18
Dkna Abza ^-^


Ada ketikanya air mata pengubat duka.
Ada ketikanya ia amat sukar diucapkan dengan kata-kata.

Hendak diluahkan pada siapa?
Ada ketikanya ia amat sukar diluahkan.
Ada sesuatu yang tersembunyi di lubuk hati ini.
Mungkin kekecewaan dalam percaturan hidup.

Amat sukar dimengertikan.

Perlukan kita berkongsi masalah yang dibelenggu kini?
Mungkin ia perlu untuk mengurangkan sedikit tekanan dalam diri.
Tapi pada siapa?

Pada keluarga?
Tidak semua perkara dapat dikongsi bersama keluarga tercinta.


Pada sahabat?
Tidak semua perkara dapat dikongsi bersama teman rapat.


Pada kekasih hati?
Tidak semua perkara dapat dikongsi bersama bintang hati.


Pada suami/isteri?
Tidak semua perkara dapat dikongsi bersama suami/isteri.

Kadang-kadang setiap patah perkataan yang dilontarkan pasti akan menjadi beribu persoalan dari mereka semua. Kenapa? Mengapa? Bagaimana? Persoalan yang tak akan pernah putus.

Untuk menjaga hati mereka yang sentiasa berdamping dengan ku, ku pendam apa yang tersurat dan tersirat di dalam hati ini. Biar beribu pertanyaan sekalipun, lebih baik mendiamkan diri dari terus berkata-kata.

Pendamkan apa yang ada sehingga ke lubuk hati. Ku biarkan Dia Yang Maha Mengetahui apa yang tersembunyi didalam hati kecilku. Mungkin air mata peneman diriku untuk meredakan tekanan ini. 





google



Semoga apa yang ku lakukan ini adalah yang terbaik untuk diri ku kerna ku yakin 'Jangan bersedih! kebahagiaan pasti bersamamu'.


p/s : aku pembuka jalan kepada mereka menuju kejayaan bersama-sama tapi belum pasti kejayaan itu milik aku.

Post a Comment

azam said... 10/4/12 2:13 PM

:) nice....

bermdah pujangga nampak...
dalam hati ada taman dan dalam taman ada pu3nya

Elih Japahar said... 10/4/12 2:19 PM

Betul, tak semua perkara dan masalah dpt dpt kita kongsikan dgn org d sekeliling kita..sabarlah

kak mah said... 10/4/12 2:36 PM

Setuju...
Tapi kena cari seseorang yang dkna percaya...luahkan padanya,insyaallah sahabat yang baik bisa membantu.

Anonymous said... 10/4/12 4:14 PM

Luahkan atas kertas..blh krgkan stress jgk..

Iena Eliena said... 10/4/12 6:09 PM

Blogwalking here...

cik iena follow your blog..
follow my blog juga ye(^_~)
www.ienaeliena.com

Papa Mifz said... 10/4/12 7:58 PM

kdg2 mcm tuh la....nak jaga hati semuo pihak bukan mudah...

Muhammad Saiazuan Norhalik said... 11/4/12 2:08 AM

ada prob, kongsi ngan zuan :)

si kiut lavender said... 11/4/12 5:29 PM

yea..selalunya air mata saja yg sering menemani diri tatkala sepi dan duka

adan said... 11/4/12 7:11 PM

ya ALLAH.. hanya ALLAH la yg memahami isi hatiku ni..

mia-ina said... 11/4/12 9:37 PM

terkdg meluahkan perasaan perlu juga dlm meredakan mslh....mkn lama dipendam,mkn menyeksa jiwa dkna....persoalan2x yg ditanya org sekeliling pasti memerlukan jwpn yg mgkn org x tahu...takpela...akak doakan adik dipermudahkan beban mslh..apa jua mslh, tangani sebaik mungkin...jodoh, ajal & maut semua di tgn allah...ttg pengajian, kuatkan smgtmu selalu

Ezad Skytech said... 11/4/12 10:38 PM

tu la..tak semua masalah boleh kongsi dgn org lain kan...nak pendam sorang2 kita yg mcm terseksa..adehhh~

[sutera kasih] said... 12/4/12 12:25 PM

kdg2 bkn smua bnda dpt dkongsi..sukar nk dilafazkan dgn ayat..smga kebahagiann itu milikku jua :)

[sutera kasih] said... 12/4/12 12:26 PM

kdg2 bkn smua bnda dpt dkongsi..sukar nk dilafazkan dgn ayat..smga kebahagiann itu milikku jua :)

C.M.A @ CikMoonAdnan said... 12/4/12 1:04 PM

betul tu..

entry ni..sgt2 kena kat diri moon...

Fadzli Amir said... 12/4/12 5:34 PM

Salam...lama tak singgah, busy bebenor...kongsikan bersama yang Esa...itulah penydahnya...

Namee Roslan said... 12/4/12 10:17 PM

bukan semua benda kita boleh kongsi pada orang. kadang2 susah nk explain dan buat orang faham dengan apa yang kita rasa kan dkna ? :')

Sarah Mohd Saleh said... 18/4/12 6:50 AM

Btul.xsume org bole dkongsi pe yg kte rse.smate2 nak jage ati mereka.xpe allah swt maha penyayang pasti ade hikmah dsbalik tu :)

 
Top