong paling atas dan paling hujung...siap awning lagi dapat elak hujan kalau tengahari..hujanlah sebelum ciklong balik.. angkat,rumah baru sesok tak tahu lah ada tempat sidai baju tak?

Gen2Merah said... 9/11/11 5:22 PM

ahahaha.. bila baca cerita dkna ni, macam terkena pla dengan saya ni... ekekeke..

saya kan kalau nak pulang rumah bila cuti, punya lah semangat bawa buku dan kerja2 utk disiapkan di rumah.. sampai rumah semua yang diimpikan main peram je dalam bilik... wakakaka

nanti bila nak abis cuti baru la nak kelam kabut.. ehehe

Saiazuan said... 9/11/11 5:54 PM

dok kampung memang best :D

khairul said... 9/11/11 6:33 PM

jgn berjemur lama2 taw dkna...nanti gelap...x cun lak nanti hehe

Mia-Ina said... 9/11/11 6:58 PM

baca coretan dkna ni teringat kampung..mmg jemuran dia kena matahari..x mcm dok bandar..2-3 hari br kering..

Dunia Realiti a.k.a Elih said... 9/11/11 8:10 PM

Owh! sayangnya Mak dkna ni..jeles lah hehe

Selamat kembali menjadi foothand kerajaan :) erk, dkna keja kat mana ni ye?

Namee Roslan said... 9/11/11 10:59 PM

ala, takpe.nnti cuti lg balik lg. hehe. :) biasalah kalau cuti, mne nk ingat dah buku ke exam ke...yg ingat nk gembira je. sy salu mcm tu..hehe :) selamat hari raya dkna :)

محمد رازيق said... 10/11/11 2:33 AM

pancaran matahari yang indah :) salam kenal.

Afzainizam said... 10/11/11 3:12 AM

dapat vitamin D kalau berjemur lelama kat matahari....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy tinted film headlamp rr taillamp

Dhiya Fariza said... 11/11/11 7:17 AM

kat tempat dhiya satu hari satu mlm kena jemur sebab winter. hehe

 
Top