18
Dkna Abza ^-^


Pejam celik dah hari jumaat, minggu depan dah penghujung tahun 2011. Apa yang berlaku sepanjang tahun nie pasti akan meninggalkan kesan dalam diri masing-masing. Alhamdulilah, syukur dengan nikmat yang diberikan oleh-Nya sepanjang tahun ini.


Sejak akhir-akhir nie dkna terlalu sibuk dengan kerja di pejabat. Maklumlah kalau dah penghujung tahun macam-macam perkara harus diselesaikan dengan segera. Rezeki dkna turut bertambah sejak dkna belajar untuk mencari rezeki dengan berniaga secara kecil-kecilan.


Permintaan untuk wedges, nuget dan cheese jugak mendapat sambutan yang memberangsangkan. Yakin dengan-Nya bahawa setiap kesusahan yang diberikan pasti Dia akan berikan kita kesenangan. Kita sebagai manusia harus peka dan berusaha untuk menghadapi kesusahan itu sebaik mungkin.


Dkna yakin setiap rezeki yang ditarik oleh-Nya pasti akan diberikan berlipat kali ganda jika kita berusaha. Mungkin kita terleka dan terlupa akan kesenangan yang diberikan oleh-Nya sehingga kita diberikan sedikit ujian supaya kita tersedar dari terus leka.


Syukur kepada-Mu Ya Allah sebab sedarkan diri ini dari terus leka dengan duniawi. Ujian yang diberikan oleh-Mu itu terlah buat diri nie lebih berhati-hati. Alhamdulilah dengan rezeki yang diperoleh sekarang. Semoga rezeki dkna bertambah lagi untuk masa akan datang....amiiiinnnn...






Sebahagian daripada stok wedges dan nuget yang dkna simpan untuk permintaan dari kawan-kawan sepejabat dan kawan-kawan sekitar putrajaya. Lebih kurang dalam 40kg yang masih ada dirumah dkna.


Hari rabu dan khamis (semalam), dkna dah edar 25kg wedges, 5kg nuget dan 8 paket cheese. Untuk hari nie pulak dkna dah edar sebanyak 30kg wedges, 8kg nuget dan cheese lebih kurang 15 paket. Alhamdulilah..rezeki dari-Nya. Permintaan yang memberangsangkan memandangkan cuti sekolah dan ramai yang bawak pulang ke kampung.


InsyaAllah, stok yang dkna simpan tak akan habis..sesiapa yang nak cuba boleh hubungi dkna. Makin banyak kuantiti yang diminta dkna boleh runding harga yang berpatutan. Jika sebelum ini dkna ada buat promosi untuk cheese yang turut mendapat sambutan.


Ada juga suara-suara sumbang yang mengatakan harga yang ditawarkan oleh dkna nie lebih tinggi dari harga pasaran lain...ermmm..bagi dkna, terpulang kepada individu masing-masing nak menilainya. Jangan cepat 'melatah' jika belum rasa. Dah rasa kemudian bandingkan dengan harga yang korang katakan lebih murah. Kalau nikmat, rasa, kuantiti dan produk yang sama dkna jual, dkna boleh terima dan 'dengar' suara sumbang tu tapi kalau dah terang-terang dengan mata kasar bentuknya dah lain, warna dah lain dan sahih tak sama...mintak tolong jangan cepat 'melatah'. Setiap pertuturan yang dikeluarkan dari 'mulut' itu boleh menyekat rezeki orang lain.


Sesungguhnya bisa mulut berbicara lebih berbisa dari bisa dipatuk ular... heheeee :)

Post a Comment

Hilmi Razali said... 23/12/11 2:10 PM

betul tuh ! segala usaha kita ,maka setimpal lah ganjaran yang akan dikurniakan oleh yang maha Esa...kan kan kan?

khairul said... 23/12/11 3:05 PM

abg doakan dkna sukses dlm bisnes

Rtp Farra Arisha said... 23/12/11 4:09 PM

may you success in what everything you do, sis dkna! go on with your life..:')

Saiazuan said... 23/12/11 5:27 PM

alhamdulillah murah rezeki kamu :) kalau nak post/promote dkat saiazuan blog punya fb page pun dipersilakan la :)

hani said... 23/12/11 8:55 PM

alhamdulillah.. murah rezeki kamu!
suka tgk org dpt ganjaran dari usaha sendiri
:)

ummiarissa said... 23/12/11 10:19 PM

Dkna gembira akak turut merasa kegembiraan itu...bangga Dkna berjaya mencari rezeki halal dengan daya usaha Dkna...boleh jadi contoh pada orang lain.Teruskan usaha Dkna,jangan terlalu banyak berfikir yang negatif tentang kata-kata orang...

p/s:jangan lupa pos tepung wedges akak ye..nyum nyum...

Cik Yatt said... 23/12/11 10:47 PM

bestnye..kite pon mint bisnes2 gak..tpi blajar lgikan. family tak kasi

hawiz said... 23/12/11 11:45 PM

semoga berjaya

sekamar rindu said... 24/12/11 1:07 AM

salam...


moga berjaya....amin..

budak penjara said... 24/12/11 1:53 AM

alhamdulillah nmpk perniagaan dkna pon semakin maju =)

Dhiya Fariza said... 24/12/11 2:55 AM

Alhamdulillah. Gembira tgk dkna kuat hadapi mcm2 perkara, dari ibu yg sakit, kerja sehinggalah suara sumbang tu. Proud seeing u so positive!

Anonymous said... 24/12/11 4:25 AM

Inilah kerja org gomen. buat bisness sambilan. kerja berlambak2 ameno buka jawatan baru. Membazir!

MaryaYusof said... 24/12/11 7:12 AM

Dkna: Selamat Maju Jaya.. just ignore ape org nak kata as long ape yg kite buat atas jln yg betul... nnt klau sy da balik kerja cyberjaya bolehla order..skrg sdg bcuti pjg ;) Salam kenal & follow~

EmpayarUtama said... 24/12/11 8:53 AM

Semoga mencurah-curah rezeki :)

LidiaSuraya said... 24/12/11 8:54 AM

jangan dipikirkan sangat kata kata sumbang, janji kita yakin ngan our product n specialities... kan???

iKhRam said... 24/12/11 12:25 PM

semoga sukses yer dalam bisnes.. bagus2..

bley jd inspirasi nie..

Azlan Hasan said... 24/12/11 1:17 PM

Salam,

ALhamdulillah rezeki bertambah..hehe..jangan pedlikan sgt suara2 sumbang tu..hehe..bak kata orang murah harga murah laa kualitinya..hehehe

Regards,
-Strider-

Anonymous said... 24/12/11 8:14 PM

GudLuck ye !

 
Top