13
Dkna Abza ^-^


Pernah dengar mengenai lampin moden? Macam mana penggunaanya? Haaa..dkna baru je amek 2 set lampin moden untuk bakal anak buah yang dijangka akan lahir pada bulan Ogos nanti.

Kain lampin ini lebih mudah penggunaan daripada kain lampin biasa yang perlu dilipat terlebih dahulu. Lampin kain moden boleh digunakan seperti kain lampin pakai buang yang lain cuma para ibu hanya perlu ada sikap rajin untuk membasuh jer. 

Kebiasaanya kain lampin moden ini diperbuat daripada beberapa jenis material ; kulit luar dari PUL sejenis kain yang tidak menyerap air, lapisan dalam dari fiber buluh atau microfibre yang lembut pada kulit bayi tetapi menyerap air dengan baik. Amat sesuai untuk anak-anak yang selalu kencing.

Kenapa dkna menyarankan para ibu menggunakan kain lampin moden ?

Lebih menjimatkan.

Biasanya seorang bayi akan menggunakan lampin sehingga berumur 2 tahun ke 3 tahun setengah. (Anak  buah dkna dah cecah usia 3 tahun tapi masih pakai pampers). Jadi mereka akan menggunakan pampers lebih kurang ;

3 x 12 bulan  x 30 hari = 1080 hari 


Contohnya setiap keping pampes berharga RM0.45 dan  bagi seorang bayi dan mereka memakai sebanyak 5 keping pampes sehari semalam. Jadi;

720 x 0.45 x 5 = RM 1620 @ 900 x 0.45 x 5 = RM 2025

Kalau lampin moden ini dkna tawarkan hanya RM 25 jadi katakanlah seorang bayi memakai 5 helai lampin pakai buang sehari jadi

RM 25.00 x 10 helai ( andaikan sehari pakai dan dibasuh keesokannya) = RM 250.00 seumur hidup bayi ( dan boleh dipakai untuk adiknya ) 


Cuba kira berapa kos untuk bayar harga pampes pakai buang dengan lampin moden?
 
Banyak perbezaanya dan boleh jimat. Zaman sekarang barang semua dah mahal, selagi kita boleh jimat, kita pasti akan berjimat bukan? Untuk langkah lain, gunakan pampes pakai buang ketika dalam perjalanan yang jauh dan lampin moden hanya digunakan di rumah. Masih boleh jimat bukan?



Pakej A
Sebahagian daripada lampin moden jenis baldu. Ada banyak lagi corak dan color. Ini untuk Pakej A, lampin moden baldu.


Pakej B
Yang ni pulak set bercorak dan bukan jenis baldu. Harga untuk set A dan set B sama jer. 



serap air

Disediakan sebanyak 2 helai untuk 1 keping lampin moden. Kainya cukup tebal untuk serap air yang banyak.


butang boleh laras

mengikut saiz pinggang baby

saiz baby yang baru lahir

wetbag
Wetbag nie untuk simpan sementara lampin moden yang telah dipakai/basah. Kalis air dan sesuai untuk mereka dalam perjalanan jauh balik ke kampung. Kalau untuk tinggal kat rumah pengasuh atau taska pon sesuai sebab kebanyakkan pengasuh tak nak basuh lampin, jadi lepas siram air dan buang kotoran kat lampin, boleh disimpan di dalam wetbag sementara menunggu para ibu balik kerja.




Lampin moden ini sesuai untuk bayi sehingga berusia 3 tahun. Memang amat berbaloi bagi para ibu yang tak bekerja. Lampin ini jugak boleh laras mengikut saiz berikut :



  1. Saiz S - Berat 3 - 6 kg
  2. Saiz M - Berat 5 - 10kg
  3. Saiz L - Berat 8 - 15 kg
  4. Foidable - Berat 3 - 15 kg



Ok, bagi sesiapa nak tempah boleh rujuk harga dibawah dengan harga promosi ini hanya sah laku sehingga 19 April 2012.

Selepas tarikh ini, harga kembali asal.

Pakej A (BALDU)
5 keping = RM 120.00
1 wetbag = RM 15.00
Total = RM 135.00 *free laundry net


Pakej B (BIASA)
5 keping = RM 120.00
1 wetbag = RM 15.00
Total = RM 135.00 *free laundry net


Harga biasa seperti dibawah :

1 keping   = RM 25.00
Wetbag = RM 15.00
Laundry Net = RM 10.00


Bagi sesiapa yang ingin tempah atau membuat pembelian, boleh SMS dkna di talian 017-2217 636.  Kalau untuk di pos, dkna akan kenakan kos penghantaran. Jangan tunggu lama-lama, sementara harga promosi nie yea.

Kelebihan bagi mereka yang tinggal di putrajaya yang ingin lihat dan pilih sendiri corak serta warnanya, boleh SMS dkna. Kamu mempunyai kelebihan sebab mampu membuat pilihan di depan mata.

Hanya perlu SMS dan nyatakan nama serta barang yang hendak dibeli. Tak perlu untuk buat panggilan sebab dkna tak akan angkat panggilan yang tak diundang.. he he he ...


Post a Comment

kak mah said... 26/3/12 3:08 PM

Offer ko mama etek!

azam said... 26/3/12 3:28 PM

:) cloth diapers.....

hehehe...yang penting kena rajin basuh la ni......suami jugak yg kena....HAHAHAHA

azam said... 26/3/12 3:28 PM

:) cloth diapers.....

hehehe...yang penting kena rajin basuh la ni......suami jugak yg kena....HAHAHAHA

abghani said... 26/3/12 3:46 PM

alamak anak dh besar lah

ummiarissa said... 26/3/12 5:43 PM

rajin dkna niaga macam2...semoga berjaya!

Muhammad Saiazuan Norhalik said... 26/3/12 7:34 PM

lampin moden? macam macam la skarng ni.. makin inovatif :)

Bobo said... 27/3/12 1:32 AM

waaa moden mesti lebih memudahkan :)

Pen Biru said... 27/3/12 12:05 PM

inilahyg dnamakan wanita kelantan sejati..pandai berniaga..cayalah dkna

eqbalzack said... 27/3/12 5:36 PM

menarik! lain dr yg lain..hehe

aReLaN said... 27/3/12 10:16 PM

memang menarik.hohoho..tapi takde anak lagi la.kawen pon blom lagi.

Cik Yatt said... 28/3/12 12:34 AM

belum ade ank la..hehe

Eera Shera said... 1/4/12 2:31 PM

wah baru tau ni..lg jimat kn tp kena rajin basuh la

Namee Roslan said... 3/4/12 12:28 AM

woo menariknya !!! hehe. bercorak2 lagi !! :D

 
Top