17
Dkna Abza ^-^

Hari berlalu dengan pantas. Meniti hari, waktu yang sentiasa berputar tanpa sesaat pon melewati masa. Sedar atau tidak sudah 7 tahun ikatan ini terjalin. Ikatan yang tidak dapat dinilai dari segi wang ringgit mahupun kata-kata. Ikatan antara kita ini pasti akan berkekalan hingga nafas terakhir. 


Banyak kenangan antara kita yang masih segar dalam ingatan. Kenangan yang tidak pernah dilupakan sehingga kini. Saat aku menjunam jatuh dek kekecewaan lalu, engkau penguat semangatku untuk meruskan kehidupan ini. Dan saat kenangan lalu menerjah dalam minda, engkau membangkitkan semangatku tentang 'sesuatu' ketentuan dari-Nya adalah yang terbaik untuk ku.


Jika dulu aku tidak pernah kenal erti sahabat baik...bff.. bagi diriku sahabat di dunia persekolahan hanya seketika..sahabat di pejabat hanya untuk bekerja. Tapi kini aku kenal apa itu sahabat baik. Saat kita sama-sama berjalan beriringan menuju ke menara gading sehingga kini kita masing-masing membawa haluan sendiri tapi ikatan persahabatan antara kita tetap kekal bersama.


Tak pernah ku sangka hubungan kita bertahan sehingga kini. Dari status anak dara sehingga kini engkau bakal mendirikan rumah tangga. Saat bahagia engkau makin tiba.




Hari demi hari meniti perjalanan hidup, akhirnya engkau bakal bergelar isteri. Engkau bakal mendirikan rumah tangga. Banyak dugaan yang engkau tempuhi dalam ikatan tersebut dan ucapan tahniah dariku kerna engkau tabah mengadapi semua itu. Mungkin pengalaman kita berbeza tapi itulah hakikatnya bila menjalinkan hubungan pasti ada yang tersirat dan tersurat.


Alhamdulilah..Dengan izin-Nya, engkau berjaya maju selangkah memenuhi tuntutan-Nya. Kini engkau telah berjaya melangkah kaki ke gerbang perkahwinan. Doaku semoga engkau tabah menghadapi apa jua dugaan yang mendatang. Kini aku hanya memerhati kebahagiaan engkau dari jauh. Sebagai seorang sahabat, aku tetap akan bersama mu ketika suka dan duka.


Air mata tak tertahan tika mana nukilan ini ditulis, air mata seorang sahabat yang terasa kehilangan 'sesuatu' yang bernilai. Terasa diriku keseorangan tika mana engkau bakal menjadi suri hati kepada insan bergelar suami. Inilah 'rasa' kegembiraan bagi seorang sahabatnya.


Istimewa buat sahabatku Norazamimah & yusof,

semoga kalian tabah dalam kehidupan berumah tangga ;
semoga kalian kekal bersama-sama hingga nafas terakhir


p/s : Aku juga turut menghitung hari bahagiamu.

Post a Comment

sea_lavender said... 5/3/12 2:36 AM

wah2 kawan da nk kawin~~
awak ble lagi hehe =D

khairul said... 5/3/12 7:38 AM

x sabar nk p kenduri dkna nanti..InsyaAllah kan dkna :)

biela bell said... 5/3/12 9:46 AM

teruja giler kan bila dpt tahu sahabat sndiri nak kawen.heeee ;)

fazrulnoor said... 5/3/12 9:47 AM

bestnyer ade kawan mcmni

C.M.A @ CikMoonAdnan said... 5/3/12 10:34 AM

seronok kan.. bila kawan baik dah nak kawen... tumpang gembira sgt2..

terkadang..kita plak yg terlebih excited.. hehehe

Aishah Jahirah said... 5/3/12 4:45 PM

tmpang seronok bila tgk kwn2 bahagia...:)

Aishah Jahirah said... 5/3/12 4:45 PM

tmpang seronok bila tgk kwn2 bahagia...:)

.........cP~ said... 5/3/12 10:23 PM

Salam.

Pernah merasa. Memang nangis hujan selebat-lebatnya.

emy zulaiha said... 6/3/12 1:32 AM

ouh ur bff nak kahwin ye...tuan blog nie bile lagi :)

Alkisah said... 6/3/12 9:10 AM

tulis blog macam diri sendiri je nak kawen.. rupa rupanya bff..

Hafizin Jamil said... 6/3/12 12:01 PM

oh..sayunya...

Bulan Syurga Firdausi said... 6/3/12 12:17 PM

anda pule...???bile..???hehehe

Ezad Skytech said... 7/3/12 8:27 AM

kita akan bahagia bila tgk kwn kita bahagia...hee..

dkna bila lagi? hee~

Dhiya Fariza said... 7/3/12 5:29 PM

beautifully written dkna :')

Namee Roslan said... 9/3/12 12:14 PM

dkna pun tak lama lagi dahhhhh

 
Top