Nuffnang Ads

Thursday, June 30, 2011

Zizan Raja Lawak ft Dina - Selamat Tinggal (lirik)



Sebenarnya video nie seseorang bagi kat dkna melalui emel. Cuma baru hari ni dkna buka. Dia pesan 'harap hayati lagu2 baik'... Ermmmmmmm... no komen..ishh!! cam artis lak dkna nie no komen no komen..hahahaaaaaaa

p/s : bila dah terlepas baru nak menyesal...

Dkna Abza ^-^

UUM Tadah Tangan

Assalamualaikum dan Selamat Pagi :)

Hari nie dah penghujung bulan Jun. Sekejap jer masa berlalu. Pejam celik dah setengah tahun berada di tahun 2011. Tahun depan makin meningkat usia, makin tua la kan..heheee.


Lagi beberapa hari dkna dah nak masuk sekolah. Kalu dah start masuk sekolah nie memang bz mengalahkan PM. Pagi kat opis bekerja, balik opis pulak sibuk kat rumah nak siapkan kerja sekolah. Kalau dah kahwin, sibuk dengan husband..anak..ish..bila nak masak, bila nak layan anak..layan bapak budak..opppss!!..

Mujurlah dkna single lagi...so tak payah nak fikir tuk orang lain. Kalau nak makan pon fikir tuk perut dkna yang kiut nie jer..makan ke tak makan perut dkna sorang yang sakit..hohohoo. Errmm...macam mana agaknya akak akak dan abang abang yang 1 kelas dengan dkna tu yea...Tanggungjawab dorang lagi besar..ish!! Tabik spring kat laki dan bini dorang sebab boleh memahami laki dan bini masing masing yang bz buat kerja sekolah :)

UUM dah tadah tangan :)

Apa yang penting sebelum masuk sekolah, dkna kene bayar yuran...hohohoooo... Tak banyak tapi tak sikit...hihiiii.. Paling kurang nilainya seperti mana dkna dah bulatkan tu. Yuran sekolah nie lagi mahal dari gaji dkna...hahaaaa...Kalaulah dkna nie anak jutawan, confirm tak payah bayar yuran setiap sem. Terus jer bayar yuran untuk 5tahun..senang hidup kan..kan..kan...berangan jadi orang kaya sat...

Untuk hari nie dalam poket nampak padat jer kan, esok terus jer kempis..ahahahaaa... Sebab tu mr z jadi kaunselor yang tak bertauliah tempoh hari.



p/s : esok ada makan besar untuk majlis perpisahan opismate dkna, Aini.

Dkna Abza ^-^

Wednesday, June 29, 2011

Lenguh Mulut Sebab Galaxy!

The Mines 28 Jun 2011. Kisahnya bermula di SINI

Z : Awak nak buat apa dengan galaxy nie?
D : Saya nak pakai laaa
Z : Saya tau..sekarang apa yang rosak? Telefon? Laptop?
D : Telefon..laptop pon dah tenat. Tak lama lagi sampai ajal la kot.
Z : Telefon rosak speaker jer kan? Boleh taip sms lagi kan? Boleh tangkap gambar lagi kan? Lagi 1 telefon sony tu baru jer beli, tak rosak pon. Laptop boleh pakai lagi kan..boleh menaip lagi kan? Boleh layan fb lagi kan? Blaaa..bla...blaa..blaaaa...
D : Ermmmmmmmmmm...

Jejalan tengok ikan kat tingkat bawah..dalam kepala nie berpusing pusing memikirkan ayat dan alasan yang terbaik untuk dapatkan galaxy...heheee..tanduk bukan setakat 2...3...4....5...6...tanduk dah keluar nie :)

Z : So nape nak bazir duit beli benda yang boleh pakai lagi. T amek earphone dalam beg, pakai kat telefon 2.
D : Alaaaaaaaaaaaaa...nak jugak galaxy. Boleh layan tenet kat mana mana jer, Kecik dari laptop.
Z : Sekarang nie awak nak pakai sebab nak bergaya atau nak buat kerje sekolah? Yuran dah bayar? Bila start kelas?
D : Belum bayar lagi. Bulan depan start kelas.
Z : T dah start kelas amek note book saya bawak p kelas. Jangan bagi alasan lagi nak cari laptop baru. Handphone masih boleh pakai, so pakai jer dulu. Nak on9, broadband dah ada..nak kol ma, handphone sony dah ada.
D : errrrrkkk... kalau awak nak bagi note book awak saya nak laaaaaaaaaaaa..hikhikhik..tentiu..
Z : blaaa..blaaa..blaaa..blaaa...blaaa..blaaa...blaaa..blaaa..makin pajang bebelan dia sampai panas telinga..heheee

Banyaknya dia bebel. Tapi apa yang dibebelkan tu masuk akal...ish..dkna tak pandai nak bermain dengan kata kata. Dah tak boleh nak cakap apa apa. Makin banyak dkna bagi alasan untuk dapatkan galaxy, makin banyak hujahnya dan membuat dkna makin kalah...kalah..dan kalah...

Selagi yuran sekolah tak dibayar, selagi tu dkna tak boleh nak enjoy..heheheeee. Kiranya mr z nie penyelamat dkna dari terus berboros. Tens mr z kerana mengingatkan dkna tentang tanggungjawab yang harus dan wajib dilaksanakan. Tanggung n jawab dengan UUM..hohohoooooo...

p/s : kejapnya cuti sekolah...tak lama lagi mem'bz'kan diri dengan kerja sekolah :)

Dkna Abza ^-^

Cinta Berlandaskan Nafsu?

Assalamualaikum dan Selamat Petang :)

Mendung jer kat luar sana. Pagi tadi hujan selebatnya kat sini. Bila hujan confirm perut akan lapar...bila lapar mulalah mulut nak mengunyah...pastu kaki pulak bergerak pantas keluar mencari makanan...Tengahari tadi dkna layan bihun sup tulang jer. Makan sup panas nie memang sedaplah. Dah tak pandang kiri kanan, tangan laju jer menghala ke mulut yang comot nie...

Sambil makan dkna buka fb pastu terperasan sorang kawan post kat wall mendoakan untuk kebahagiaan kawan dia. Tak salah kalau kita mendoakan kebahagian untuk kawan kawan tapi apa yang dkna baca dan cuba faham maksud yang dipostkan tu lebih kurang menyindir atau sememangnya dia ikhlas mendoakan kebahagian kawan ..ermmm..tak tau dkna nak describe macam mana.

Kalau dibaca dan difikir positif memang akan jadi positif, kalau dibaca negatif dan difikir maka akan negatiflah ia. Apa yang dkna nak tekankan kat sini, sebelum mendoakan hubungan seseorang itu supaya berkekalan atau hubungan tersebut berlandaskan nafsu serakah atau ikhlas dan jujur mencintai wanita tu, lebih baik dengar pengakuan daripada pasangan yang dikatakan hangat dan hangit bercinta itu. Maybe dorang hanya kawan biasa atau maybe dorang sememangnya bercinta. Dan jika dorang bercinta sekali pun, jangan fikir cinta mereka berlandaskan nafsu.

Jangan sampai kawan termakan hati jika betul mereka bercinta dan cinta yang terjalin adalah ikhlas tetapi dikatakan berlandas nafsu semata mata dan jika mereka tidak bercinta sekalipun apa agaknya reaksi kawan tersebut??? Sama sama fikirkan.

p/s : tak salah bertanya untuk mendapatkan kepastian.

Dkna Abza ^-^

Nak Tapi Tak Dapat

Assalamualaikum dan Selamat Pagi :)
Cerita semalam bila diceritakan kembali ^-*
Text Message
2.30 petang
D : Datang amek saya kat opis tepat pukul 4.30
Z : Ok. Nak terus p pasar ke?
D : Tak...nak p Mines. Nak beli galaxy tab
D : uiiikkss..biar betul nie? ermmm..ok.

4.15 petang
D : Dah siap?
Z : Belum..jap..nak mandi..
dalam hati...eeeeeeeeee...mesti sampai lambat.

4.50 ptg
Tergedek gedek bergerak menuju ke tempat impian dimana galaxy tab yang ku puja akan menjadi buah hati pengarang jantung...sonokkkkkkk...yabedabaeuuuu.

Pusing punya pusing kat Mines sampai lenguh kaki sebab jalan, lenguh tangan sebab tunjuk menunjuk galaxy tab, lenguh mata sebab memandang galaxy tab, lenguh telingan sebab dengar harga yang apek cina habaq dan yang paling dkna suka lenguh mulut sebab bertekak ala ala manja dengan mr z pasal galaxy tab...hahahaaaaa

Akhirnya dkna kene brainwash...argh!! pandai kamo berkata kata sehingga dkna terpedaya dan terlembut hati dengan ayat manismu... Habis segala kuman kumin dan penyakit dalam otak nie telah dicuci, disapu dan disental oleh mr z.. Ish..

Dalam erti kata yang memberangsangkan, dkna takkan dapat berlagak dengan galaxy tab... huwawawawawawaaaaaaaaaaaaaaaaa :'(





sumber : google




tak dapat miliki pon tak apa..asalkan dapat buat entry galaxsy tab :'(



p/s : nak tahu macam mana dkna lenguh mulut sebab galaxy tab?? tunggu.... :)


Dkna Abza ^-^

Money Oh Duit

Assalamualaikum dan Selamat Pagi :)


money :)



Dkna Abza ^-^

Tuesday, June 28, 2011

Aku Kene Rasuk

Assalamualaikum :)

Berdiri tegak bulu roma dkna sebab akak 1 opis dkna kene rasuk. Dahla duduk betul betul belakang dkna. Ishh..mujurlah dkna nie jenis kuat semangat, boleh tengok dan boleh p dekat dengan orang yang kene rasuk tu haaa.

Awal pagi akak nie ok jer. Sembang macam biasa. Gelak gelak. Pastu dia buka pc, dengar ayat ayat al-Quran. Haaa..time nie dia dah mula duk termenung sorang sorang.

Dkna selamber badak jer tegur dia tanya dia sihat tau tak?? Jadi pelik bila dia tak cakap apa apa..ermmm.. Dkna buat tau tau jer laaaa. Malas nak busy body sangat kan tak pasal pasal kene lepukkkk...

Lepas tu bos dah mula perasan akak nie lain semacam. Tegur tak jawab, mata tengok pc tak jugak berkelip. Ish!! Sah..dia dah kena rasuk. Mulalah abang dan pakcik kat opsi nie datang baca ayat ayat kat telinga. Cian akak nie haaa.. Menjerit jerit, menangis teresak esak.

p/s : tak nak cerita panjang, takot terbawak bawak balik rumah nanti.. :))


Dkna Abza ^-^

Ish!! Nak Yang Baru

Assalamualaikum dan Selamat Pagi :)

Mata dah tak boleh tidur sebab pukul 430 pagi tadi member 1 opis kol mintak tolong pick up kat Putrajaya Sentral. Sampai jer rumah buka laptop nak post entry nie haaaaa.. Entry yang akan membuktikan tak lama lagi dkna akan melabur saham untuk menggantikan 2 barang kesayangan dkna.


Modal Pertama : Nokia 82
Umur : 4 tahun

Kenangan : Ketika dapat gaji pertama dalam gomen.


Modal Kedua : Acer Aspire 5550
Umur : 5 tahun

Kenangan : Ketika belajar di IPTA Johor Bahru


Kenapa barang barang nie buat ragam diwaktu kemuncak?? huhuuu... Orang kata barang nie akan merajuk (rosak) kalau owner ada niat murni nak beli baru..ishhh!!! Niat tu memang ada pon tapi baru pergi survey kat Mines hari Ahad lepas. Terus jer barang nie tunjuk tanduk!!!

Kawan kawan bloggers, tolong bagi cadangan untuk gantikan 2 barang nie menjadi 1 barang jer..maybe ipad?? ermmm...iphone4...ermmm...ish!! duit duit duit... :))

p/s : nak tau tak nak kene jugak cari penganti baru walaupun sayang tahap babun :'(


Dkna Abza ^-^

Monday, June 27, 2011

Daging Masak Merah Jadi Daging Masak Pedas

Assalamualaikum dan Selamat Malam :)

Disebabkan siang tadi dkna puasa, so nafsu nak berbuka puasa tu mengalahkan orang afganistan yang tak dapat makan seberapa lama. Kepala dah naik pusing, tak tau nak masak apa untuk buka puasa. Nak makan macam macam tapi tak pandai nak masak...heheeee..bukan tak pandai langsung ok...kalau setakat nak korang makan nie dkna boleh sangatlaaaa..boleh beli kat kedai jer...hihiiiii..

Ok, continue... Sampai jer rumah, terus buka peti ais tengok lauk apa yang tinggal...jeng jeng jeng...ada daging lembu. Memang lauk kegemaran dkna selain udang. Bagaikan magnet, otak terus jer set nak buat daging masak merah ala ala yang kat kedai seafood siam area Kajang tu haaaa. Tapi macam mana nak masak sebab tak tau resepinya...errrrrmmm..internetkan ada..toing ...toing...toing...Tangan sepantas kilat buka laptop tapi laptop selembap kura kura nak loading..arghh!! nie tunggu masa nak labur money beli baru.. :). So search punya search kat google dapatlah resepinya...alaaaaaaaaa...ramuan rempah ratus dah ada kat dapur..sekejap jer nie masak, confirm sedap...dengan bangga beromong omong dalam hati.

Tung tang tung tang main masak masak kat dapur, siap jugak juadah dkna nak berbuka puasa tapi sayang sejuta sayang disebabkan buah tomato tak ada, daging masak merah bertukar daging masak pedas.

Daging masak pedas pon jadila belalang. Yang sahih 2 pinggan nasik jugak habis...opppsss..maluuuuu..anak dara makan banyak..hohohooo

p/s : nak keluar isi minyak kereta sambil cuci mata kat jambatan putrajaya :)

Dkna Abza ^-^

Touching Dengan Kawan Baik

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari :)

Korang semua lunch kat mana? Mesti kat cafe opis masih lagi lengang, ramai yang keluar makan jauh sikit sebab poket masih tebal. Minyak kereta boleh isi penuh, siap boleh offer kawan kawan naik kereta kita. Kalau dah tengah bulan pergi kerja pon naik motor tak pon naik bus nadi putra..heheheeee..

Seperti yang mana korang tahu, hari nie dkna sedang berjuang berhabis habisan untuk menghabiskan sisa sisa puasa yang tak sempat nak puasa..heheeee. Bulan puasa dah tak lama, pastu raya pastu hari lahir dkna..opppsss...tak sabar nak sambut besday..tapi dengan saper ey?? T_T .

Kalau dah nama puasa, memang confirm tak keluar makan, so dkna layan fb sementara tak kene block. Tetiba ajer member baik dkna tag gambar yang kat bawah nie..huhuuuu....




sob sob sob ... sedihnyaaaaa :'(



amek berkat kawan kawan :)


Tersangat touching dengan eyna sebab dia dah kahwin...aku tak kahwin lagi...arghhhh!! .. Tersentuh hati bila tengaok pic nie. Selama berkawan dari zaman budak hingusan sehingga sekarang, macam macam ragam dan pe'el, dari dalam kain sampai luar kain...ish...ada ker?? hehehee.. Seperti dia telah dirampas oleh orang lain...huhuuu...macam lesbian lak..ish... Nak bagitau, hubungan kami rapat sebab eyna bukan setakat kawan sekolah tapi saudara bau bau belacan ..hihihi.


Akhirnya eyna sah jadi isteri kepada Mohd Redzwan bin Bidin. Tahniah dan semoga eyna kekal bersama sama sehingga nafas terakhir...aminnnnnn...


p/s : raya tahun nie dkna dah tak ada teman nak dibawak berteman berhari raya ke rumah teman teman lain..harap korang faham :)


Dkna Abza ^-^

Siapa Patut Disalahkan?

Assalamuakaikum dan Selamat Pagi :)

Dah beku kaki tangan dkna nie... Ada sesiapa yang boleh tolong panaskan tak biar cair balik yang beku nie..Pasang unggun api ala ala macam rumah orang putih dekat New Zealand ke..heheee. Kat luar opis tu tengah hujan lebat.. Nasib baik dkna sampai opis awal pagi tadi. Sempatlah dkna parking kat basement..parking haram!! shyyyy... so tak payah jalan jauh sangat nak masuk opis. Bukan apa, sebenarnya agak seksa dan seksi bila hujan waktu pagi. Mana nak pegang payung, mana nak selak kain..opppssss..tak bagi basah ok!! Mana nak control ayu...al maklumlah pakai kebaya ala ala sopan santun gitu... :)


Kan bagus kalau hujan hari minggu, confirm tidur tak bangun lagi..heheeee.. sesiapa yang tak kerja hari nie mesti syokkk duk rumah. Time hujan macam ni lah baru terasa nikmatnya tidur...hohohooo...


Nak salahkan siapa kalau dah jari jemari dkna nie dah muka membeku. Nak menaip pon rasa kebas kebas. Nak salahkan hari hujan kat luar, ermmmm..mana boleh..itu rahmat dari Tuhan kan. Nak salahkan ekon kat opis nie pon tak boleh jugak sebab ekon nie dari dulu sampai sekarang memang suhunya sama aje. Atau nak salahkan diri sendiri sebab kurus sangat??? hahahaaa..kalau alasan nie boleh diterima kot.. :D


p/s : puasa hari ni..lagi bertambah sejuklaaaaa...huhuuuuu


Dkna Abza ^-^

Monday Blues

Assalamualaikum dan Selamat Pagi :)

Monday Blues... Hari ini mesti ramai yang mengomel sebab Isnin datang lagi. Kalau anak anak yang bersekolah, nak bangun pagi memang susah. Jenuhlah mak ayah kejutkan anak bangun awal. Malah ada anak yang merajuk tak nak pergi sekolah..haiii..ragam budak budak.

Dulu pun dkna macam ni jugaklah. Kalau hari Ahad (Kelantan) mesti tahap kemalasan melampau lampau. Korang nak tau apa sebabnya?? Sebab...sebab....sebab...ada perhimpunan mingguan..haaaaaaaa...yang nie tak suka tak suka tak sukaaaaaaaaaaaaaa...

Dahlah berjemur tengah panas pastu duk dengar cikgu cikgu membebel jer..potpetpotpet.... Tapi sekarang rindu pulak kat zaman lampau. Pergi sekolah jalan kaki,..sekolah sebelah rumah... kasut putih melepak..letak kapur putih.., baju tak berkedut kedut...cara duduk ala ala linda. hihihiii.., awning tudung keras semacam jer...letak lilin..hohohoo.
sumber google :)

Sekarang bila hari Isnin jer, semua jadi macam gambar kat atas tuuu...hahaaaa..berkhidmat tuk negara. Tak kiralah kaki n tangan kerajaan atau swasta, korang mesti tak suka hari Isnin. Dan kesan yang paling ketara, ramai MC sebab hari Isnin hari berpenyakit sedunia...hahahaa.

p/s : Klinik mana yang senang nak dapatkan MC..nak MC sebulan duk rumah goyang kaki..hujung bulan masuk gaji :)

Dkna Abza ^-^

Sunday, June 26, 2011

Cerahkan Mata Kamu

Assalamualaikum...

Gambar nie dkna snap 14 jun 2011, 930 pagi. Saja jer nak kasi korang tengak pic nie wat cuci mata...heheee... Sebenarnya ada cerita di sebalik gambar nie. Nantik esok lusa dkna story ok. Mata dah ngantuk, esok nak keje. Selamat malam kawan kawan...zzzzzzzzz :)

suasana kelam kelibut pon sempat jugak 2 mak dara dan 1 anak dara nie posing :D

p/s : esok hari Isnin...suka suka suka..sebab dah bosan duduk rumah hari minggu

Dkna Abza ^-^

Ice Room - Kajang

Assalamualaikum dan Selamat Pagi :)

Semalam dkna pergi makan ais krim. Kedai nie baru buka kat Kajang. Kalau kat Putrajaya tak wujud lagi kedai nie. Cuma boleh layan ais krim mcD jer...heheeee. Kedai nie belakang IPD Kajang atau korang boleh search Ice Room Sdn Bhd kat FB.
Seafood Congee RM 10.90
S.I Fresh Strawberry RM 10.90
S.I Tropica Mix Fruit RM 9.90
S.I Blueberry RM 7.90Nasik Lemak RM 8.90
MushroomSoup RM 7.90

p/s: nasik lemak tu dkna punya sebab ...dot...dot...dot... Klik SINI

Dkna Abza ^-^

Saturday, June 25, 2011

Syookkk Suasana Kampung

Assalamualaikum dan Selamat Pagi :)

Best kan kalau hari sabtu ahad ada kat kampung. Dkna ingat lagi zaman dkna kecik kecik, kalau arwah abah tak kerja, kitorang balik kampung kat Kelantan. Bila balik kampung anak anak abah akan dilayan macan anak raja..huhuu.. Arwah tok ayah (ayah belah mak) dan arwah mok (mak belah abah) bukan main seronok lagi. Mana tidaknya, cucu balik kampung. Walaupun bukan jauh sangat kitorang tinggal. Perjalan dari Besut - Kota Bharu makan masa lebih kurang 45 minit. Tapi disebabkan kekangan masa arwah abah kerja dan anak anak yang masih bersekolah, nak balik kampung pun kene planning betul betul.

Kebiasaannya, pagi Jumaat arwah mok akan bawak cucu cucu pergi dengar ceramah pagi oleh Tok Guru Nik Aziz kat bandar Kota Bharu. Dkna dan cousin menjadi peneman arwah naik teksi pergi dengar ceramah seawal 7.00 pagi. Pengalaman ni memang tak boleh lupa sebab sebelum nie tak pernah pergi dan tengok suasana kat sana. Memang meriah dan ramai betul orang Kelantan yang setia menyokong pucuk kepimpinan Tok Guru (dkna bukan cerita pasal politik ok).

Tak sah kalau tak ada pasar pagi. Lepas ceramah agama dari Tok Guru, orang ramai berpusu pusu mencari makanan untuk sarapan pagi. Macam macam jenis kuih muih ada. Apa yang pasti kuih kat Kelantan nie memang best dan murah. Nasik berlauk (nasik campur), menu utama orang Kelantan. Kalau tak pekene nasik waktu pagi confirm menggigil kepala lutut nie haaaa..dkna tersenarai dalam list gigil kepala lutut kalau tak makan nasik pagi :)

Paling femes nasik kerabu..tapi sayang seribu kali sayang, dkna tak makan nasik kerabu..huhuuu..usahkan nasik kerabu dkna tak pernah makan, budu pon dkna tak pernah rasa. Mesti korang cakap dkna berlagak coz mak ayah orang Kelantan tapi anak yang bongsu nie poyo tak makan budu..hahaaa...4 orang kakak dkna semua makan budu..dkna dah lali dengan kutukan dari kawan kawan sebab sememangnya dkna tak makan budu!!!

Suasana kat Kelantan mengingatkan dkna semasa berada di Indonesia tempoh hari. Lebih kurang sama dengan suasana pasar pagi di Kelantan 10 tahun lepas. Sekarang ni dkna pon jarang balik kampung dan banyak perubahan dah berlaku dalam tempoh tersebut.
Pasar pagi di Bukit Tinggi, Indonesia 20 Mei 2011
Kelantan 10 tahun lepas lebih kurang sama tapi tak serupa. Seawal pagi dah keluar mencari rezeki, kalau dekat KL seawal pagi confirm masih kat atas katil..heheheeee
Penduduk Indonesia sedang mencari rezeki. Pelbagai jenis juadah, lauk pauk, kuih muih dijual. Jam ditangan dkna ketika ni pukul 9.00 pagi waktu Malaysia. 8.00 pagi waktu Indonesia
Tak kira jantina, masing masing sibuk melayan pelanggan.

Kadang kadang ada sesuatu yang special di negara orang yang tidak dapat di negara kita. Kerinduan masa lampau yang hanya menjadi kenangan. Haaaaiiii...rasa nak balik kampung...sob sob sob.. nak usha tiket flight murah murah, cepat sampai kampung, tak sakit urat belikat..heheeeee

p/s : tetiba teringat...dkna tak daftar sebagai pengundi...ish!! umur dah terlebih layak nie..SPR depan mata jer tapi .....dot...dot...dot... :)

Dkna Abza ^-^

Iman Suraya

Assalamualaikum dan Selamat Malam bagi dah nak tidur...Selamat Pagi bagi yang belum tidur :)

Tahniah untuk kumpulan Sepah sebab berjaya dinobatkan sebagai Juara MaharajaLawak. Orang cakap 'rezeki anak Siti Sarah'..heheeee...iklan ini tidak berbayar ok!!

Last entry dkna ada cerita pasal Mabuk Novel. Sebenarnya dkna dah lama tak membaca novel. Dulu dulu zaman sekolah muda remaja dan berhingusan dkna ada jugak beli novel cintan cintun. Waktu tu baru nak menjinakkan diri dalam alam pengenalan mengenai cinta..hahahaaa...

Duit belanja sekolah mak bagi untuk beli makanan tapi disebabkan dalam kepala otak ni nak beli macammacam, rela berlapar di sekolah semata mata nak simpan duit nak beli novel. Bila balik rumah jer terus masuk dapur tengak lauk apa mak masak...haaaa..kebulur la weyyy... Hari minggu lak pergi tuisyen kat luar, kan Kota Bharu. Konon konon nak pandai macam kawan kawan...tapi tak jugak pandai..heheee

Sejak dah kerja 4 tahun, ni kali pertama dkna baca novel...tu pun pinjam akak kat opis nie punya novel. Rasanya kalo nak beli, dkna tak beli kot..heeeee. Tajuk novel nie Iman Suraya. Korang boleh baca sinopsisnya kat pic bawah nie.

apa yang penting...kerjasama...'Wonder Pets'
cinta tidak boleh dipaksa ^-^
tolong abaikan fail yang tersusun rapi dibelakang :))

p/s : novel seterusnya akan menyusul kemudian..tak tahu berapa lama nak habiskan 1 novel..pinggggsaaaann

Friday, June 24, 2011

Ben Ashaari Buat Dkna Menggigil

Assalamualaikum dan Selamat Petang...:))

Dupdapdupdapdupdap

...oooo..ehhh..betul ke nie?? memang betol...laaa...ish... BEN ASHAARI ??? Dkna...ooo...dkna...nape?? mengapa?? apakah?? adakah?? ish...kelu lidah nak berkata kata...

Memang betul laaaaaa...sebetulnya dan tak ada salah dan memang sahih abang Ben Ashaari jadi followers dkna yang ke 103.. Seronok dua ronok tiga ronok...yabedabeduuuuuuuuuuu...kehadiran abang ben kat sini membuatkan diriku semakin bersemangat untuk terus aktif... Akhirnya abang ben singgah jengok jengok blog budak baru belajar menaip nie...tenkiu so mas la abang ben.. :D

Penangan abang ben nie memang dassssssyyyyaaaattt wooooo... Sampai menggigil jari jemari dkna nak menaip...hohohooo.. Aura abang ben memang dot...dot...dot... lu pikir la sendiri. Bagaikan jatuh cinta pandang pertama...hahaha..nasib baik abang ben dah ada bini..hihiiii..gelak gedik :)


nak percaya atau tidak??? lalalaaaa..hepiiiii..yiiipiieeee

Dkna dah tak tahu nak taip apa..sejujurnya dkna memang menggigil untuk menaip entry nie..maluuuu kat abang ben..heheee :))

p/s : harap abang ben baca entry nie..walaupun dia tak komen apa apa, jadi pengikut pon dah kira OK!!! berdoa sambil tangan meraut muka budak tak malu nie ..peeaaccee yoooo...

Lagi Penangan Gaji!!

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari :)

Hari ini dah hari Jumaat, esok Sabtu dan Ahad. Mesti korang semua dah rancang macam macam aktiviti yang berfaedah..(habiskan duit gaji) Ada yang nak pergi KL, nak shopping kain untuk buat raya..lambat hantar kain nanti tukang jahit dah tak nak amek. Kalo tukang jahit sanggup amek kain last minute memang tukang jahit tu tamak haloba...hahahaa.. Yealah...mahu tak tamak, kain yang dah dihantar tinggi menggunung tapi ada hati nak amek lagi walaupun masa kian suntuk. Pastu bila dah nak raya, baju tak siap..kes naya nie woooo...

Lobby opis dkna pulak macam kebiasaan, bila minggu gaji je memang sahih wajib tak ada sunat sunat dah..memang confirm ada jualan. Mana mana opis kat area Putrajaya nie glamor sangat dengan jualan Puspanita. Time nie lah mak dara anak dara nak beli macam macam. Tak payah pergi Jalan Tar nak cari selendang, kat depan opis pon dah bermacam jenis, warna, corak ada. Nak dengan tak nak jer..ada duit dengan tak ada duit jer.

Dkna hari nie jalan sorang sorang aje kat jualan tu coz kawan kawan lain dah booking teksi nak pergi Alamanda.

7.10 pg..sebelum punch card.
aini : Ina, tengahari nie pergi mana?
dkna : tak da pergi mana.
aini : Jom pergi Alamanda.
dkna : tak nak laaaaa :)

10.15 pagi..sambil baca novel
k.mai : sape lagi nak pergi Alamanda nie?
k.zila : eh..sape nak pergi??
k.mai : aini, k.syam..ina nak ikot?
k.zila : nak ikot..nak ikot..
dkna : tak nak la akak..kang melabur banyak sangat kat sana (shopping)
k.mai : ok..kita naik teksi la tengahari nanti.

12.00 tengahari..kat opis dah riuh rendah semaua nak keluar. Maklumlah, rehat pukul 12.15 - 2.45 petang. Lama tu..sempatlah kalau nak pergi tengok wayang KL Gengter kat Alamanda tu.

Dkna tetap layan blueessss...heheeee..tawaf jualan kat bawah tu cukup 3kali. Kalau korang tawaf dah bayak kali mesti banyak helai selendang dan tudung korang bimbit bawak masuk opis. Dkna beli keronsang jer...hahaaaa..punyalah penat pusing, tapi 1 jer yang diangkut bawak naik opis paling tinggi tingkat 8 nie..huhuuuu

p/s : tunggu tengah bulan baru syoookk shopping ketika mana rakyat Malaysia sedang kahausan pulussss :)

: Renungan Jumaat 24 Jun 2011 -:

“(iaitu) orang-orang yang melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerusakan di muka bumi. Mereka itulah orang-orang yang rugi.”


~ Al-Qur’an Surah Al-Baqarah : ayat 27 ~


Info : Persatuan Kebajikan Islam Statistik (PERKISA)

Thursday, June 23, 2011

Aku Kaya Di Negara Orang

Assalamualaikum :)

Petang tadi dkna cerita pasal duit gaji, malam lak dkna nak cerita pasal duit jugak. Tapi bukan duit Malaysia, duit Indonesia. Kawan kawan cakap kalau rakyat Malaysia pergi melancong or melencong ke Indonesia, orang sana akan fikir 'Orang Malaysia Banyak Duit'.. betul tau tak terpulang pada poket masing masing. Kalo dah kempis tu maknanya dah tak ada duit cash tapi bukan tak ada kad kredit ok...heheheee...

Kalau duit Malaysia lebih kurang RM400, duit Indonesia dah cecah 1juta rupiah. Memang jadi jutawan kat sana...hohohoooo.

bil makan malam dekat bukit tinggi pada 19 mei 2011

37,900 rupiah bagi hidangan makan malam yang simple jer. Kalau kat Malaysia, confirm dah masuk paper harian metro dan tv3 sebab harga tak berpatutan dengan makanan yang di makan..heheee. Tetiba teringat satu kes ikan patin masuk paper sebab terlalu mahal..hahahaa.

Mak cakap jangan sesekali nak buat sesi tawar menawar bagi makanan yang dibeli..tak elok katanya. Dkna pon tak pasti dari sudut or penjuru mana yang mak cakap tak elok. ..hihihiii. Maybe ada pantang larang orang zaman dulu tak dibenarkan tawar menawar. So sampai sekarang, ia jadi tradisi...ermmm..

p/s : buat kira kira untuk makan besar hari minggu nanti :D

Penangan Gaji!!

Assalamualaikum :)

Hari ni sesiapa yang kerja gomen mesti seronok coz gaji dah masuk. Bolehlah keluar pergi makan, tengok wayang dengan buah hati, pergi shopping macam macam. Macam kebiasaan kalau dah ada duit sekelip mata ajer nak tu nak ni. Ish!! Kalau tengah bulan tau pulak nak berjimat...heheeee

Dkna suka sanagt bila gaji dah masuk..bukan suka sebab ada duit tapi suka tengok gelagat kawan kawan. Tak kiralah kawan serumah atau kawan kat opis. Macam hari ni, disebabkan gaji masuk ramai yang balik awal. Alasan mereka semua sama, 'hari ni kan gaji, nak balk awal nak...dot..dot...dot...dot'. Haaaaiiiyaaa..macam macam alasan. Tapi kalau dah duit dalam beg dah makin nipis, pandai pulak balik lewat, nak siapkan kerja, nak buat over time, kerja banyak, anak tak ada kat rumah, laki outstation, bini balik lambat..hahahaaa..

Dekat kawasan rumah dkna nie ramai yang bujang terangggg tanggg tannnggg... So, parking kereta memang berebutlah..bukan tak cukup parking tapi berebut nak parking yang paling dekat dengan lif. Malas nak jalan jauh. Kalau balik kerja pukul 630 petang jangan haraplah dapat parking yang dekat, confirm kene berlenggang kangkung la jawabnya. Hari ni dkna balik kerja pukul 700 petang. Senang jer nak dapat parking, dekat dengan lif. Nie disebabkan anak teruna anak dara mak budak bapak budak tak balik rumah. Gaji punya pasal, dari opis terus pergi melawat kawasan yang boleh yang mampu membuat nafsu duit lesapppp...hahahaa

Sekarang ni pon dkna sorang sorang jer kat rumah. Lagi 2 orang housemate entah pukul berapa balik. Tak ada kemana pon dorang nie. Paling jauh pergi alamanda naik bus nadi putra :))

p/s : dkna suka keluar shopping tengah bulan, waktu tu tak ramai yang berduit lebih..heheheeee

Baru Angka 100

Assalamualaikum w.b.t :o
Apabila penyakit 'M' menguasai diri, fail depan mata yang makin tinggi menggunung pon tak dihiraukan..Butakan mata (tak nak tengok fail fail tas meja), pekakkan telinga (tak nak dengar bos soal pasal kerja) tapi rajinkan tangan untuk menaip entry baru..hahaaaa..cerdik pandai tak idea dkna nie?? Korang yang sedang bekerja boleh guna pakai idea dkna untuk mengelakkan mata terpejam lena diatas meja..heheeee...tapi jangan kantoi seperti mana dkna pernah terkantoi dengan bos..nak tau story dkna terkantoi?? Jom klik sini
Petang petang macam nie kan best kalau dapat lepak sambil makan goreng pisang panas, minum teo panas...huh!! sedapnya... Ermmm..

Sambil mata tak berkelip duk tengok pc dan baca entry abang tampan dan adik manis, dkna rasa macam...dot..dot..dott..uikksss..rasa apa nie?? Jatuh hati dengan abg tampan?? uikkss..laki orang..bahaya..hahaaaa..gelak jahat :p atau iri hati dengan adik manis??? ishh...tak baik woooo...

Sebenarnya rasa ini just nak jadi macam dorang berdua..bukan tak suka jadi diri sendiri atau tak bersyukur dengan diri sekarang tapi nak jadi seperti dorang yang suka menulis, manaip dan banayk cerita yang dikongsi bersama...seronok baca entry mereka nie..Suka baca entry dorang..simple..menarik..tertarik..menawan...semua adalah.. :))

Dkna tengok followers dorang..perghh!! JELESNYAAAAA....arhghh!! Perasaan jeles menghantui diriku... Baru teringat, agaknya berapa orang yea yang follow dkna?? Barulah dkna tergedik gedik tengok..ish!! tak nak cakap laaa...maluuuu... Korang tengok la pic kat bawah nie yer ^-^


window kat atas tu tengah usha abang tampan dan adik manis :))

p/s : entah bila akan bertambah angka ke 1000...10000...heheeee

Lif Menguji Kesabaranku

Assalam dan Selamat Pagi!! :)

Hari nie dkna masuk opis lewat 5 minit...ini gara gara lif buat hal..bukan lif opis tapi lif dekat rumah...ishhh!! awal pagi hati dah mengumpat mengata mengutuk orang..dalam hati jer..kalo bebel sorang sorang nanti lain pulak jadinya... Hangin panas aje 1 badan walaupon pagi tadi dah mandi..mana tidaknya, ada 3 lif kat rumah nie tapi yang boleh diguna pakai 1 ajer...kalo yea pon nak buat hal, janganlah waktu kemuncak nie oooiiittt.. nie waktu orang kelam kelibut (ada ke ayat nie dalam kamus dewan bahasa) nak pergi kerja, nak pergi sekolah, nak hantar anak rumah pengasuh..huhhh!!

Nak tak nak dkna tekan button naik ke atas pastu turun bawah...kalau duk tunggu ajer tak akan dapat turun dengan lif..penghuni dari bawah semua naik atas, yang dkna nie lak rumah tengah tengah antara 16 tingkat, bila buka ajer pintu lif dah penuh manusia dalam tu..kalo yang badan kecik comey lotey cam dkna nie bolehlah muat dalam 20 orang tapi kalo dah badan semua comey lotey tapi 2 kali ganda saiz dkna, dlm 10 orang pon dah penuh 1 lif...hahahaaaaa

Ada 2 orang akak (maybe) atau adik ..tak tahu lak umur berapa tapi dari segi raut wajah lebih kurang sama muda ngn dkna jer kot..hehee..tetiba jer perasan diriku masih muda remaja.. Nak di jadikan cerita, pintu lif dah terbuka tapi tak boleh masuk..no entry!! Penuh macam sardin jadi akak akak tu apa lagi, turun tangga laaaa... Terniat dalam hati nak jugak follow, ada jugak teman turun tangga, tak ada lah rasa seram sangat kan...Otak ligat duk berputar putar, kalau dkna turun tangga agak agat dah sampai bawah mahu tercabut kepala lutut nie haaa!!

Dengan pakai baju kurung ala ala perempuan melayu terakhir..kunun kunun :) pastu bersepatu tinggi..agak agak dalam 2 inci setengah kot sandal dkna nie... Kan tak pasal pasal tak pergi opis tapi pergi jumpa doktor saki urat keting...hahahaaaaa.

Akhirnya lif beranak panah ketasa terbuka..so, masuk jer dalm perut lif tu naik ke tinggat paling tinggi..kemudian ke bawah..sampai jugak kat bumi yang nyata..bergerak secara perlahan lahan menuju opis memulakan pencarian rezeki yang halal untuk hari nie.. :D


p/s : kalu keluar rumah lagi awal, tak akan lewat datang opis..apa pon dkna dah tawaf rumah awal pagi..senok dua ronok tiga ronok hahahaaa

Wednesday, June 22, 2011

Patung apa 2???

19 mei 2001, 6pm
-Gambar patung nie dkna ambik masa kat Bukit Tinggi...sampai sana lebih kurang pukul 12tengahari pastu check in kat Ambun Suri Hotel... Dekat sangat dengan pasarnya..eahh!! tak payah nak sewa mobil pergi pasar..cut cost :))
-Patung nie ada kat tengah tengah taman...maybe taman la kot..not sure coz tak boleh masuk..ada pagar..kalau nak masuk pon tak tau nak ikot pintu mana...heheheee
maaf ye..masa ambil gambar nie dkna ada kat seberang jalan, tengah pusing pusing usha jalan nak pergi shopping..bentuk patung nie tak berapa nak clear.bergambar kenangan depan jam gadang :)

- yang nie bukan patung ok!!! nie gambar betul tau..betul betul gambar dkna.. Rasa macam nak melompat lompat jer bila berada depan jam gadang..eh!! betul ke aku kat indonesia nie??? sambil cubit cubit kawan sebelah..hohohoooo Ternyata, ini kenyataan yang tidak disangkal lagi..hahahaaaa..akhirnya sampai jugak dkna ke sini..over the sea..kihkihkih
- kalau dulu dulu, zaman sekolah muda remaja nak pergi mana mana kene mintak izin mak ayah..mintak duit mak ayah..sekarang dah kerja masih lagi mintak izin..walaupun last minute..takot mak tak bagi..janji tiket flight dah beli ngeeee.... cuma membezakannya, pergi jejalan nie pakai duit sendiri..so, bila dah ada target nak buat macam macam kenalah berjimat jimat..takut nanti setengah bulan dah ada yang buat buat ganti puasa..hahahaaaaa
- untuk petang hari pertama nie dkna tak beli apa apa..Just pergi jejalan sekitar jam gadang sambil cuci mata yang membuta dalam teksi pastu sambung membuta kat hotel tengahari..kekenyang makan masakan padang yang menjilat jari...kelaparan tahap gaban pon yea jugak kot...huhuuuuu

p/s : teringin nak pergi medan or bandung..^-^

Astro!! Macam Macam Ada

alhamdulilah..baru jer selesai menunaikan solat zohor walaupun agak lewat...kebiasaannya lagi lewat, terus sambung dengan solat asar...heheheee. Dkna nak sambung bab makan makan bagi entry pagi tadi. Lagi bersemangat nak mengaktifkan blog nie bila k.long komen komen yang memberangsangkan...opppssss... :)

Air nie bukan dkna yang punya, tapi pakcik driver mobil yang punyaaaa...heheheee..macam best jer air nie..kalo kat sini lebih kurang macam air tea tarik 3 layer yang ada kat kedai mamak 24hour tu ha tapi kat indon bukan 3 layer ok!!...dkna tak pernah nak cuba walaupon selama 4 hari berada kat sana. Dari penceritaan pakcik driver, air nie merupakan jus yang boleh dibuat ubat bagi penyakittt...bluuurrrr .. arghhh!! lupa laaakkk... tapi disebabkan ia ditambah dengan gula dan rempah ratus lain lain, khasiatnya semakin kurang kurang dan kurang...heheee tapi dkna layan jer la pakcik nie sambil mata terkebil kebil, tekak duk telan air liur..terliur tapi ...dot...dot...dot...jaga badan..minum air masak ajer heheheeee

haaaa..yang nie dkna rasa paling pelik kot sebab kat Malaysia, sambal color merah tapi kat sana sambal color hijau..nak makan pon takut..sampai balik Malaysia dkna tak makan sambal nie...heheeee..lagi 1, cili yang ditumbuk x hancur, ingatkan kat restoran nie ajer cili tak kancur tapi kedai makan lain pon sama jugak...tu yang buat dkna makin tak confident nak makan.,kan tak pasal pasal perut meragam..^-*

nie telur puyuh...mata terus tertumpu kat hidangan telur puyuh nie..sedap wooooo....apa yang membezakan masakan nie dengan mak masak...lebih kurang sama jer tapi mak masak lagi sedap...huhuuuu...lama tak makan masakan mak..windunyaaaa...sob sob sob :( heheeeee..orang tua cakap, kalau kat tempat orang semua sedap sedangkan kat tempat sendiri boleh dapat dari yang nie...hohohooo..betol betol betol..versi upin ipin :)

dkna tak pasti ayam nie ayam kampung atau bandar atau ayam indon atau ayam import dari Malaysia..hahaaaaa...isinya lembut sangat...segar dari ladang.. :D


-kali pertama tengok udang nie dkna tergelak...rasa nak makan dengan tak nak makan udang nie dah berbelah bahagi..akhirnya dkna tak makan sebabnya udang nie teramat comey..cute miut jer rupanya..kecik molek..heheheeee..

Hanya ini saja gambar yang sempat dkna ambil kat restoran tersebut. Bila dah balik sini, rasa menyesal pulak tak snap banyak banyak gambar untuk dibuat kenangan :)

p/s : nak tau apa dkna beli??? tungguuuuuuu...

Masakan Padang??? makanan apa??

assalamualaikum dan selamat pagi semua...ehemmm..ala ala macam cikgu yang baru masuk kelas untuk memulakan sesi pembelajaran :)

seawal pagi dalam kotak fikiran nie dah buat karangan panjang berjela jela untuk up date entry baru yang tergantung malam tadi...heheeee...tertido dalam kapal disebabkan terlalu banyak cerita cintun yang nak taip, otak tetiba jer blurrrr...aduuuiii...apa pon jom gambar yang sempat snap pada hari pertama di Indonesia.. :D

19 mei 2011, 10 pg
- setibanya di airport minangkabau dkna terus amik teksi menuju ke hotel di Bukit Tinggi..kalau ikutkan planning awal, nak stay kat hotel di Padang..biasalahkan, last minute lagi afdal..heheeee

-dkna tabik spring kat pemandu pelancong a.k.a driver teksi...dia yang suggest kedai makan kat kitorang sebelum memulakan perjalanan ke Bukit Tinggi..katanya 'perut mahu diisi dulu kakek, kita mau singgah makan di restoran yang enak makanannya..masakan padang..kakek macam mana?? mau tau teruskan perjalanan ke Bukit Tinggi makan masa 2 hingga 2 jam setengah'...makkk aiiii...jauh sangat ker???

- perot dah sememangnya lapar..layan jer la pak cik nie...masakan padang?? ermmmm..macam mana ey?? boleh ker dkna makan?? dkna nie memang memilih tersangat memilih makanan, rela berlapar kalau makanan tu tak membuka selera atau tak berkenan di hati sanubari...rama rama kupu kupu berlegar legar atas kepala... :)

jeng jeng jeng...nilah masakan padang

maaf ya pak cik driver..muka tak nampak...heheheee

memang menyelerakan..nyyyuuummmyyy ^_*

- tuuuu dia..loghat utara...masakan padang..1st time dkna makan dan sememangnya tekak dkna nie boleh menerima makanan sebegini rupa..memang terbaiklah...sedap sampai menjilat jari wooooo..lagi sedap dari mkn mcd kat lcct awal pag td...klik sini

- macam jakun lak bila sampai kat restoran tu, dihidangkan bermacam macam jenis lauk pauk..macam mana nak habiskan makanan nie?? wajib makan semua?? kang kene cas mahal tak bershoppinglah dkna kat Bukit Tinggi tu...ermmmm..disebabkan muka dkna yang agak kusam lagi kelam ditambah muka bluurrr membuatkan pakcik diver cakap 'kakek makan aje yang mana mahu dirasa..yang dijamah itu akan dikira bayarannya..yang ngak dijamah tak dikira..janji kakek makan sampai habis agar ia ngak membazir'....oooo..baru dkna faham..heheeeeee

ke'bluurrrr'ran dkna masih tahap gaban...so, nantikan sambungannya ..sekarang masa untuk berkhidmat untuk negara :)

p/s : teksi dikenali sebagai mobil..kalau tak salah dkna..buat buat faham jer bahasa orang indonesia nie yea...

Tuesday, June 21, 2011

Seawal pagi di LCCT

setelah sekian lama mengabdikan kenangan ketika lawatan untuk habiskan duit di negara orang...indonesia... malam nie baru dkna berkesempatan untuk meng'upload'kan sedikit pic yang sempat diambil ketika di sana... tak banyak yang nak dikongsi bersama memandangkan kamera dkna telah diberbaiki oleh anak-anak saudara kesayangan tanpa diminta oleh ciksunya...aduuuiiii...sabar jer laaaahhh... akhirnya terpaksalah dkna tangkap gambar pakai telefon aje...kiranya nfon dkna nie dalam kategori up to date laaaa...heheheeee

maafkan dkna kalau muka nie nampak tersangat sopan..hihiii

19 Mei 2011, 4.oo pagi

- inilah muka dkna tanpa bedak dan lipstik...eeee...malunyaaaa pucat semacam jer kan..waktu nie dkna tengah tunggu kawan pergi order mcd kat lcct...flight ke Padang, Indonesia pukul 7.50pg..semangat kesukanan untuk pergi ke luar negara yang sedang membara..cam jakun lak aiii...maklumlah tak pernah ada pasport sejak 24tahun :)
- pilihan terakhir untuk isi minyak perut adalah mcd..yang terbaik punya...wahai perotttt ku..jangan meragam dalam kapal nanti..harap tak ada apa yang boleh memudaratkan kesihatan dkna nanti :)
- lepak punya lepak kat lcct sambil menahan mata yang mengantuk tahap gaban nie dkna terus check in kat kaunter..masuk boarding cepat takot kapal tinggal..mahal woooww tiket nak pergi sana..kalo tertinggal wat menyesal jer..heheee..
- sebelum naik kapal dkna sempat koling2 mak minta selamat sampai sana..orang cakap ambik berkat doa ibu..heheeeeeee...dalam hati berkata-kata 'habislah duit ma after dkna balik dari indon..nak cover duit poket sementara ciksu dapat gaji hihiiii...'
- punyalah ramai orang dalam kapal nie..maaaakkk aiiii!!! tiket murah sampai penuh isi perut kapal nie..macam macam bangsa..macam macam ragam..anak kecik duk menangis pon ada jugak tapi yang pasti dkna tetap tutup mata dan zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.......

p/s : story esok yea...selamat tidow dalam kapal..selamat malam semua :)

mabuk NOVEL

haiii... sejak dua menjak nie tak tau kenapa boleh terjebak dalam dunia novel nie.. hari tu duk mabuk layan citer Nora Elena..sekarang nie mabuk duk melayan buku cintan cintun lak..heheeee..nie gara gara jangkit penyakit jiwa dari akak opis nir..kak mai yang suka duk beli novel..layan novel..tetiba dalam hati dkna ada taman bunga..taman rama rama dan ada jugak taman permainan..hihihiiiii :)

sekarang nie masih lagi dalam mood cuti sem...lagi 3 minggu insyaAllah mood ber'study' lak..harap2 lambat dipanjangkan tempoh cuti sem...mohon kerjasama UUM tambah bilangan hari..boleh ker buat camtu??? :p

alangkah bagusnya kalau dkna rajin membaca dan mentelaah buku sekolah...dapat jugaklah meningkatkan angka pada result exam nanti...kalau baca novel nie sampai mata naik lebam pon tak kisah..pergi kerja mata terpinga pinga pon tak apa..penangan novel nie boleh wat dkna tertidor kat opis..ish!! wat malu jer kan...siap kantoi ngn bossss..oppppsss...'ina'... 'yea puan'... dengan muka cover i liur basi kunun2 tak terlena terus bangun bagaikan kene kejutan elektrik..hahaaaa..maluuuu...maluuu...maluuuu..apa2 pon masih dalam mood layan novel :D


p/s : muka kene control ayu dan sopan walaupun dah terkantoi ok ;p

Friday, June 17, 2011

renungan Jumaat 17 Jun 2011

“Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu (1). Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahawa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan: “Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?”. Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah (2), dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberiNya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik. “


Nota :
(1) Di waktu turunnya ayat 73 surah Al-Hajj, yang Allah menerangkan bahawa berhala-berhala yang mereka sembah itu tidak dapat membuat lalat, sekali pun mereka kerjakan bersama-sama, dan turunnya ayat 41 surah Al-Ankabut yang menggambarkan kelemahan berhala-berhala yang dijadikan oleh orang-orang musyrik itu sebagai pelindung sama dengan lemahnya sarang labah-labah.

(2) Disesatkan Allah bererti orang itu sesat berhubung keingkarannya dan tidak mahu memahami petunjuk-petunjuk Allah. Dalam ayat ini, kerana mereka itu engkar dan tidak mahu memahami apa sebabnya Allah menjadikan nyamuk sebagai perumpamaan, maka mereka itu menjadi sesat.


~ Al-Qur’an Surah Al Baqarah : ayat 26 ~

Info : Persatuan Kebajikan Islam Statistik (PERKISA)

Saturday, June 11, 2011

copy paste bulat bulat!!!

Selamat petang sabtu...hari ni dkna nak kongsi berita untuk korang semua...nie mengenai kisah kasih seorang ibu terhadap anak yang dikandung selama 9bulan..entry nie dkna COPY PASTE dari emel yang diterima petang semalam..maybe korang pernah baca or terima emel ini..tak ada niat lain selain untuk berkongsi kesedihan ini dengan korang..apa pon, harap korang baca sampai habis tau...


Assalamualaikum wbt


MANUSIA SENTIASA DIUJI, HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN HARI KITA
KAWAN SAYA MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI...


Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.
Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.


Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.


Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.
Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.


2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.


Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.


Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.


Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.


Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.


Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya http://us.mc761.mail.yahoo.com/mc/compose?to=rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.


Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.




Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.



Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.
Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.

Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.



Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.
Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.
Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.




p/s : hanya ni jer dkna mampu tolong...tolong sebarkan...insyaAllah, akan selamat..amiiinnn

Friday, June 10, 2011

sokong abg ben

sambil menyelam, sambil minum air...sambil bekerja sambil layan tenet..heeheeee..kunun2 nak hilangkan ngantok...alasaaaaaaaaannn jer nie.. ;p

jap tadi terbaca entry abg ben pasal af9 yang akan berlangsung kat putrajaya...kalo nak tau apa citer dia..klik SINI

rungutan : teringin nak pergi tapi...dot..dot...dot... :)

hangout mestikah melaram??

Assalam..selamat pagi Jumaat :)

kalo hari jumaat jer semua suka kan..kan..kan..betol tak?? yealah...kalo yang bekerja tu hepi sebab tengahari nanti waktu rehat panjang...bagi aweksss yang kerja kat putrajya nie, memang confirm dorang akan ke alamanda..tambah lak kalo dapat geng yang giler wayang, sempat ajer p layan movie kat gsc tu haaa..kalo korang tak percaya, korang datang sini tau..heheeee...nasib baik dkna nie bukan tahap 'giler' wayang..sekadar nak tengok wayang tuk isi masa lapang oklah..tu pon kalo citer best :)

tiap hari isnin dan jumaat, lobby opis dkna ada gerai jualan puspanita..kalo awal gaji nie memang ramai la akak akak makcik mak cik yang shopping..heheeee..kalo tengah bulan dkna terkecuali ok..oppsss.. tapi hari nie nak ke tak nak dkna kene jugak p jejalan kat jualan tu haaa..nak beli tudung or selendang...nak cari yang baru..nak pakai..nak melaram..huhuu....bukan nak melaram keluar p jumpa balak ke..pakwe ke..tap nak keluar ngan bff ima..dah rancang nak p klcc ahad nie...sebab tu nak mencari tudung baru..heheee..nielah pompuan kan..tak sah kalo tak beli yang baru sedangkan nak jumpa kawan jer..bukan nak pergi kenduri kawin ker..dinner ke...pompuan pompuan..hahahaaa...

tens google :)


rungutan : dkna tak confident nak park kete kat basement klcc coz sahih dkna tak kan jumpa kete..dah selalu sangat sesat kat basement...kene cari altenatif lain tuk p klcc..atau ada sape sape yang sudi menjadi driver sukarelawan tuk hari ahad nie??? :)


: renungan Jumaat 10 Jun 2011 :

“Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buhan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan: “Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu”. Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya (1)”.


(1) Kenikmatan di syurga itu adalah kenikmatan yang serba lengkap, baik jasmani maupun rohani.


~ Al-Qur’an Surah Al Baqarah : ayat 25 ~

kenangan : sekolah menengah

selamat malam...oppss..atau dah pagi sekarang nie?? ermmm..konfius ^_^... dkna baru balik dari kedai mamak p9...dasyatkan anak dara balik lewat malam... tapi mama sayang dah tau anak dia keluar melepak tadi..akak pun dah tau dengan sape dkna keluar..in case jadi apa apa, ada jugaklah orang yang terdekat tau dimana dkna berada ..hehehee..cam suspen jer kan...kan...
bukan saja saja jer nak lepak memalam camnie tapi disebabkan 1 panggilan telefon membuatkan dkna rasa bersalah jika menolak permintaanya.. :)) al kisah disini, tadi dkna sedang enak mengunyah nasi hidangan berbuka puasa...ring...ring..ring..telefon berbunyi..aikkk!!! tertera nama kawan sekolah menengah kol..dalam hati 'apasal tetiba dia kol?? maybe rindu aku kot'..hehehee..perasan jap.. dengan penuh semangat dan control ayu suara, dkna pick up da fon...


dengan loghat klate ala ala kolumpur :))
totttt : helooo...assalamualaikum...mu duk mano nie?
dkna : haaluuuuuu...walakumussalam..aku duk umah laaaa..bakpo??
tottt : eh..mu duk wat gapo?? aku nak g derak putrajaya nie...mu bulih tubik dop??
dkna : aku duk buko poso..yoko mu nak mai?? x caya aku...bulih tubik la, aku bukan banduan duk dalam jel...hehehe
tottt : bereh.. meta lagi aku sapa sana aku kol mu..
dkna : mu nak mai sngoti ko?? cam tak caya mu nak mai dari rawang - putrajaya..jaoh nie wey
tottt : mu ingat aku nipu ko?? aku nak jupo mu laaa...dah lama tak jupo sain lama..ayat nie wat dkna lemah dengan kawan kawan..umah mu mana??
dkna : ok beyeh..umah aku kat...dot..dot..dot.. mu mai amek aku la..hahahaa
totttt : ok.. aku g cari pahni.

sejam kemudian
ring...ring..ring..
totttt : aku duk kat kompleks skoloh dot..dot..dot..umah mu mana?
dkna : nie kes naya lah nie..last aku jugak keno g cari mu..tunggu situ, jap lagi aku sapa

20 minit kemudian
dkna : wey...gemukkknyoo mu..lama aku tak tengok mu..hahahaa..meme dah beruboh
tottt : biasalah aku relax gini lah..
dkna : looorrr..mu nie gilor ko park keto dalam gelap..naseb baik polis tak tahan mu sakni
tottt : aku mana tau area sini..hahaa..jom gi lepak mana mana..aku nak makan

meneruskan perjalanan ke mamak berkembar p9... sampai kat sana sambil makan kitorang buka citer zaman sekolah...bila diingatkan kembali memang best giler zaman sekolah..macam macam hal berlaku, citer pasal kawan bercinta monyet..awekss paling cun kat sekolah..member paling nakal..gaduh sana sini..nie bukan gaduh bertumbuk tapi gado mulut kata mengata kutuk mengutuk..dkna sempat tunjukan pic kawin eyna dan mcnor kat totttt...masing masing macam tak percaya kawan kawan dah kawin..tapi kene percaya jugaklah..kene terima hakikat dkna aje yang belum kawin..hehehe..nasib baik dkna berbadan ala ala kecik comey gitu, tak nampak sangat umur akan cecah 24tahun lagi 3 bulan..oppsss..terperasan lakkk...:p

kalau boleh di undur masa, rasanya nak mengaplikasikan waktu tersebut dengan sebaik mungkin..ada ke ayat mengaplikasikan waktu..hehehe..main belasah jer...ermmm...betul orang2 yang berpengalaman cakap bila kita masih sekolah rasa macam best aje nak tengok akak akak yang study kat ipta, rasa cam tak sabar nak habiskan zaman hingusan ni..bila dah masuk ipta, tak sabar nak bekerja dan dapat gaji tiap tiap bulan..dan bila dah bekerja, hujung bulan dapat gaji..nak beli macam macam kadang kadang lupa mak bapak kat kampung...lupa nak kirimkan duit..dorang tak mintak pon...walaupon dapat bagi rm50 dah cukup bermakna bagi dorang...pastu bila tengok kawan masih lagi bergelar student. kite pon gatai lak nak sambung study..heheeee..termasuklah dkna yang sedang berjuang untuk menghabiskan sisa sisa pengajian luar dari kampus UUM sintok..

apa pun yang pernah berlaku dan akan berlaku, ia akan menjadi kenangan yang pengalaman hidup masing masing..suka duka zaman persekolahan amat berhargai apabila dikenang...mungkin kawan kawan blogger ada cerita menarik untuk dikongsi bersama dkna..

p/s : rindunya kat sekolah lamaaaaa..kawan kawan lamaaaa... :(

Thursday, June 9, 2011

ish!! tak pernah jumpa lagi orang camni

apa ke pelik bin ajaibnya manusia sekarang nie..memang pelik sungguh..tak pernah lagi dkna jumpa orang pelik camnie...tak tau nak habaq camne..kang kalo habaq lebih2 orang cakap dkna nie mulut lazeeerrr...huhuuuuu..apa2 pon manusia nie macam macam ragam dan perangai..



sumber dari google..tentiu :)

korang pernah tak jumpa manusia yang suka wat hal sendiri..maksudnya bukan dia tak amek tau hal orang sekeliling tapi dia hidup dalam 'alam' sendiri...duk berkurung dalam bilik dari pagi sampai malam..kadang2 tak tau pon dia wujud pada ketika itu..pelik!!! pelik!!! dan dia boleh jadi 'akauntan' yang tak di iktiraf...kupik hajah bakhil...berkira sangat2...bukan mintak duit dia pon nak makan, nak isi minyak, nak sopim..tapi sebagai kawan2 apa salahnya pelawa kawan2 makan sama2...dkna tak heran la dia makan kepok lekor..dkna dah puas melantak kepok lekor dari kecil lagi tapi kesian tengak kawan yang dari Johor nie..yealah..kat sana mana nak sama kepok lekor dari Terengganu or Kelantan..kalo kat pasar malam pon belum tentu original...cuma taging jer nak besar gedabak 'kepok lekor pantai timur' tapi bila makan rasa gandum lebih..ikan taraakkk!!



tak bosan ke duk bertapa kat dalam bilik kecik tanpa tv..radio..tanpa dunia luar?? tak ke dia merasa bosan atau memang dari azali lagi sememangnya dia sudah di ajar dan di didik tak berkawan or bermesra dengan komuniti lain?? dia asa masalah 'dalaman' kot..heheee..yang pasti dia hidup dalam dunia yang bagi dkna amat2 membosankan..kalo dkna duk kat tempat dia sekarang, rasanya bukan setakat kutu yang mati...keturunan kutu pon boleh matiiiii...hahahhaaaaa...


rungutan : perangai dia membuatkan dkna meluat...ish!! tak ada kawan macam dia pon tak rugi rasanya hidup kat dunia ini..(tengah marah dan sakit ati)

Wednesday, June 8, 2011

Wedding : Eyna Part 1

untuk cuci mata sebelum melabuhkan tirai malam...


nie waktu eyna sedang menunggu suami tersayang sampai

p/s : dkna amek berkat kawan2 kawin..manalah tau tak lama lagi turn dkna lak..heheeeee...selamat malam semua :)

Gosip kahwin ... kahwin...

alhamdulilah...rezeki dari Allah, dkna masih lagi mampu untuk makan dan minum untuk hari ini...bersyukurlah dengan nikmat yang Dia bagi sehingga kini..sambil makan tengahri sempat jugak bersembang dengan isu hot masa kini...bab dan episod cuti skolah...cube korang teka isu apa yang hot?? heheheee...bukan mengumpat pasal artis atau kutuk mengutuk budak opis ok...nie bukan gosip liar...cer teka lg..teka... :)




haaa...meh sini nak habaq, kitorang duk sembang pasal isu kahwin laaa..kan sekarang nie ramai sangat yang kawin..semua orang duk kalut nak p kenduri sana sini...last skali mabuk gulai kawah...hahahahaaa..bial duk sembang2 tadi macam2 citer dari akak2 kat opis nie kawin, dari zaman 70an, 80an sampailah sekarang..banyak bezanya..




dkna masih ingat waktu k.long kawin...lupa dah tahun bila...kene tanya klong nie.. sangat berbeza pada zaman sekarang sama ada dari segi persiapan, hantaran, pelamin dan banyak lagi lah..sebagai contoh kawan dkna, eyna yang baru jer bertukar status CIK kepada PUAN..meriah sungguh majlis perkahwinannya...tertibe jer dkna rasa nak kawin..heheheee...




bagi dkna, apa yang paling penting ialah akad yang dilafazkan pada ketika itu..ia merupakan 'sesuatu' yang paling berharga dalam hidup seorang wanita untuk menjadi isteri kepada suami...apa pulak pendapat korang tentang isu ini??




p/s : nak bayangkan camne majlis perkwahwinan untuk 10 tahun akan datang...

Tengok 'Video Terlarang'

Assalam dan selamat pagi.. mulakan hari ini dengn senyuman yang paling menawan...


hari ni dkna agak kelam kabut datang kerja coz pagi tadi masak kuew tiaw bawak bekal ke opis..dah lama x main masak memasak nie..heheeee.. mujurlah tak tertukar yang mana 1 garam dan yang mana satu gula...


seperti kebiasaan, masuk jer opis cepat2 buka FB..hehee..nak link fb seawal pagi sebelum line fb kene block...bila dah selesai link barulah buka web lain.. dkna paling suka baca paper on9 myMetro...tajuk citer hari nie memang menarik sangat2...


'Video Terlarang' memang betul menarik citer hari ni..sempat tengok ajer tajuk untuk paper hari nie...hati berkata kata kejap2 lagi la baca...nak makan dulu..kuew tiaw dah kembang semangkuk nie...heheheeee


tung tang tung tang sekelip mata ajer dah habis makan..uikkkss..sedap jugak aku masak hari nie..hihiii..puji diri sendiri :)


mulalah operasi dkna menghabiskan bil elektrik kat opis ni dengan membaca citer2 yang manarik tadi...dkna terperanjat jugaklah bila baca citer tadi..bukan terperanjat pasal isu vidoe terlarang yang dimaksudkna tetapi lokasi dan negeri kejadian tu buat dkna terkezutttt....huhuuuu...adakah betul berlaku di Kota Bharu??? arghhh...tipulah...ish...tp betul2 berlaku..tak kan paper nak tipu kan.. kan...kan...ermmmmm


baru semalam dkna balik dari Kota Bharu..tup tap tup tap keluar isu camnie..ermmm..tak nak komen lebih..takot nanti jadi isu lain..so, kawan2 bolehlah terjah paper myMetro hari ini atau beli kat kedai mamak ajer..hehehehee


p/s : promosi paper myMetro hari nie :)

Tuesday, June 7, 2011

aduuuiii..penat!!!

haiii...salam tuk semua pengunjung blog budak baru rajin menulis :)


hari nie dkna masuk opis kul 1tengah hari tadi setelah berada di kampung halaman selama 2 hari setengah..hehee..ada ke istilah dua hari setengah??? ermmm...diriku sendiri konfius.. sampai kat lcct kul 10 pagi tapi menunggu mangsa pertama yang dikerah dan diarah menjemput dkna kat lcct punyalah lama.. nasib badan, nak marah pun tak boleh buatnya mangsa pertama tak mau amek dkna kat sini naya dkna tak sampai Putrajaya agaknya.. apa pun tens banyak banyak buat mangsa pertama sudi dalam keterpaksaan untuk jemput dkna kat sini...dkna sayang kamu sampai bila bila...oppppsss...terover laks..hihii


bila kat opis pulak tetiba ajer kepala nek pusing...aduuiii..apa masalah nie..nak muntah..pening kepala..rasa nak pitam pun ya jugak... altenatif terbaik makan ubat KK hehehee..ubat original dari Kementeria Kesihatan..so sekarang bolehlah dkna meng'update' blog sekadar yang mampu..


niat di hati nak story pasal majlis akad nikah dan persandingan kawan baik dkna tapi dkan terpaksa out dulu..dkna nak pergi pasar borong Selangor, nak cari lauk pauk nak masak memasak.. dah hampir 2 bulan dkna tak masak, asyik makan kat luar ajer..kalo makanan sedap dan kena dengan selera dkna yang rakus nie oklah..heheheee


sebelum pergi beli lauk, dkna nak singgah kat pasar tani P2..nie gara gara mangsa kedua dkna tuntut janji nak makan nasik kerabu..hampeeessss!!! aku kene belanja...


tapi .... hehee.. mangsa nie tetap akan menjadi mangsa dkna...dia akan menjadi driver yang tak di iktiraf kejap lagi..hahahaaa...ciaaannn...


nak tau sape mangsa pertama dan mangsa kedua dkna??? klik SINI



p/s : tak sabar nak upload gambar majlis perkahwinan kawan baik dkna dan nak meneruskan misi untuk mangsa ketiga :))

Nuffnang Ads

Anda pasti suka ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...