21
Dkna Abza ^-^




Buang ibu di hotel bajet



KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.
Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.
Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.

Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.



Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.



Info : myMetro


Inikah balasan terhadap seorang ibu? Sanggup buat ibu macam tu. Sekarang kita masih muda, tapi satu hari nanti pasti akan tua. Sekarang kita buat kat ibu macam nie. Akan datang anak akan buat sama macam kita buat kat ibu kita.


p/s : semalam mak call tanya 'dkna bila nak balik'. 

Post a Comment

azam said... 9/3/12 9:08 AM

adoi.....kejamnya....

xpatut....anak derhaka kira ni, xbau syurga

[sutera kasih] said... 9/3/12 9:18 AM

kesiannya..smpai hati buat mak mcm tu

Gen2Merah said... 9/3/12 9:30 AM

kesian ibu.. kita yang masih berfikiran waras ini, cuba lah sayangi ibu kita sebaiknya kerana ibu adalah insan yang satu2 nya ada dalam hidup kita di dunia ini.. sayang ibu sesayangnya..

LydSunshine said... 9/3/12 9:40 AM

Astagfirullah... Sebaknya...

LydSunshine said... 9/3/12 9:40 AM

Astagfirullah... Sebaknya...

C.M.A @ CikMoonAdnan said... 9/3/12 9:44 AM

moon nak menangis bila baca kisah makcik nie...

sampai hati anak dia..wat mak camtu...

kejammmm!!!

AriF FaZDiLaH said... 9/3/12 10:04 AM

erm....subhanaallah...tiada kata mampu diungkapkan..kepada ibu dan anak ini...

.........cP~ said... 9/3/12 10:40 AM

Salam.

Dah la anak tunggal. Mak dia mesti menatang dia bagai minyak penuh. Akhirnya, buat macam ni. Bila baca berita macam ni, saya tak berani nak marah, tapi, saya takut kalau jadi anak macam tu. Mintak2 tak lah.

p/s: ye lah. Mak saya pun macam tu.

Kakzakie said... 9/3/12 10:58 AM

Ya Allah... bukalah hati sianak moga segera kembali sedar akan salah-silapnya itu...

Dihari wanita dihargai seluruh dunia ada wanita yg disingkir begini...sedih:(

aanie said... 9/3/12 11:11 AM

kejamnya anak....sampai hati buat mak camtu....

dkna, mak suruh balik tu....hehe...

faiz fakhirin said... 9/3/12 11:51 AM

kesian kt mak dia..adeh, kalo xleh nk jaga, letak la tmpt yg ada makan n minum...

p/s: mok manggey kelik dohtu.

Namee Roslan said... 9/3/12 12:12 PM

dkna,namee tgk gak video td...namee sedih lah.:( kenapa anak dia sanggup wat macam tu :(

Aishah Jahirah said... 9/3/12 1:04 PM

sampainye hati dia buat mcm tu....org lain pulak yg membantu...;(

kak mah said... 9/3/12 3:33 PM

Adakah anaknya dalam kesusahan juga?

Dhiya Fariza said... 9/3/12 7:14 PM

:'( dhiya separuh mati tanggung sedih nk bersama mak, anak makcik ni sanggup tinggalkan mak dia gitu je. eeeeee geramnye!!

Elih Japahar said... 9/3/12 7:52 PM

Anak apakah mcm ni??? adakah nak balas dendam ketika waktu kanak2nya dibuat mcm ni jugak....tak patut sgt!!..

Akue Achik said... 10/3/12 12:01 AM

kt dunia jga kna balas ank dia ni.Astagfirullahalazim..

Ezad Skytech said... 10/3/12 12:10 AM

sampai hati si anak tu buat ibunya mcm tu...

 
Top