18
Dkna Abza ^-^


PUTRAJAYA: Sebanyak 12 negara dijangka menyertai edisi keempat Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2012, yang dijadualkan pada 15 hingga 18 Mac ini di Monumen Alaf Baru, di sini.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata antara negara terbabit ialah Perancis, Amerika Syarikat, Poland dan Belanda. "Bertemakan "1Dunia, 1Malaysia, 1Pesta", orang ramai berpeluang menyaksikan 25 belon udara panas memenuhi ruang angkasa Putrajaya sepanjang pesta berlangsung," katanya pada sidang media prapelancaran pesta, di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif penganjur, AKA Ballons Sdn Bhd, Khairudin Abdul Rani, berkata terdapat beberapa aktiviti baru tahun ini seperti sukan ragbi sentuh, pesta basikal, aktiviti sukan air dan zon sukan lasak.

"Pada pesta kali ini juga kita akan dapat melihat kembali acara 'cahaya malam', di mana belon udara panas akan menyertai pertunjukan lampu dan bunyi pada 17 Mac, yang berakhir dengan pertunjukan bunga api," katanya.Beliau juga menganggarkan jumlah pengunjung pada pesta kali ini melebihi kehadiran kira-kira 250,000 orang pada tahun lalu. - BERNAMA


hot ballon, Putrajaya 2012


Haaa..agak ketinggalan dkna nak bercerita pasal belon panas yang telah berlalu minggu lepas. Sejak dkna tinggal kat Putrajaya dari tahun 2007, ini kali pertama dkna pergi tengok belon panas dan bergambar..ahaqqq!! Agak jakun.


Kebiasaanya setiap kali ada pesta belon panas nie jadual dkna memang padat. Maklumla, dkna kan budak sekolah jadi hari minggu penuh dengan aktiviti di dalam kelas. Exam..kelas..ermmm...tahun sebelum nie dkna tak dapat nak p kira berapa bijik belon yang terbang kat sini. Kebetulan lak untuk tahun ni dkna berkesempatan singgah presint 2 tuk tengok belon. Itu pon dah hari terakhir dkna pergi lepas habis kelas dan exam.


Dkna pergi hari ahad lepas, petang dah senja sangat. Dapat tengok 1 jer belon yang baru belajar nak terbang. So, sempatla bergambar sakan.. he he he...Sekarang ni tak sabar nak tunggu pesta bunga lak. Bila agaknya pesta bunga ni ey?? 


p/s : pesta bunga pasti dkna tengah exam final

Post a Comment

Muhammad Saiazuan Norhalik said... 22/3/12 5:25 PM

untong la umah dekat..huhu

jadi model tune talk ek? hehhehee

Papa Mifz said... 22/3/12 5:43 PM

teringin nak ke sano...tapi tak berkesempatan...huhu

azam said... 22/3/12 5:46 PM

untung orang putrajaya...byk event kat sana dah...KL dah kurang skit

kak mah said... 22/3/12 5:55 PM

Dkna jadi model bilo ni?
Kayolah jadi model...

Dhiya Fariza said... 22/3/12 7:01 PM

teringin nak pi :( huwargghhh nk balik.

laskar pelangi said... 22/3/12 7:03 PM

ngeee~:)
dah pergi aritu.bestttt;)
tp, ramai sangat manusia..hehehe

Anonymous said... 23/3/12 12:33 AM

Salam,

Membazir.. kan cuaca tak menetu, ce tiba2 hujan?

KLIK:SPM TERBAIK SEPERTI DIJANGKA IKIKI

Ezad Skytech said... 23/3/12 3:12 AM

nak pergi hari tu pesta belon udara panas ni sbb tak pernah pergi langsung...hee...tapi malas..tu je masalahnya..hee~

LydSunshine said... 23/3/12 11:17 AM

Comel la cik adik.

WuMing said... 23/3/12 12:04 PM

Tak pernah buat di Penang pun...

adan said... 23/3/12 3:14 PM

DKNA pegi pesta belon tu sorang2 je ke?


asal tak ajak sy..? haha

Kancil 8349 said... 23/3/12 6:36 PM

wah bestnya...ndak dapat tengok...huhuhuhu

Namee Roslan said... 23/3/12 8:53 PM

sedih sbb tak dapat g.. :( tahun lepas pun tak g.. :( btw, dkna sgt comel :)

abghani said... 23/3/12 9:43 PM

teringin nk naik belon panas

FIFIEY LYCHEE MARATION said... 24/3/12 8:37 PM

cantik!
bestnya kalau dpt join sama;)

L said... 26/3/12 3:56 AM

waa. beshnyer dapat p.. huhu. ramai blogger2 yg p..=)

jom tambah ilmu
sambungan.=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/babi-puncanya.html

ikatankasihku said... 26/3/12 8:44 AM

syokla, dpt tgk live..hehehe

cun orgnyer, kebiruan :)

Bobo said... 27/3/12 1:33 AM

eh! kenapa x jumpa ek aritu?hehe

 
Top