Nuffnang Ads

Thursday, December 29, 2011

Berakhirnya 2011 dan Bermulanya 2012

Dkna Abza ^-^


Dalam tempoh 11 bulan 29 hari berakhirlah penderiaan jiwa dan perasaan dalam diri dkna. Tahun 2011 merupakan tahun yang boleh dikatakan agak suram dalam diari kehidupan seorang insan yang mencari nilai sebuah kejujuran. Tahniah kepada mereka yang melakar kehidupan pada tahun nie dengan penuh warna warni.


Permulaan tahun yang telah terconteng disebabkan kelekaan diri sendiri memberi kesan yang mendalam pada dkna. Betul kata orang, hari tak selalunya cerah. Mungkin esok mendung dan hujan petir. Mungkin juga esok masih panas dan tenang.





Jika dilihat pada no.1 yang berwarna merah itu sungguh bermakna pada dkna. No.1 bukan no yang bertuah bagi dkna.


No.1 menguji sejauh mana dkna melakar hari mendatang.
No.1 menguji nilai kesabaran dkna.
No.1 memberikan waktu untuk dkna kenal diri.
No.1 telah memberikan dkna rasa yang amat perit.
No.1 membuat dkna terasa sungguh menyesal.
No.1 bukan no.yang bertuah bagi diri dkna.
No.1 merupakan no.yang tak ternilai oleh patah perkataan.


Mungkin no.1 bagi mereka diluar sana merupakan hari bahagia, hari yang bermakna, hari yang dijadikan kenangan terindah dalam hidup mereka. Tapi sebaliknya pada diri dkna. Apa yang dkna rasa, dkna tanggung, dkna pendam, dkna telan yang pahit manis sepanjang tempoh tersebut hanya diri ni yang tahu.


Mungkin pernah terlintas difikiran untuk berkongsi cerita samada bersama-sama keluarga, kawan-kawan atau diblog kecil ni tapi hati tetap kuat untuk terus pendam apa yang tersirat dan tersurat. Bebanan perasaan juga mampu buat kehidupan harian terganggu.


Mungkin keluarga dan kawan-kawan nampak keceriaan pada raut wajah dkna, dapat dengar suara dkna yang merdu ibarat buluh perindu yang mampu mengalahkan siti nurhaliza yang ceria tapi jauh disudut hati banyak perasaan yang terpendam. Tiada 'keceriaan'dalam hati bila sesuatu yang dipendam amat sukar diluahkan sehingga saat ni dkna bersyukur pada-Mu Ya Allah kerana menghapuskan segala 'rasa'yang tersimpan terlalu lama dalam diri dkna.


Ya Allah, dkna teramat bersyukur pada-Mu diatas segala ujian dan yang engkau berikan untuk menguji sejauh mana hamba-Mu ini mampu menanggungnya. Alhamdulilah! Engkau telah kembalikan 'keceriaan'dkna kembali. Keceriaan yang dkna tunggu selama 362 hari kini kembali.





Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang untuk dkna teruskan kehidupan dengan melakar diari baru...melakar dengan penuh warna warni...melakar dan bukanya mencontengnya. Apa yang dirancang untuk tahun 2011 sudah tertulis tidak memihak pada dkna. Terima kasih pada-Mu Ya Allah sebab dengan kekecewaan yang engkau berikan ini mampu selamatkan masa depan dkna, sekelumit rasa kecewa ini jugak mampu mengubah hidup dkna dari terus berada dalam kegelapan.


Ya Allah...dengan izin dari-Mu, dkna mohon permudahkan segala urusan yang akan mendatang. Semoga tahun 2012 ini akan lebih bermakna dalam buku kehidupan seorang insan yang berusaha dan berdoa dan minta pertolongan daripada-Mu.

p/s : terima kasih atas doa kalian.

Spontan Khamis - sekolah -

Dkna Abza ^-^

Pesanan cikgu-cikgu awal tahun 2012 nanti :

Form 1 = Selamat datang ke sekolah menengah .
Form 2 = Jangan banyak main , tahun depan nak PMR .
Form 3 = Tahun ni kamu PMR , buat elok elok , nak tentu bidang apa Form 4 nanti
... Form 4 = Jangan ingat kamu Honeymoon tahun ni ye .
Form 5 = Tahun ni SPM , jangan nak bercinta . masa depan kamu tuu

Betul tak?

Saturday, December 24, 2011

Kawan atau Musuh!

Dkna Abza ^-^






Pic from syafiqstatichot

Cantik tengok genggaman tangan kat tu kan? Kuatnya ikatan persahabatan. Ermmmm...tapi bukan itu yang dkna fikirkan ketika ni. Dalam alam maya nie kekadang kita tak sedar dan tak tau sape yang membaca setiap patah perkataan yang kita taip. Sape yang ikuti segala perkembangan kita.


Dunia cyber dunia yang meluas. Mungkin kita tak sedar ada mata-mata yang memandang setiap gerak geri kita melalui penulisan di blog. Mungkinkah dia adalah sahabat atau mungkin dia musuh atau segala kemungkinan yang lain.


Dkna yakin tak semua yang suka kita. Kadang-kadang orang akan membenci diri kita walaupun tak kenal. Betul tak?? Pernah tak korang dengar ayat nie;


'eh..aku tak suka la tengok budak tu'

'ko kenal ke?'

'tak kenal pon, tapi aku menyampah tengok dia'



Ini didunia luar..kalau dalam dunia cyber pulak macam mana?? Setiap gerak tangan jejari manis yang sedang menaip nie pasti akan dibaca oleh semua orang. Tak kiralah samada mereka kawan kita sendiri atau musuh yang kita tak pernah tau atau mungkin mereka akan jadi musuh kita. Banyak kemungkinan yang bakal berlaku.


Dkna paling takut dengan 'silent reader'. Mungkin disebabkan dkna pernah ditaburkan fitnah oleh mereka yang dkna tak kenal dan tak pernah jadi kawan...seperti ayat kat atas tu la. Kita tak berkawan pon tapi ada orang yang tak puas hati.


Orang kata dah jadi 'fobia' dengan keadaan sedemikian. Dimalukan, dijaja cerita sana sini sehingga dkna alami 'kemurungan'. Mujurlah ada kawan yang memberikan semangat untuk teruskan hari-hari seperti biasa. Kadang-kadanng kawan kita yang dah kenal lama pon boleh terpengaruh dengan 'cerita mulut murai' sehingga percaya akan cerita yang tak masuk dek akal.


Nasihat dkna kepada mereka yang menghadapi masalah sama, jangan cepat melatah dengan memaki hamun orang tak tentu pasal. Serang sana sini, hebahkan berita keburukan orang yang memburukkan kita..,tak perlu lakukan semua tu. Tak payah nak bercerita macam-macam tentang apa yang berlaku. Sebab bila kita bercerita keburukan orang yang memburukkan kita, kita juga sama 'buruk' dengan dia.


Apa yang dkna buat hanya berdiam diri dan berdoa pada-Nya supaya tunjukkan kebenaran. Biarlah orang pandang hina pada ketika itu, muka dah rasa cukup tebal dan malu yang amat sangat tapi hati tetap kena sabar sebab Tuhan nak tengok sejauh mana hamba-Nya bersabar. Makin banyak kita bercakap, makin banyak keburukan yang orang akan katakan sebab orang kat luar sana dah fikir -ve tentang diri kita.


Diam...diam...diam...dan alhamdulilah, dengan berdiam diri dkna diberikan 'kebenaran' yang sebenar. Kawan-kawan dkna yang dulu menjauhkan diri kini kembali seperti biasa dan secara tak langsung orang dapat nilai yang mana baik dan buruk.


Dan berkemungkinan besar 'mereka' yang terlibat dalam kes dkna turut menjadi 'silent reader' yang tak diundang di blog Adylia Qarissa aka Dkna Abza. Entah kenapa kata hati dkna kuat menyatakan 'musuh' yang tak diundang sentiasa berlegar-legar disini...hihihiiiiiiii


p/s : dengar kata hati biasanya betul kan??? ;p

Friday, December 23, 2011

Penat Itu Berbaloi Dengan Rezeki Dari-Nya

Dkna Abza ^-^


Pejam celik dah hari jumaat, minggu depan dah penghujung tahun 2011. Apa yang berlaku sepanjang tahun nie pasti akan meninggalkan kesan dalam diri masing-masing. Alhamdulilah, syukur dengan nikmat yang diberikan oleh-Nya sepanjang tahun ini.


Sejak akhir-akhir nie dkna terlalu sibuk dengan kerja di pejabat. Maklumlah kalau dah penghujung tahun macam-macam perkara harus diselesaikan dengan segera. Rezeki dkna turut bertambah sejak dkna belajar untuk mencari rezeki dengan berniaga secara kecil-kecilan.


Permintaan untuk wedges, nuget dan cheese jugak mendapat sambutan yang memberangsangkan. Yakin dengan-Nya bahawa setiap kesusahan yang diberikan pasti Dia akan berikan kita kesenangan. Kita sebagai manusia harus peka dan berusaha untuk menghadapi kesusahan itu sebaik mungkin.


Dkna yakin setiap rezeki yang ditarik oleh-Nya pasti akan diberikan berlipat kali ganda jika kita berusaha. Mungkin kita terleka dan terlupa akan kesenangan yang diberikan oleh-Nya sehingga kita diberikan sedikit ujian supaya kita tersedar dari terus leka.


Syukur kepada-Mu Ya Allah sebab sedarkan diri ini dari terus leka dengan duniawi. Ujian yang diberikan oleh-Mu itu terlah buat diri nie lebih berhati-hati. Alhamdulilah dengan rezeki yang diperoleh sekarang. Semoga rezeki dkna bertambah lagi untuk masa akan datang....amiiiinnnn...






Sebahagian daripada stok wedges dan nuget yang dkna simpan untuk permintaan dari kawan-kawan sepejabat dan kawan-kawan sekitar putrajaya. Lebih kurang dalam 40kg yang masih ada dirumah dkna.


Hari rabu dan khamis (semalam), dkna dah edar 25kg wedges, 5kg nuget dan 8 paket cheese. Untuk hari nie pulak dkna dah edar sebanyak 30kg wedges, 8kg nuget dan cheese lebih kurang 15 paket. Alhamdulilah..rezeki dari-Nya. Permintaan yang memberangsangkan memandangkan cuti sekolah dan ramai yang bawak pulang ke kampung.


InsyaAllah, stok yang dkna simpan tak akan habis..sesiapa yang nak cuba boleh hubungi dkna. Makin banyak kuantiti yang diminta dkna boleh runding harga yang berpatutan. Jika sebelum ini dkna ada buat promosi untuk cheese yang turut mendapat sambutan.


Ada juga suara-suara sumbang yang mengatakan harga yang ditawarkan oleh dkna nie lebih tinggi dari harga pasaran lain...ermmm..bagi dkna, terpulang kepada individu masing-masing nak menilainya. Jangan cepat 'melatah' jika belum rasa. Dah rasa kemudian bandingkan dengan harga yang korang katakan lebih murah. Kalau nikmat, rasa, kuantiti dan produk yang sama dkna jual, dkna boleh terima dan 'dengar' suara sumbang tu tapi kalau dah terang-terang dengan mata kasar bentuknya dah lain, warna dah lain dan sahih tak sama...mintak tolong jangan cepat 'melatah'. Setiap pertuturan yang dikeluarkan dari 'mulut' itu boleh menyekat rezeki orang lain.


Sesungguhnya bisa mulut berbicara lebih berbisa dari bisa dipatuk ular... heheeee :)

Thursday, December 22, 2011

Silap Potong Zakar

Dkna Abza ^-^





Seawal pagi dkna dengar MHI tentang berita yang dipaparkan oleh Harian Metro. Tak puas hati dengan apa yang didengar, masuk opis terus buka internet.


JITRA: Biarpun sudah hampir sebulan berkhatan, dua beradik masih menderita kesakitan kerana doktor dikatakan tersilap teknik dan tidak memotong hujung kulit zakar mereka sepenuhnya.

Selain sakit setiap kali mahu membuang air kecil dan masih memakai kain, Mohd Iskandar Zulkifli, 10, dan adiknya, Mohd Shah Ikmal, 7, bertambah kecewa apabila doktor memberitahu mereka terpaksa dikhatankan sekali lagi dalam tempoh setahun akan datang. “Sudah hampir sebulan kami menderita kerana menahan sakit akibat lebihan kulit zakar kami tidak putus sepenuhnya. Kami malu sebab rakan lain sudah boleh berjalan dan bermain, tapi kami masih memakai kain pelekat,” kata Mohd Iskandar. Dua beradik itu yang tinggal di Taman Mahsuri di sini, dikhatankan seorang doktor wanita ketika menyertai program berkhatan di Alor Setar, dekat sini, pada 26 November lalu.


“Saya dan adik trauma sehingga sekarang malu bertemu rakan kerana kami masih belum sembuh dan dikatakan masih belum masuk Jawi sepenuhnya,” kata Mohd Iskandar ketika ditemui di rumahnya, semalam. Ibunya, Rosni Ahamad, 48, berkata dia mengesan masalah dihadapi dua anaknya ketika membuat pemeriksaan pada kemaluan mereka dan mendapati bahagian itu seperti tidak berkhatan, malah berlaku pendarahan kerana luka masih belum kering. Rosni berkata, dia dan suami, Zulkifli Zabidi, 55, membuka balutan luka pada kemaluan anaknya untuk memeriksa disebabkan mereka mengadu terlalu sukar dan berasa sakit ketika membuang air kecil.


“Saya dan suami terkejut melihat pendarahan agak teruk dan keadaan zakar anak saya seperti tidak berkhatan. Selepas membuat pemeriksaan, saya dapati ada luka pada pangkal zakar anak sedangkan bahagian kulit yang sepatutnya dibuang tidak dipotong. “Sejurus selepas itu, kami terus membawa anak ke sebuah klinik swasta, namun mereka meminta kami merujuk perkara berkenaan ke hospital kerana bimbang ia akan memburukkan keadaan. “Kami kemudian pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, namun doktor memberitahu secara teknikal anak kami belum berkhatan,” katanya.


Menurutnya, doktor di HSB itu turut menasihatkannya mengkhatankan semula Mohd Iskandar dan Mohd Shah dalam tempoh agak panjang iaitu sehingga setahun akan datang.



Ya Allah, kesian betul kat budak 2 orang nie kan. Kalau dah jadi macam nie kita nak salahkan doktor?? Adakah doktor itu yang cuai? Ermmmmm...apa pon diharap adik-adik nie cepat sembuh. Mesti sakit kan? Dkna yang baca berita nie pon dah rasa lain macam jer. Dah rasa sakitnya.


Memang kesian. Sesiapa nak baca lebih lanjut, boleh terus ke mymetro.

Sunday, December 18, 2011

Jadual yang padat Putrajaya ke Kota Bharu

Dkna Abza ^_^


Lokasi : Putrajaya


7.30 pagi :

kompleks a,b,c,d,e presint 1. Masuk opis nak siapkan kerja yang patut disiapkan ini termasuklah kerja yang berkaitan dengan SBPA. Ada orang kata Sistem Bodek Pegawai Atasan. Ishhhhhh, sapelah yang otak geliga sehingga boleh reka ayat sendiri,hehheeeeeeeee


1.00 tengahari :

Pangsapuri putra damai. Balik rumah kemas apa yang patut dibawak pulang.



2.50 petang :

Lcct. Huh! Dah macam pudu dkna tengok kat sini. Ramainya orang tapi musim perayaan lagi ramai orang kat sini. Sesak giler.


3.40 petang :

Mula terbang diatas awam yang gelap. Gelap nak hujan.


4.50 petang :

Dah jejak ke bumi yang nyata. Nampak terang bulan di sultan ismail internasional airport. Heheeeee


5.50 petang :

Husm kubang kerian. Singgah lawat mak seketika.


7.30 malam :

Home sweet home. Balik rumah bersihkan badan yang paling penting isi perot yang tengah lapar giler. Bayangkan dari pagi tadi tak makan. Aduuuuiiiiii laparnya memang menguji kesabaran. Kerja sehingga terleka nak makan.

9.30 malam :

Husm bersama bonda. Stay sini sampai balik ke putrajaya. Pengalaman jaga bonda dalam hospital.



Selamat malam kawan-kawan dkna nak rest. Terasa badan nie teramat penat.

Saturday, December 17, 2011

Cerita Minggu Lepas ~ HUSM ~

Dkna Abza ^-^







Dah seminggu mak bonda ditahan di HUSM Kubang Kerian. Ini berpunca daripada elegik ubat sehingga melarat ke penyakit-penyakit lain. Dkna masih di Putrajaya dan insyaAllah esok dkna balik kampung menziarah bonda.



2 minggu lepas, sebaik sahaja dkna dapat tahu bonda sakit, dkna terus balik dengan bus. Dan ada beberapa peristiwa berlaku ketika dkna balik dengan bus. Agak seram jugak bila dah lama tak naik bus, perkara yang tak diduga boleh berlaku.


Ketika dkna balik ke Putrajaya, dalam kotak fikiran hanya terbayangkan kesakitan bonda tanggung. Ketika usianya meningkat, pasti akan bagi kesan lain untuk kesihatanya.


Dan apa yang dkna jangkakan benar-benar terjadi. Keadaan bonda semakin teruk. Mungkin kesan daripada ubat yang diambil untuk mengurangkan kesakitan tadi tapi memberi kesan kepada penyakit lain. Bonda dkna memang menghidap penyakit darah tinggi tapi bila dah sakit doktor sahkan bonda kena kencing manis. Kami semua memang terkejut dengan berita tersebut sebab dah bertahun-tahun bonda ulang alik ke HUSM untuk rawatan tapi memang sahih dia tak menghidap kencing manis.


Sekarang doktor masih merawat bonda sebab nak pantau sodium dalam badan. Menurut kakak dkna, jika sodium dalam badan bonda tak stabil kemungkinan besar bonda akan koma. Ya Allah, hanya tuhan saja tahu perasaan dkna ketika dapat berita tu. Darah dalam badan bonda pula terlalu cair. Entahlah, dkna pon tak tahu sangat bab kesihatan nie melainkan 2 orang kakak dkna yang kerja nurse lebih arif.


Bila dkna tanya mereka keadaan bonda, pasti jawapan mereka 'tak pasti' atau mungkin mereka nak tenangkan hati kami adik beradik yang lain. Kakak cakap kalau sebelum nie pernah tengok doktor masukan wayar ke dalam badan pesakit lain untuk tengok air dalam peparu tetapi kali ini depan mata dorang doktor buat perkara yang sama pada bonda.


Hanya dkna yang tak dapat tengok keadaan tersebut. Esok dkna akan tukar ganti dengan kakak untuk jaga bonda. Bila dalam situasi macam nie, bermacam-macam perkara lain yang timbul. Masalah ditempat kerja, masalah-masalah lain. Inilah yang dikatakan dugaan daripada Allah nak menguji sejauh mana hambanya mampu untuk menangung ujian daripada-Nya. Doakan yang terbaik untuk bonda dari kejauhan.



Dkna tak sempat nak melawat rumah korang. Terima kasih kepada yang singgah rumah dkna. Buat masa sekarang dkna terlalu stress!! Jiwa kacau fikirkan berbagai-bagai perkara yang harus diselesaikan dalam masa terdekat. InsyaAllah, lepas nie dkna cuba singgah yea..sediakan teo dan pisang panas untuk dkna jamu mata di rumah korang... ;p

Friday, December 16, 2011

Renungan Jumaat 16 Disember 2011

Dkna Abza ^-^


“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’.”



~ Al Qur’an Surah Al Baqarah : ayat 45 ~



Info : PERKISA

Monday, December 12, 2011

Balik Kampung Naik Bus

Dkna Abza ^-^


Dah lama dkna tak naik bus balik kampung. Last week dkna berpeluang balik kampung dengan bus sebab melawat ibu sedang sakit. Dan pada ketika ini ibu dkna ditahan di HUSM Kubang Kerian. Komplikasi ubat-ubatan dan ditambah usia yang semakin lanjut. Apa yang diharapkan, ibu cepat sembuh.






Gambar ni dkna snap ketika penumpang sebelah turun pekena kopi panas dekat area Raub. Terasa agak 'jakun' bila tengok bus ada tali pinggang. heheheheeeee. Korang nak cakap per pon cakap la, dkna tak kisah sebab dkna memang pelik bila tengok tali pinggang nie.


Dah macam kat atas kapal terbang lak bila naik bus nie cuma berbeza klipnya jer. Huh!! sungguh teruja betul dkna naik bus malam tu. Yea lah, bila dah lama sangat tak naik bus hati mesti berdebar-debar kan?

Takut terlepas bus
Takut tersalah naik bus
Takut tak jumpa cari tempat duduk
Takut duduk sebelah orang yang gila seks
Takut dirompak orang sebelah


Dah bermacam-macam rasa 'takut' dalam hati nie. Mana tidaknya, balik kelantan ambik masa 8 jam perjalanan. Macam-macam hal boleh terjadi. Bila last minute beli tiket bus, seat pon dah tak banyak. Dkna naik bus Mutiara 2 tingkat. Niat dihati nak dapatkan single seat tapi dah penuh. Dah tak ada pelihan lain, terpaksa jugak ambik seat yang mana kosong belah atas. Tinggi jugak bus nie kan. Dah namanya bus 2 tinggat, memanglah tinggi. heheeeeeeee


Bila naik bus nie teringat pulak zaman dulu-dulu. Zaman muda remaja ketika belajar kat Johor. Bus menjadi pilihan utama. Perjalanan dari Johor ke Kelantan ambik masa lagi lama. 12 jam tau!! Haaaa..zaman belajar hati tak segundah sekarang sebab dah biasa kot. Mana tidaknya, dulu tak pernah kenal air asia pon..heheheeeee. Apa yang dkna tau naik bus kat Larkin tiap kali nak balik kampung.


Malam tu dkna bertolak dari Putrajaya pukul 9 malam dan sampai kat kampung pukul 430 pagi. Dkna turun tepi jalan jer sebab tak nak menyusahkan abang ipar jemput dkna kat bandar KB. Kalau turun kat KB kemungkinan dkna sampai dalam pukul 5 pagi, pastu nak tunggu abg ipar datang ambil masa lak. Lebih baik dkna turun sebelum bandar KB, jarak dari rumah lebih kurang 10 minit jer.


Suasana memang sunyi giler time tu. Ada kedai runcit tepi jalan sentiasa buka walau pon jam 430 pagi. Dkna duduk tepi kedai tu dan pandang kiri kanan. Ada balai polis tak jauh dari kedai runcit. Tetiba dkna nampak ada lelaki tak berbaju menuju ke arah dkna. Hati dah mula berdebar-debar. Kakak dan abg ipar belum sampai lagi. Aduuuuiii...time tu dkna buat-buat berani dan perlahan-lahan masukan galaxy dalam beg. Handfon sedia ditangan, beg dipegang rapi.


Orang giler??
Penagih dadah??
Pencuri??
Orang normal??


Lagi sekali lelaki tu lalu depan dkna dan pandang semacam. Ya Allah dalam hati hanya Tuhan saja tau apa dkna rasa. TAKUT yang amat sangat. Perlahan-lahan dkna masuk kat kedai runcit tu tengok jurujual tak ada. Aduuuuiii..kemana?? Pandang keliling rupanya jurujual tu ada dalam Bank belakang kedai runcitnya. Hati tenang seketika.


Tapi....tapiii...lagi sekali lelaki tu pandang dkna macam ada sesuatu jer. Sambil dia ulang alik depan kedai runcit tu. Dkna dah semakin takut. Perlahn-lahan dkna pergi jauh dari kedai runcit tu dan pergi ke 7E sebelah bank. Dkna rasa lebih selamat dkna ada kat situ sebab dkna yakin 7E ada CCTV. So kalau ada apa-apa yang berlaku pasti ada rakaman atau bukti.


Tangan terus capai telefon buat panggilan kat kakak. Hati dah lega bila kakak cakap dah nak sampai. Lelaki tadi masih pandang dkna, sekejap-sejap dia tolehkan kepala tengok dkna. Dkna dah nekad kalau lelaki tadi datang, dkna lari masuk ke dalam 7E. Hanya tu jer mampu dkna lakukan.


Tak sampai 5 minit, kakak dah sampai. fuuuhhhhhh...lega. Masuk jer kereta terus bagitau kat kakak dan lelaki tadi pandang jer sehingga kereta kami berlalu. Ermmmmm...dalam fikiran dkna, apa yang akan terjadi kalau dkna masih berdiri kat kedai runcit tu? Siapa lelaki tu? Pencuri? Penagih? Perogol bersiri??


Sehingga kini masih tertanya-tanya.

Friday, December 9, 2011

Renungan Jumaat 9 Disember 2011

Dkna Abza ^-^



“Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?”



~ Al Qur’an Surah Al Baqarah : ayat 44 ~



Info : Perkisa

Thursday, December 8, 2011

spontan khamis ~ SBPA ~

Dkna Abza ^-^

` sesiapa nak cuti boleh cuti sepuasnya sebelum cuti dibekukan untuk proses SBPA`

Wednesday, December 7, 2011

Gambar Menceritakan Segala Kesakitan

Dkna Abza ^-^


Terima kasih kepada semua yang mendoakan ibu dkna cepat sembuh. Mudah-mudahan doa kalian dimakbulkan oleh-Nya. Amiiiiiinnn....


Alhamdulilah keadaan ibu dkna dah semakin baik. Hari pertama dkna sampai kampung, dkna tengok keadaanya memang dah teruk sangat. Gatal satu badan, terasa miang dan tak boleh tidur. Bibir pulak kering dah merekah. Bukan itu saja tapi ia membengkak seakan nak keluar darah dari bibir.


Kalau bibir kita yang kering nie dah terasa sakit, inikan pula bibir yang terlampau kering dan mulut penuh dengan ulser. Ni kesan daripada suntikan dan antibiotik yang diberikan oleh doktor klinik swasta tempoh hari. Berpunca dari demam dan sakit badan, maklumlah usia ibu dah mencecah 60 tahun dan pastinya kesihatan tak berapa baik.






Bila tengok pada gambar nie mungkin nampak tak berapa teruk tapi hakikat sebenarnya lagi teruk. Ini hanya gambar dan realitinya kulit ibu dkna lebih teruk dari gambar nie. Bintik yang keluar dari tangan kanan agak kurang jika dibandingkan dengan tangan kiri. Seluruh badan ibu jadi macam nie. Bermula dari pangkal leher hingga tapak kaki bintik-bintik merah hitam.


Ibu kata gatalnya yang buat tak tahan dan tak boleh nak tidur. Makin makan ubat makin gatal. Kemungkinan kesan daripada ubat tu sebab gatalnya menjadi-jadi. Dan sekarang alhamdulilah, gatal dah makin berkurangan cuma dalam mulut jer masih ada lagi ulser.


Hari ahad lepas dkna bawak ibu ke HUSM, Kubang Kerian jumpa pakar kulit. Doktor pon cakap tak boleh buat apa selain daripada makan ubat tahan gatal dan ubat untuk ulser. Bila dkna tanya berapa lama lagi nak sembuh, hanya jawapan dari doktor 'saya tak pasti melainkan antibodi ibu kuat cepatlah sembuh'.


Dkna tak boleh nak salahkan doktor swasta sebab bagi suntikan kat ibu sebab ibu pon tak tau yang dia alegik pada ubat. Sebelum nie ibu tak pernah pulak dapatkan suntikan bila dia demam. Tapi nak dijadikan penyebab diatas kesakitan sekarang berpunca dari suntikan tersebut.


Apa pn dkna harap ibu cepat sembuh dan yang penting boleh makan. Kalau tak makan memang makin teruklah keadaan dirinya. Dan sebab tak dapat nak makan, ibu dapat gastrik. Harap keadaan ibu semakin pulih. Reporter yang selalu memerhati keadaan ibu dkna ialah anak saudara lelaki, cucu lelaki sulung yang jaga ibu. Tiap kali telefon ibu, pasti dia yang angkat dan lapor apa yang dilakukan oleh ma tok samada makan ubat atau tak, makan nasi dan lain-lain.


Budak memang jujur tak boleh nak tipu walaupun ibu cakap dia makan tapi bila ditanya dengan cucunya pasti jawapan sebaliknya..heheeeee... Jadi anak-anak kena pandai 'bodek' ibu masing-masing untuk menjamin kesihatan dorang.

Wordless Wednesday ~ Maut?? ~

Dkna Abza ^-^







p/s : maut atau terselamat?

Monday, December 5, 2011

pulang dengan rasa berat hati

Dkna Abza ^-^


Pada ketika entry ini ditaip, dkna dalam perjalanan pulang ke putrajaya. Hati ini sungguh berat sekali meninggalkan ibu yang kurang sihat. Perjalanan terasa hambar sekali. Mana tidaknya kalau hendak balik tangan ibu disalami ketika ibu tidur dikatil. Pipi ibu dicium ketika matanya terlalu sukar untuk buka sebab kesan daripada ubat yang di berikan oleh doktor.


Sambil tangan ibu disalam dan pipi ibu di cium, dkna sempat berpesan supaya ibu makan ubat yang diberikan oleh doktor. Hanya anggukkan dan suara 'errrmmmm' kedengaran keluar dari mulut ibu.


Semoga ibu cepat sembuh dari kesakitan tersebut.

Saturday, December 3, 2011

Suaranya Membuat Hati Gelisah

Dkna Abza ^-^

Suaranya mampu buat dkna menangis. Dah 2 3 hari mendengar suara yang semakin hari semakin tidak sihat. Niat di hati sememangnya nak balik kampung. Bila tengok jadual tugas, nak balik lama sikit kat kampung hanya free next week. Boleh ambik cuti panjang sikit.


Tapi apakan daya bila pagi tadi dengar suara bonda dalam telefon buat hati nie terus memberontak nak balik kampung dengan kadar segera. Kalau kampung tu sejauh sekangkang kera sudah lama dkna berada dikampung. Inilah dikatakan susah payah bila berada jauh dari prang tua. Kampung jauh nun disana. Nak balik kampung ambik masa yang panjang.


Buka web air asia try usha harga tiket nak balik malam nie. Tapi...aduuuuiiiii... harganya boleh tahan. Ditambah ditolak dibahagi didarab akhirnya ambik keputusan balik naik bus jer lah. Dah lama dkna tak naik bus. Kalau tak balik dengan kereta pasti dkna naik flight jer.





Pukul 2 petang tadi bergegas ke putrajaya sentral cari tiket bus. Alhamdulilah..masih ada tiket untuk balik malam nie. Dkna terus ambik tiket pergi dan balik. Senang, lepas nie dah tak payah pikir tak ada tiket. Disebabkan lama tak naik bus, rupa bentuk tiket pon dah lain. Haaa..dkna tengok tiket bus nie macam pelik je...heheheeee... terjakun lak !!


Apa pon jadi malam nie tetap balik kampung. Malam isnin pulak balik putrajaya. Hanya cuti untuk 1 hari jer. Selasa dah kerja. Bonda di kampung masih tak tau yang dkna balik malam nie. Hanya kakak-kakak jer yang tau. Malas nak bagitau bonda takut nanti makin menjadi-jadi sakitnya.


Orang tua nie kalau tau anak nak balik, sakitnya makin menjadi-jadi..so, lebih baik jangan bagitau bonda. Dah sampai depan pintu rumah biar dengar tengok sendiri muka anaknya. heheheheeee...


Harap perjalanan malam nie lancar dan selamat.. insyaAllah.

Tendang Bayi Menangis

Dkna Abza ^-^


GEORGETOWN: Hanya kerana tidur terganggu akibat tangisan bayi perempuannya berusia sembilan bulan, seorang bapa 'naik hantu' dan tergamak menendang bayi itu dalam kejadian di rumah mereka di Lebuh Maccalum di sini, kelmarin.


Malah, dalam kejadian jam 7 pagi itu, lelaki berusia 26 tahun terbabit turut didakwa menghempas bayinya ke atas tilam sebelum isterinya cuba mententeramkan keadaan.


Bagaimanapun, tindakan isterinya menyebabkan wanita itu turut menerima padah apabila ditendang suaminya sehingga meminta pertolongan ibu mentua yang tinggal serumah dengan mereka.


Menurut sumber, kejadian malang menimpa bayi itu berlaku ketika ibunya berada di dapur membancuh susu dan meninggalkan anaknya bersama suami yang sedang tidur di dalam bilik.



“Lelaki terbabit terjaga daripada tidurnya apabila anaknya menangis sebelum menengking dan memarahinya.



Sumber : myMetro



p/s : layak ke nak di panggil 'ayah' kalau berkelakuan macam nie?

Friday, December 2, 2011

JUMAAT! Dikuasai oleh wanita

Dkna Abza ^-^


Hari jumaat semua sedia maklum waktu rehat bagi kakitangan kerajaan bermula jam 12.15 tengahari hingga 2.45 petang. Lama giler waktu rehat. Kalau pantai timur dah sahih cuti hari jumaat. Dan hari jumaatlah wanita menguasai waktu tersebut dengan sebaik mungkin.


Ada yang pergi tengok wayang dan bagi lelaki pulak dah pasti mereka akan bersiap ke masjid menunaikan solat jumaat. Pasti pejabat turut sunyi tanpa kaum lelaki. Kalau ada terselit 2 3 orang lelaki tu dah pasti dorang bukan islam.


Kalau korang tengok kat cafe, majoriti yang bertudung jer ada kat situ. Wah!! jumaat 'kami' yang punya sebab boleh makan kat cafe. Kalau hari-hari lain tak ramai kaum wanita yang makan kat cafe. Kebanyakkan daripada mereka akan bungkus makanan untuk makan kat pantry pejabat masing-masing.





Ini cerita hari jumaat bagi yang dah bekerja. Tapi berbeza pulak dengan zaman belajar satu ketika dulu. Dkna masih ingat lagi kenangan ketika belajar di johor 4 tahun lepas. Hari jumaat adalah hari yang paling seronok.


Nak tau sebabnya?? Haaaa..sebab hari jumaat kelas dkna tamat pukul 12.00 tengahari. Kalau mood pensyarah ok, kami dapat balik lagi awal. Ditambah pulak kalau petang tak ada kelas. Lagi seronok..double seronok tau sebab dah habis kelas boleh pergi berjimba kat bandar JB.


Yang lelaki pulak bukan main suka dapat balik awal. Alasan yang selalu digunakan dorang nak pergi masjid yang agak jauh. Alih-alih dorang balik rumah terbungkang tidur...ha ha ha.. ini pengalaman betul yea. Tak tipu..dkna tau sebab dulu menyewa kat luar kawasan sekolah dan 1 taman dengan geng budak 1 kelas. So, apa-apa aktiviti yang tak bermoral sudah pasti kami tau. Kan kami perempuan tak terlepas dari dicop 'bizi bodi' ngeeee ....


Sekarang bila diingatkan kembali akan kenangan lama pasti mencuit hati. Tak mungkin benda yang sama akan berlaku. Baik buruk dalam persahabatan sama ada dizaman sekolah atau pun waktu ketika ni akan tetap jadi kenangan. Korang ada cerita yang menarik tak bila tiba hari jumaat?

p/s : hari jumaat hari balik kampung waktu belajar kat johor :D

Renungan Jumaat 2 Disember 2011

Dkna Abza ^-^

Panduan ini dikirim oleh rakan-rakan dan saya sekadar ingin berkongsi dengan teman-teman sekelian. Semuga ianya memberi kemanfaatan pada kita semua……amiiin
Dikatakan :-

۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

۞ Surah Yasin dapat menghi lan gkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-

۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...

۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.

۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.

۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.

۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....

Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.

۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.

۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG!'


Sebar-sebarkan info ini Wahai SaudaraKu~


Jangan kita malas dan mengalah….ini mungkin menjadi setitik amal jariah yang bakal terhimpun menjadi telaga di akhirat nanti

Info : JP Putrajaya

Thursday, December 1, 2011

Disember Tiba

Dkna Abza ^-^

Bulan yang di nanti telah tiba. Bulan yang terakhir bagi tahun 2011. Bulan penentu sama ada impian atau hajat untuk tahun nie dah tertunai atau masih lagi di awan-awangan. Bulan ini penentu segalanya bagi dkna.


Jika Januari 2011 pembuka tirai dengan air mata, dkna mengharapkan Disember ini berakhir dengan senyuman yang mekar. 12 bulan menanggung 'rasa' yang tak terucap dengan kata-kata. Hanya ketabahan hati menjadi penguat semangat diri untuk terus hidup. Mungkin senyuman dapat diukir dibibir tapi mana mungkin hati tersenyum jika 'rasa' itu tidak hilang dari dalam jiwa.





Kesilapan yang dilakukan itu pasti ada hikmatnya. Dkna tidak mengeluh dengan apa yang berlaku kerana dkna yakin dengan apa yang berlaku itu adalah petunjuk untuk segala 'penipuan' yang berlaku. Masih menghitung hari demi hari.


Jika kita merasakan diri ini penuh dengan masalah, onak duri, dugaan yang tidak putus-putus yakinlah bahawa masih ada insan lain yang terima pelbagai dugaan yang lebih teruk dari apa yang terjadi keatas diri ini.


Semoga Allah mendengar rintihan dan permintaan dkna untuk teruskan hidup ini. Yang baik itu hanya datang dari-Nya dan yang buruk itu adalah perbuatan dkna.


Ya Allah...lindungilah dkna dari perkara yang buruk dan permudahkanlah segala urusan dkna. Hanya pada-Mu dkna memohon pertolongan dan petunjuk. Amiiiiiiiiiiiiiiiinnn...

Nuffnang Ads

Anda pasti suka ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...