10
Dkna Abza ^-^







Dah seminggu mak bonda ditahan di HUSM Kubang Kerian. Ini berpunca daripada elegik ubat sehingga melarat ke penyakit-penyakit lain. Dkna masih di Putrajaya dan insyaAllah esok dkna balik kampung menziarah bonda.



2 minggu lepas, sebaik sahaja dkna dapat tahu bonda sakit, dkna terus balik dengan bus. Dan ada beberapa peristiwa berlaku ketika dkna balik dengan bus. Agak seram jugak bila dah lama tak naik bus, perkara yang tak diduga boleh berlaku.


Ketika dkna balik ke Putrajaya, dalam kotak fikiran hanya terbayangkan kesakitan bonda tanggung. Ketika usianya meningkat, pasti akan bagi kesan lain untuk kesihatanya.


Dan apa yang dkna jangkakan benar-benar terjadi. Keadaan bonda semakin teruk. Mungkin kesan daripada ubat yang diambil untuk mengurangkan kesakitan tadi tapi memberi kesan kepada penyakit lain. Bonda dkna memang menghidap penyakit darah tinggi tapi bila dah sakit doktor sahkan bonda kena kencing manis. Kami semua memang terkejut dengan berita tersebut sebab dah bertahun-tahun bonda ulang alik ke HUSM untuk rawatan tapi memang sahih dia tak menghidap kencing manis.


Sekarang doktor masih merawat bonda sebab nak pantau sodium dalam badan. Menurut kakak dkna, jika sodium dalam badan bonda tak stabil kemungkinan besar bonda akan koma. Ya Allah, hanya tuhan saja tahu perasaan dkna ketika dapat berita tu. Darah dalam badan bonda pula terlalu cair. Entahlah, dkna pon tak tahu sangat bab kesihatan nie melainkan 2 orang kakak dkna yang kerja nurse lebih arif.


Bila dkna tanya mereka keadaan bonda, pasti jawapan mereka 'tak pasti' atau mungkin mereka nak tenangkan hati kami adik beradik yang lain. Kakak cakap kalau sebelum nie pernah tengok doktor masukan wayar ke dalam badan pesakit lain untuk tengok air dalam peparu tetapi kali ini depan mata dorang doktor buat perkara yang sama pada bonda.


Hanya dkna yang tak dapat tengok keadaan tersebut. Esok dkna akan tukar ganti dengan kakak untuk jaga bonda. Bila dalam situasi macam nie, bermacam-macam perkara lain yang timbul. Masalah ditempat kerja, masalah-masalah lain. Inilah yang dikatakan dugaan daripada Allah nak menguji sejauh mana hambanya mampu untuk menangung ujian daripada-Nya. Doakan yang terbaik untuk bonda dari kejauhan.



Dkna tak sempat nak melawat rumah korang. Terima kasih kepada yang singgah rumah dkna. Buat masa sekarang dkna terlalu stress!! Jiwa kacau fikirkan berbagai-bagai perkara yang harus diselesaikan dalam masa terdekat. InsyaAllah, lepas nie dkna cuba singgah yea..sediakan teo dan pisang panas untuk dkna jamu mata di rumah korang... ;p

Post a Comment

Selendang Merah said... 17/12/11 10:19 AM

sm doakan kesihatan mak dkna cepat sembuh..amin..dkna on kena kuat taw..insyaAllah bykan doa.

khairul said... 17/12/11 10:24 AM

sabar yer dkna..sama2 kita berdoa utk bonda

Rtp Farra Arisha said... 17/12/11 3:51 PM

ya ampun..i'm very sorry to hear such this news :'( arisha doakan semoga mak sis dkna cepat membaik dari hari2 sebelumnya..do pray for her always :')

Joe_Hans said... 17/12/11 7:32 PM

banyakkan berdoa yer... semoga ibu anda berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Dhiya Fariza said... 17/12/11 8:40 PM

Dhiya doakan kesihatan mak dkna bertambah baik inshaAllah. Byk2 kn bersabar n bertahan ye. :-)

Saiazuan said... 17/12/11 9:38 PM

zuan kat sini hanya mampu brdoa yg kesihatan mak dkna brtambah baik mudah-mudahan, insyaAllah :)

Pen Biru said... 18/12/11 9:52 AM

sabar ye dkna..akak doakan bonda dkna cpat2 sembuh..dan dkna diberi kkuatan utk hdpi ujian ini..

ummiarissa said... 18/12/11 6:14 PM

kasihan Dkna...duduk jauh dari mak tentu sentiasa risau...eloklah dkna pulang kerap kali ni sehingga mak stabil elok kesihatannya...inilah masanya kita membalas segala pengorbanan bonda kita...semoga cepat sembuh ye bonda Dkna...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... 19/12/11 12:07 PM

hope mak ko cepat sembuh ye sis.. aminnnnn

Namee Roslan said... 20/12/11 1:36 AM

kita semua doakan mak dkna k. pasal tak sempat blogwalking tu takpe. ketepikan dulu :)

 
Top