18
Dkna Abza ^-^




INFO : Facebook


Apalah nak jadi. 

Insiden melibatkan polis semakin lama semakin menjadi2. Jika semalam kita dikecohkan dengan isu polis tendang motorsikal budak sehingga menyebabkan budak berusia 14 tahun koma, baca sini, kali neh kes terbaru yang membabitkan polis [macam skandal pula] ialah insiden di mana polis melemparkan helmet kepada sekumpulan mat rempit sehingga menyebabkan mereka jatuh motor dan cedera.

Baca bawah neh ;

GEORGETOWN - Polis Pulau Pinang meminta penduduk di sekitar Teluk Bahang bertenang dan memberi masa kepada pihak polis menyelesaikan siasatan kes serangan balai polis di situ oleh kira-kira 100 orang kampung yang kurang senang dengan sikap seorang anggota polis ketika menjalankan tugas membanteras mat rempit.
Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata anggota polis yang berpangkat lans koperal itu sudah ditukarkan ke unit lain dan siasatan terhadapnya masih
dijalankan.
"Polis memandang serius perkara ini. Kita tidak berniat untuk menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan awam... sesiapa yang didapati bersalah pasti
dikenakan tindakan undang-undang.
"Justeru, kita minta pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes itu tampil memberi kenyataan untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita di
sini hari ini.
Beliau berkata sehingga kini empat laporan polis dibuat berhubung kes itu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam Sabtu, anggota polis itu didakwa membaling topi keledar ke arah sekumpulan mat rempit yang sedang menunggang motosikal sehingga menyebabkan lima daripada mereka terjatuh.
Dua daripada mereka yang parah dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang.
Akibat insiden itu, kira-kira 100 penduduk di kampung terbabit berang dan membaling batu dan kayu ke arah balai polis kira-kira pukul 6.30 Ahad.
Mereka bersurai empat jam kemudian setelah rundingan antara pegawai polis dan wakil penduduk berhasil. - Bernama

Sekali lagi nama baik polis menjadi pertikaian disini. Majoriti masyarakat suka mencari salah samada polis ataupun budak2 yang merempit tue tanpa menyelidiki fakta sebenar terlebih dahulu. Suka sangat taking side, senang cakap lah.

Sepatutnya dalam insiden macam neh, kita perlu mendengar hujah dari kesemua pihak. Komen2 yang memaki hamun polis tidak perlu wujud dan komen2 yang memadammukakan nyawa mat2 rempit tue pun tak sepatutnya ada.

Apakah polis bukan manusia dan apakah nyawa mat rempit boleh diperlekehkan hanya semata2 mereka manusia yang tersasar? Sudah tentu bukan. Walaupun ada polis yang jahat tetapi tak adil lah kalau badan kepolisan itu dikecam secara general. Bersikap lah adil walaupun kepada orang yang kita tidak suka.

Dalam kes neh kalau dibaca menerusi artikel di atas aku dapati ;

1. Polis sedang melakukan operasi cegah mat rempit.

2. Tak pasti kenapa polis melemparkan helmet sehingga menyebabkan mereka terjatuh tetapi mungkin ada sebab tertentu yang perlu kita ambil tahu sebelum melulu menuduh polis. kita tidak tahu keadaan dan situasi yang sebenar sehingga membolehkan kita melulu meletakkan kesalahan ke atas bahu polis 100% der.

3. Namun tidak dinafikan perlunya difahamkan apa itu SOP polis ketika bertugas. Adakah mereka benar2 mematuhi SOP tersebut?

4. Budak2 rempit tue tercedera parah dan family mereka mengamok. Itu baru sikit der. Itu baru anak sendiri yang cedera. Cuba bayangkan jika mereka merempit dan menyebabkan orang lain tercedera? Tak sepatutnya serang balai polis. Dan tak sepatutnya meletakkan kesalahan ke atas bahu polis 100% tanpa menilai kesalahan anak sendiri.

Itu kalau artikel di atas neh menulis dengan fakta. Kalau, bukan budak2 rempit yang kena lempar dengan helmet, itu dah jadi kes lain. Sebab laporan media sekarang neh kita tak boleh nak percaya bulat2 tanpa selidiki ia terlebih dahulu.

Sebab tue ada baiknya jika kita mendengar dan menilai hujah dari semua pihak bagi mendapatkan gambaran sebenar sebelum boleh menyalahkan polis ataupun budak2 yang dipercayai merempit tue.

Apa pun, polis kini berhadapan dengan tanggapan negatif sesetengah pihak dan ia semakin lama semakin buruk dan teruk. Sebab tue dari awal lagi polis harus membebaskan diri dari unsur2 politik.

Terlajak kata boleh minta maaf, terlajak perbuatan boleh bertaubat tapi kalau dah terlajak memberikan persepsi dan gambaran buruk sehingga menghakis kepercayaan masyarakat, ia bukan kerja mudah untuk membetulkan tanggapan tanpa usaha ke arahnya. 

Post a Comment

Aishah Jahirah said... 8/3/12 1:18 PM

baru tahu kes balai polis kena serang....semoga semuanya selesai dgn cara terbaik...

Papa Mifz said... 8/3/12 1:57 PM

hmmm...jangan kita pandang yg negatif jer ttg polis sampai lupokan yg positif yg dorang dah buat...

DefarhanoVII a.k.a BoyPJ said... 8/3/12 2:43 PM

kalau dah polis pon diambil dari kaki rempit, tak mustahil perangai dia boleh terserlah bila-bila masa.....

mat rempit pon warganegara Malaysia yang layak memohon jawatan Polis... (",)

Pen Biru said... 8/3/12 3:10 PM

dkna..akak pernah jadi guru ganti di skolah rendah. 1 hari akak ada tnya diorang..kebetulan hari tu belajar pasal pekerjaan. akak tanya, apakah tugas2 seorang nurse..semua jwb, rawat pesakit..guru..mengajar..bomba..padam kebakaran..polis... SAMAN!..ni jawapan budak darjah 1 ye..

sea_lavender said... 8/3/12 3:11 PM

perspektif masyrakat pd warga polis..
sea_lavender kdgkala kurang selesa krn ayah sea_lavender sndiri polis.. tapi bukan smua polis berkelakuan sebgitu..~~huhuhu.. namun sikap masyrakt terutama remaja2 bermasalah kdg tak sedar sikap mereka bgaimana~~

Kancil 8349 said... 8/3/12 3:42 PM

kalau kau ndak salah...ndak masalah berhadapan dengan polis...nie pun satu Mak Bapa mat rempit nie...dah tahu anak bermasalah gi menyokong lagi kesalahan anak dorang...apapun Kancil benci dengan mat2 rempit nie...menyusahkan orang lain....kalau dorang disusahkan...siap panggil satu kampung...penakut punya orang...

[sutera kasih] said... 8/3/12 4:42 PM

haish..mcm2 kan skrg ni...

Hafizin Jamil said... 8/3/12 4:58 PM

tak kira..polis jugak yang salah..haha

Dhiya Fariza said... 8/3/12 6:43 PM

point nombor dua tu benar. dan kes mcm ni mmg tak boleh dgr sebelah pihak. everything need to be evaluate properly :)

Gen2Merah said... 8/3/12 7:07 PM

serba salah plak jadinya kan... dalam hal ini saya menyokong tindakan polis walaupun selama ni saya kureng sikit dengan dengan badan PDRM Ni..

Tak ingat ka kita suatu ketika dulu, seorang anggota polis koma akibat di rempuh oleh motosikal mat rempit?? sehinggakan keluarga dan waris hilang mata pencarian..

Beberapa kes lain, mat rempit telah mendatangkan banyak masalah bukan sahaja kepada pengguna jalan raya, tetapi juga kes2 sosial lain spt rogol dan pecah rumah...

Ini baru ja cedera parah kena baling helmet, terus ibu bapa mereka melolong tak puas hati..

setuju gn pendapat adylia.. Budak2 rempit tue tercedera parah dan family mereka mengamok. Itu baru sikit der. Itu baru anak sendiri yang cedera. Cuba bayangkan jika mereka merempit dan menyebabkan orang lain tercedera? Tak sepatutnya serang balai polis. Dan tak sepatutnya meletakkan kesalahan ke atas bahu polis 100% tanpa menilai kesalahan anak sendiri....

jangan ja pihak polis hilang semangat utk cegah jenayah ni..

kak mah said... 8/3/12 7:21 PM

Setiap pihak ada buat perkara buruk dan baik,nilai dulu setiap perkara sebelum ambil tindakan

.........cP~ said... 8/3/12 9:09 PM

Salam.

Saya pun tak gemar dengar orang duk kutuk2 polis. Bukan apa, bayangkan la polis tu, auah kita ke, abang kita ke, suami kita ke.. Sedih tau kalau orang kutuk2 semua anggota polis.

hyz said... 8/3/12 9:52 PM

kerana nila setitik rosak susu sebelanga....

shahrazali said... 9/3/12 1:13 AM

mcm2 hal kn skrg....mmg btol tu adylia..kita x boleh terburu-buru menyalahkan org lain sblum kita tahu hal sebenar dan penjelasan dari byk pihak...

mat rempit tu walaupun perangai dorg agak teruk,,diorg tetap manusia biasa seperti kita..

polis tu plak walaupun kdg2 mereka 'over' sket dlm operasi,,mereka tetap org2 yg membantu msyarakat jika ada berlaku kes-kes jenayah..cuba mereka bayangankan kalau ada apa2 terjadi kepada anak2 mereka suatu hari nnti,,kepada polis jgk mereka minta pertolongan..

Anonymous said... 9/3/12 4:52 AM

Salam,

Polis igt mereka raja di malaysia ini.

KLIK:MANSUH SPBA FLIP FLOP II

khairul said... 9/3/12 8:13 AM

abg malas nk komen..sbb kwn2 polis ramai :)

Namee Roslan said... 9/3/12 12:13 PM

namee baca gak kt mnh hari tu....geleng2 kepala je sambil baca.

Elih Japahar said... 9/3/12 7:54 PM

Dah banyak kes serang balai polis ni..kes yg kecil kalau masuk politik akan memburukkan lagi nama polis! ramai yg kerja dgn baik cuma tanggapan tu yg semakin teruk

 
Top