20
Dkna Abza ^-^


Terima kasih kepada semua yang mendoakan ibu dkna cepat sembuh. Mudah-mudahan doa kalian dimakbulkan oleh-Nya. Amiiiiiinnn....


Alhamdulilah keadaan ibu dkna dah semakin baik. Hari pertama dkna sampai kampung, dkna tengok keadaanya memang dah teruk sangat. Gatal satu badan, terasa miang dan tak boleh tidur. Bibir pulak kering dah merekah. Bukan itu saja tapi ia membengkak seakan nak keluar darah dari bibir.


Kalau bibir kita yang kering nie dah terasa sakit, inikan pula bibir yang terlampau kering dan mulut penuh dengan ulser. Ni kesan daripada suntikan dan antibiotik yang diberikan oleh doktor klinik swasta tempoh hari. Berpunca dari demam dan sakit badan, maklumlah usia ibu dah mencecah 60 tahun dan pastinya kesihatan tak berapa baik.






Bila tengok pada gambar nie mungkin nampak tak berapa teruk tapi hakikat sebenarnya lagi teruk. Ini hanya gambar dan realitinya kulit ibu dkna lebih teruk dari gambar nie. Bintik yang keluar dari tangan kanan agak kurang jika dibandingkan dengan tangan kiri. Seluruh badan ibu jadi macam nie. Bermula dari pangkal leher hingga tapak kaki bintik-bintik merah hitam.


Ibu kata gatalnya yang buat tak tahan dan tak boleh nak tidur. Makin makan ubat makin gatal. Kemungkinan kesan daripada ubat tu sebab gatalnya menjadi-jadi. Dan sekarang alhamdulilah, gatal dah makin berkurangan cuma dalam mulut jer masih ada lagi ulser.


Hari ahad lepas dkna bawak ibu ke HUSM, Kubang Kerian jumpa pakar kulit. Doktor pon cakap tak boleh buat apa selain daripada makan ubat tahan gatal dan ubat untuk ulser. Bila dkna tanya berapa lama lagi nak sembuh, hanya jawapan dari doktor 'saya tak pasti melainkan antibodi ibu kuat cepatlah sembuh'.


Dkna tak boleh nak salahkan doktor swasta sebab bagi suntikan kat ibu sebab ibu pon tak tau yang dia alegik pada ubat. Sebelum nie ibu tak pernah pulak dapatkan suntikan bila dia demam. Tapi nak dijadikan penyebab diatas kesakitan sekarang berpunca dari suntikan tersebut.


Apa pn dkna harap ibu cepat sembuh dan yang penting boleh makan. Kalau tak makan memang makin teruklah keadaan dirinya. Dan sebab tak dapat nak makan, ibu dapat gastrik. Harap keadaan ibu semakin pulih. Reporter yang selalu memerhati keadaan ibu dkna ialah anak saudara lelaki, cucu lelaki sulung yang jaga ibu. Tiap kali telefon ibu, pasti dia yang angkat dan lapor apa yang dilakukan oleh ma tok samada makan ubat atau tak, makan nasi dan lain-lain.


Budak memang jujur tak boleh nak tipu walaupun ibu cakap dia makan tapi bila ditanya dengan cucunya pasti jawapan sebaliknya..heheeeee... Jadi anak-anak kena pandai 'bodek' ibu masing-masing untuk menjamin kesihatan dorang.

Post a Comment

Saiazuan said... 7/12/11 2:20 PM

hmm harap cepat sembuh.. ulser penuh di mulut? ya Allah memang sakit, 1 ulser pn dah cukup sakit, inikan penuh di mulut

Dhiya Fariza said... 7/12/11 2:24 PM

dhiya doakan mak dkna cepat sembuh! terbayang kalau keadaan ni jd kat mak sendiri. sabar banyak2 ye. kirim salam kat ur mom. im really2 hoping she'll get well soon! :')

abah khalisha said... 7/12/11 2:26 PM

abah pun ada alergik pada ubat..sm macam ibu dkna..lama juga nak sembuh..gatal-gatal satu badan, memang pedih..kalau berpeluh lagi lah..abah sapu ubat yang doktor bg je...alhamdulillah ok..mudah2-an ibu dkna pun kembali sembuh

H.J said... 7/12/11 2:29 PM

banyakkan berdoa pada ALlah,,moga2 cepat sembuh

Pen Biru said... 7/12/11 2:39 PM

ya allah dkna..knp teruk sampai mcm tu..kesiannya kat mak cik..akak doakan mak dkna cepat sembuh..amin..

Outbound Malang said... 7/12/11 2:51 PM

berkunjung sob..salam blogger
salam kenal dan sukses selalu ..:)

khairul said... 7/12/11 3:22 PM

x tertahan tgk pic dan kesengsaraan yg ditanggung oleh ibu dkna ...byk kan berdoa pd Allah

♥ Elin ♥ said... 7/12/11 3:35 PM

salam...

baru tgk gamba jer nih apatah lagi ibu kamu yg menanggung kan..
inshallah ibu kamu pasti sembuh satu hari nanti. kamu tabah k.

si cantik sally said... 7/12/11 3:52 PM

iye saye faham prasaan itu..harap cepat sembuh ..amin :) sabar ye dkna..banyakkan berdoa

h4ni3 said... 7/12/11 3:53 PM

aduhh..
steven johnson's syndrome
pasni kena ingat nama antibiotik tu
semoga ibu cepat sembuh.. amin

Qhaifa Nur said... 7/12/11 4:25 PM

berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya...
semoga dengan penjagaan dari anak2, sakit yag dihidapi ibu dkna cepat sembuh...

C.M.A @ CikMoonAdnan said... 7/12/11 5:14 PM

semoga mak dkna cepat sembuh ya.. tgk gambar pon...terasa sakitnyer.. mesti xtahan gatal tu.. huhu

hani said... 7/12/11 6:46 PM

oh.. dkna,
hani doakan semuanya bakal baik-baik saja
okay?
:)

Joe_Hans said... 7/12/11 6:52 PM

Ya, Allah..semoga Allah menyembuhakan ibu anda yer...amin

hyz said... 7/12/11 10:42 PM

nampak teruk sgt tu. harap ibu cepat sembuh. dkna sabar ye n jaga ibu baek2..

Pocket said... 7/12/11 11:51 PM

adusss...
buleh bayangkan betapa gatalnya tu...
tp bayangan camana pun yang kami buleh, yang menanggungnya lagi siksa,

harap bonda kamu sihat cepat yer..

yang doktor tu pung, kena suruh bertanggungjawab lah gini!!

adehla

iMBobo said... 8/12/11 4:17 AM

smoga ibu cepat sembuh, insyaAllah..

fazrulnoor said... 8/12/11 9:22 AM

kesihannye..moga cepat la sembuh

wahida said... 8/12/11 10:18 AM

sabar ye dear...
penyakit itu penghapus dosa2 kecil...harap2 ibu sis cepat sembuh...kami semua doakan...


salam dear, tengs drop by my blog, dah follow sekali ke belum, kalau belum, follow yer..


saya follow sini terus...

Namee Roslan said... 9/12/11 6:17 PM

semoga cepat sembuh ya. em, sedih juga tgk. banyak doa k. kami semua doakan juga. em kdg2 Allah bg ujian, sbb Allah sayang.

 
Top