15
Dkna Abza ^-^ 

Beberapa hari dkna tinggalkan blog, kesian lak tengok blog yang tak diupdate. Seperti kebiasaan, kalau blog dkna tak aktif tu maknaya dkna teramat bz dengan duniawi..dunia persekolahan. Maklumlah kalau buat kerja sekolah seperti SPONTAN KHAMIS yang lepas, kesanya mau tak cukup kaki dan tangan nak guna.

Biar pon masa berlalu dengan pantas dek kesibukan, tapi masih terasa kehangatan majlis perkahwinan bff dkna walaupon dah lebih seminggu dia melangsungkan perkahwinan dengan pasangan tercinta. Perjalanan dkna ke Palong untuk memeriahkan dan menyibukkan diri di majlis akad nikah mereka berjalan dengan lancar.

Dkna tiba di rumah pengantin perempuan tepat pada waktunya dimana bff dkna sedang dimekapkan oleh mak andam. Teruja lak tengok bff nie yang kelihatan berseri-seri dengan persalinan untuk majlis akad nikah. 


sesudah majlis akad nikah

Pasangan dinikah di masjid berdekatan dengan rumah bff dkna. Ini pengalama kedua dkna menghadiri majlis perkahwinan di masjid. Kalau di Kelantan, kebiasaannya acara akad nikah akan diadakan di rumah pengantin perempuaan kecuali kalau hari tersebut ada ramai pasangan yang nak nikah, jadi acara tersebut diadakan kat masjid. Pak imam tak lah terkejar-kejar nak kerumah pengantin.

Teringat majlis akad nikah eyna yang merupakan bff dkna di kampung yang mana majlis akad nikahnya diadakan dirumah selepas solat isyak. Dah setahun rupanya eyna jadi isteri orang dan sekarang sedang menanti kehadiran anak kembar tak lama lagi.


mendegar tazkirah dari pak imam


Sebelum diakad, pasangan pengantin akan dipanggil masuk kedalam bilik untuk disoal siasat. Haaa..bagi dkna ia agak pelik sebab dkna tak biasa dengan keadaan nie. Bapa kepada pengantin perempuan jugak masuk bilik bersama pasangan dan disoal oleh pak imam. Apa yang di tanya, itulah yang wajib dijawab oleh pasangan pengantin. 

Bagi pasangan ni, dorang tak der lah ditanya dengan soalan-soalan pelik hanya diminta untuk membaca surah dan ditanya tentang cara-cara mandi wajib. Berdebar kan kalau dapat soalan yang tak terfikir dek akal. Bila dalam keadaan macam nie, kadang-kadang surah Al-Fatihah pon kita boleh lupa tau. Mana tidaknya, tangan dan kaki dah menggeletar nak akad nikah kemudian diaju pulak dengan bermacam-macam soalan.

Ada baiknya ditanya soalan berkaitan agama didalam bilik, sekurangnya sanak saudara tak dengar dan tak tau apa ditanya dan dijawab.. he he he.. Kalau kat kat kampung dkna, mereka akan disoal di depan ahli keluarga. Kalau yang menggigil nak jawab tu, sahih semua orang nampak. Bertambah-tambah menggeletar lah kaki dan tangan.

Lepas akad nikah, pasangan ini didengarkan dengan nasihat dan tazkirah oleh pak imam. Lepas tu sesi bergambar dalam masjid.Oh!! lupa lak nak maklumkan ada pasangan lain yang turut dinikahkan di masjid yang sama. 

Sedar tak sedar, rupanya dkna tak ambik gambar bersama pengantin di majlis ini..wah!! tak ada lak gambar kenangan bersama mereka. Tunggu cerita dkna di malam berinai pasangan mempelai dua sejoli. 


Post a Comment

Qhaifa Nur said... 20/3/12 1:07 PM

selamat pengantin baru...

nak pandang muka tok kadi pun takut..nanti banyak soalan hik..

hyz said... 20/3/12 1:18 PM

dkna bila pulak?

adan said... 20/3/12 1:35 PM

dkna takda ambil gambar sebb bz sgt perhati dorang nikah dalam masjid.. maklimlah baru dua kali merasa kan..kan.. hehe

Kakzakie said... 20/3/12 1:51 PM

Kalau ilmu penuh di dada taklah takut kot...

azam said... 20/3/12 1:53 PM

kenapa peangantin nampak blurr je ni....sedih...nak kawin ni...hehehe

DefarhanoVII a.k.a BoyPJ said... 20/3/12 2:19 PM

owh...patutlah blog usang ek...
huhu...

dkna bler plak ye... (",)

Cik Ecah said... 20/3/12 2:53 PM

khusyuk pengantin dengo tazkirah :)

Rtp Farra Arisha said... 20/3/12 3:22 PM

sis dkna pun bakal mengalami momen itu juga nanti. just wait and see aja hiks. :)

ikatankasihku said... 20/3/12 3:34 PM

memang sama cantik, sama padan..tumpang happy jgk utk diaorg.. :)

C.M.A @ CikMoonAdnan said... 20/3/12 4:20 PM

sebelum akd nikah..kena soal siasat dalam bilik?? huhu

1st time dgr.

ni klu ditanya mcm2 soalan2.. terketar2 nak jawab.. nebeess laa katakan.. haha

kak mah said... 20/3/12 6:24 PM

Ciksu dok ajok ciklong pun.

Muhammad Saiazuan Norhalik said... 20/3/12 6:45 PM

tgu jemputan dr dkna je ni..hehe

Anonymous said... 21/3/12 2:44 AM

Salam,

Seronoknyee..tite bile lagi?

KLIK:1AMAH 1TUGAS SLOGAN BARU

Dhiya Fariza said... 22/3/12 3:30 AM

vah vah tunggu turn dkna, dhiya nk bergambar sama XD

Namee Roslan said... 23/3/12 8:52 PM

dkna pun dah tak lama kann..hehe. lawa baju pengantin !! :)

 
Top