12
 Dkna Abza ^-^


Ingat lagi tak luahan hati dkna yang lepas tentang sebuah ikatan yang terjalin. Alhamdulilah, bff dkna dah sah jadi isteri orang. Semoga perkahwinan ima dan usop berkekalan selamanya. Untuk dijadikan kenangan bagi perkahwinan mereka, dkna dengan kreatifnya merekacipta kad ucapan perkahwinan. dan hadiah untuk dorang jadikan kenangan. 

Bercerita mengenai kad ucapan, dkna pilih color merah...tulisan kuning.. Dkna memang suka color merah dan diharap cinta mereka merah membara selamanya. Kemudian digabungkan dengan font warna kuning sempena tema perkahwinan dorang, kuning + hitam. Dah sesuai sangat untuk RAJA SEHARI bertemakan kuning diraja. 

Kad ucapan perkahwinan 

Ya Allah Ya Rahman,
Semaikanlah di atas kedua pengantin perasaan kasih sayang. Tunjukkanlah kepada keduanya jalan petunjuk dan taqwa. Lanjutkan umur keduanya di dalam kehidupan bahagia dan menggembirakan. Sentiasa dalam ketenangan dan lapang dada. Himpunkanlah di antara keduanya persefahaman dan kemesraan, dan jadikanlah hidup keduanya sentiasa merasa Qana‘ah (kecukupan) dan terpelihara dari segala godaan. Kurniakanlah Ya Allah! Kepada keduanya keturunan yang soleh dan solehah. Limpahkanlah Ya Allah! Keduanya nikmat yang berkat. Luaskanlah kepada keduanya pintu rezeki. Peliharalah keduanya dan lindungilah Ya Allah dari fitnah-fitnah hidup. Jauhilah keduanya perangai buruk dan kurniakanlah keduanya peliharaan Mu dan keredha Mu Ya Allah.


Nak tengok kad walimatulurus dorang? Klik SINI. Kalau ada sesiapa nak tempah kad macam ima dan usop, boleh dkna rekemen kat korang yea. Cantik! Lawa! Simple!



Pemberian kecil 

Jeng Jeng Jeng!! 

Precious Baby Collection dari tupperware jadi pilihan dkna untuk dihadiahkan buat pasangan mempelai. Haaaa...kononya dkna nak buat kelainan sebab selalunya orang bagi hadiah pinggan mangkuk, rice cooker, gelas, cawan, sudu bla bla bla. Sesekali apa salahnya bagi hadiah untuk digunakan di 'masa hadapan' raja sehari. 

Jenuh gak la duk pikir apa nak bagi apa buat mereka nie. Dah set dalam kepala otak nie tak nak bagi set barang kaca sebab yakin pasti ramai yang bagi hadiah tu. Silap haribulan, hadiah yang kita bagi sama lak dengan kengkawan pengantin yang lain bagi. 


set untuk baby

Ok, dalam kotak nie ada 2 botol susu dan bekas untuk simpan susu. Kalau beli susu yang refill boleh la isi kat dalam bekas tu. Nampak lagi cantik kan dari letak dalam kotak atau tin susu. Penutupnya pon kuat dan kemas. Semut nak masuk pon tak lepas tau. 

Puting lak ada dalam botol susu tu. Set nie amat sesuai untuk boboi atau gegirl sebab colornya hijau, kuning dan sedikit biru. Kan tadi dkna dah cakap memang sesuai untuk 'masa hadapan'. Set botol susu nie pon macam tau-tau jer temanya kuning. 

Cuma dkna terkilan sebab dkna tak ambik formula dispenser. Maklumlah, dkna tak ada pengalaman beli barang baby... he he he he...


Khas untuk Ima dan Usop

Lepas buka, godek, tengok sana sini, ikat, putar riben akhirnya jadi macam gambar atas nie. Tertiba lak rasa macam besar gedabak lak kad ucapan tu bila dkna letak kat atas kotak. Tak apa, senang untuk tetamu yang lain baca doa buat si mempelai. Sambil baca sambil berdoa, semoga doa tersebut dimakbulkan oleh-Nya.

Waktu korang baca entry nie, dkna kat atas pelamin tau...eh!! silap...Dkna kat sebelah pengantin dan bawah pelamin, jadi pengapit si mempelai. Ambik sikit seri pengantin untuk simpan masa wedding dkna.. Tunggu pengalaman dkna bersama bff di hari bahagia mereka untuk entry akan datang. 


p/s : harap dorang tak baca cerita dkna sehingga dorang buka hadiah dkna :)

Post a Comment

kak mah said... 11/3/12 2:21 PM

Salam Pengantin Baru Buat Ima dan suami,semoga kalian berbahagia dan jodoh berkekalan hingga hujung nyawa.

Rtp Farra Arisha said... 11/3/12 8:46 PM

eheh unik skali. apapun, setiap pemberian, semestinya disukai oleh si tuan empunya. :) selamat pengantin baru ya. semoga menjadi sebuah keluarga bahagia. :)

Muhammad Saiazuan Norhalik said... 11/3/12 10:08 PM

alau pemberian tu ikhlas dan dari bff sendiri, sure penerima nangis..hehe

lisa said... 12/3/12 1:12 AM

nak hadiah jugak. hehehe bertuah bff sis dkna dapat kawan yg baik mcm sis dkna :)

C.M.A @ CikMoonAdnan said... 12/3/12 10:32 AM

waaa dkna mmg kreatif...

tahniah buat sahabat dkna...

selmt pgntin baru buat mereka :)

[sutera kasih] said... 12/3/12 4:05 PM

selamat pengantin baru :)


ehh saspen, ingtkn betul2 DKNA ats pelamin jd pngantin hehe

Dhiya Fariza said... 13/3/12 4:06 AM

ur friend is lucky to have u as a bff. both of u are lucky to be bff together. sweet sgt dkna.

Anonymous said... 13/3/12 11:08 AM

Another world's wonders in the making.. Gallery BiGDee House of Magic Potions world's first nano microfungus potions- Taman Royal Lily, Tanah Rata. Come and experience the wonders!

AnneRaini said... 13/3/12 12:04 PM

cantiknye set botol susu tu..berkenan sungguh...

Bobo said... 13/3/12 1:41 PM

cantik kad tu :)

Namee Roslan said... 13/3/12 7:48 PM

selamat pengantin baru untuk kawan dkna ! eh btw cantik lah packaging tupperware punya set tu. rasa kalau brand lain takde buat macam tu !! :D

 
Top