18
Dkna Abza ^-^


Kalau bercerita tentang mulut lelaki atau perempuan yang lebih becok, pasti jawapanya perempuan kan? Haaa..memang kebanyakkan dari kaum wanita ramai yang mulut becok atau mulut murai. 



Pandangan lelaki terhadap wanita yang mulut murai nie macam mana yea? Berdasarkan apa yang dkna tengok dan perhatikan, kalau wanita nie mulut murai pasti ada yang tak suka. Tak kiralah wanita tu dah kawen atau bujang.

Bagi yang bujang, harus diingatkan bahawa setiap pertuturan yang dilontarkan dibibir mereka menjadi perhatian ramai. Perhatian daripada kaum lelaki disekeliling tak kira tua atau muda. Bagi mereka yang dah kawen pulak, pasti kaum lelaki akan bandingkan dengan sang suami wanita tersebut.

'suami bukan main baik lagi, tapi bini mulut macam celaka'

Nilah perbandingan yang dilakukan oleh orang sekeliling bagi wanita yang dah kawen. Berbeza pula dengan wanita yang tak kawen lagi.

'tak padan dengan anak dara, patutla lelaki tak nak' 




Kadang-kadang kita akan lebih dihormati ramai bila berbicara dengan sopan, soal pangkat dah tolak ke tepi. Malah kalau berbicara dengan orang yang lebih berusia dengan kita, peringkat ayah, mak, akak dan abang lebih diberi keutamaan.


Apa pendapat korang bila seseorang lelaki yang boleh beri pangkat ayah menegur cara kita bercakap? Bagi dkna memang cukup malu bila ditegur macam tu. Apa pandangan orang terhadap kita? Mulut orang memang tak boleh tutup tapi kadang2 sebab mulut tersebut tu lah kita jadi pemerhati kan?


Bila orang bercerita tentang seseorang yang mulut pong pang sana pong pang sini sahingga mencetuskan pergaduhan, apa tindakan kita? Memerhati kemudian kalau dah sahih cerita tu pasti kita mengiakan perangai seseorang tu kan.


Situasi 1 : 

'engkau tau tak pak mat cakap si ttooooott tu yang menjaja cerita orang sampai bergaduh si A dengan si B'

'engkau jangan dengar sangat gosip liar nie..jangan buat mulut, kang mulut ko pon sama dengan mulut si tooooottt'


Situasi 2 :

'betul la ko cakap tempoh hari yang mulut si toooottt tu punca gaduh semua orang'

'yealah...cerita orang kita dengar, kemudian lihat dan kaji..kan betul apa yang pak mat cakap tempoh hari kat aku'


Wanita, berbicaralah dengan elok dan baik-baik saja sebab disekeliling kita ramai yang memerhati. Dari pandangan orang yang lebih berusia berbeza dengan pandangan orang yang seusia dengan kita. Mungkin kita 'gah' bila berbicara bersama kawan-kawan tapi kita dipandang rendah bila berada dalam kolompok yang lebih matang'.


Panggilan 'abang' untuk suami orang bukan bermakna kita perempuan gatal yang ingin merampas suami orang.

Panggilan 'cik' aka pakcik bukan bermakna kita nak ambik hati sebab nak rapat dengan anak lelaki mereka.

Panggilan 'akak' bukan bermakna kita mahu mendekati mereka dengan suaminya.


Cara bertutur dengan lembut bukan bermakna kita gedik atau gatal. Setiap apa yang dituturkan adalah tanda menghormati orang yang lebih berusia. Dan yang paling penting, nada ketika bertutur. Kadang kala tersalah nada boleh buat orang kecik hati. 


p/s : sebab mulut boleh buat orang tak hormat :)

Post a Comment

Papa Mifz said... 6/3/12 2:35 PM

sebab mulut badan binaso...

si cantik sally said... 6/3/12 2:57 PM

sebab pulut kenyang peruttt...=,=' kikiki

azam said... 6/3/12 2:57 PM

lebih baik diam je....kalau bercakap, fikir dulu

Pen Biru said... 6/3/12 3:04 PM

betul tu dkna. lebih baik kita diam atau kita becakap dlm blog je..hikhikhik

C.M.A @ CikMoonAdnan said... 6/3/12 3:44 PM

bila nak bercakap.. kena fikir dulu... bimbang membawa sesuatu yg xbaik.. kan..

lisa said... 6/3/12 4:24 PM

'suami bukan main baik lagi, tp bini mulut mcm celak*'..Ya Allah kasar betul dialog ni hm mintak2 tak jadi lah kat kita =)

Kalau org mcm ayah tegur, lisa pun malu. Mau tak tengah2 semangat cakap, pakcik tu tegur, terus terdiam. :/ lagi maluuuu ! :(

kak mah said... 6/3/12 6:03 PM

Kecil hati dengan dkna..

Muhammad Saiazuan Norhalik said... 6/3/12 6:15 PM

bahasa menunjukkan bangsa.. sebab bahasa yang digunakna tak elok, rosak satu bangsa..

Gen2Merah said... 6/3/12 6:18 PM

setuju dengan luahan entri ini... berhati2 lah bila berbicara.. lain padang lain belalang.. lain orang lain belang...
Bukan semua orang suka dengan kita.. bukan semua orang sependapat dengan kata2 kita walaupun cuma gurauan...

Aishah Jahirah said... 6/3/12 11:07 PM

terlajak cakap tak boleh reverse dah...tapi sesetengah org cara bercakap je mcm garang, mcm gatal, mcm gedik tp sebenarnya takpun...hehee

RADIOKITA said... 7/3/12 2:06 AM

salam, sekiranya tidak menjadi keberatan, dapatlah kiranya dimasukan code html radiokita kedalam blog ini ..
terima kasih

http://radiokita-malaysia.blogspot.com

#Siaran RADIOKITA boleh didengar melalui blog anda apabila siarannya on air.

LYAfrina said... 7/3/12 7:17 AM

krn mulut jugak.badan binasa.. so jaga lah pcakapan kt :-)

Ezad Skytech said... 7/3/12 8:25 AM

kalau nak bercakap tu..fikir baik buruknya...jgn smpai org membenci kita dek kerana bahasa kita tu tak disenangi org..

Elih Japahar said... 7/3/12 10:49 AM

jangan kerana mulut badan binasa! hermm..nice entry

Abg Stalker said... 7/3/12 2:25 PM

jaga pertuturan masing2.dr percakapan org dpt membaca peribadi kita. :)x kira lelaki atau prmpn.

Dhiya Fariza said... 7/3/12 5:28 PM

baik!! :) what we utter represents most of our inner self. thus we need to be careful.

Anonymous said... 8/3/12 10:49 AM

Heboh 'dragons' di tanah tinggi Cameron Highlands..lawat Gallery Magic Potions Taman Royal Lily Tanah Rata

Namee Roslan said... 9/3/12 12:15 PM

ramai laki kata dia takut dengan perempuan mulut bisa...

 
Top