22
Dkna Abza ^-^


Bila berbicara tentang CURANG pasti ramai yang menunding jari pada pasangan masing-masing. Yang perempuan cakap lelaki paling ramai yang tak setia, dan yang lelaki lak cakap perempuan yang mudah cair dengan ayat-ayat romantik. Ermmm...siapa kita nak salahkan pasangan kita. Sebelum nak salahkan orang lain, lebih baik kita kaji diri kita. 

Dimana silap kita. 
Apa kekurangan kita? 
Apa puncanya? 

Bagi dkna, bila berlaku kes curang nie dkna tak kan salahkan orang lain. Buat apa kita nak salahkan pasangan kita atau orang ke3 sedangkan kita punyai kelemahan dan kekurangan yang tak dapat memenuhi kehendak dan keinginan pasangan kita. Setiap kes curang yang berlaku pasti ada punca dan sebab. Cuba korang kaji balik kes curang yang jadi, bila kita dan pasangan berada dalam krisis atau ketegangan pasti orang ke3 akan muncul dalam kehidupan harian kita kan ..kan ...kan..??

Sape orang ke3 nie? 
Hadirnya tak diundang...
Mungkin hadirnya sekadar untuk menguji sejauh mana kesetiaan kita...

Kebiasaannya orang ke3 adalah dari kawan-kawan atau kenalan kita. Dkna maksudkan kenalan disini ialah seseorang yang kita kenal, pernah berbicara, berurusan dan lain-lain hal tapi tidak seakrab sahabat. Paham maksud dkna??

Hadirnya orang ke3 ini ;
Tika mana kita dalam krisis.
Tika mana kita tengah stress. 
Tika mana fikiran kita bercelaru dengan pasangan kita. 

Pada masa tu lah kita akan nampak kebaikan, kelebihan dan segalanya adalah yang terbaik dari orang ke3. Tika itu jugaklah kita pinggirkan pasangan kita sedangkan dulu pasangan kita yang berada disisi ketika susah dan senang. Bila dalam situasi ini, pasangan kita hilang membawa jiwa yang lara seperti mana kita hilang membawa hati yang remuk.

Akhirnya berlakulah kes curang dalam hubungan. Dan bila dah kantoi, pasangan kita tak kira lelaki atau perempuan pasti akan salahkan orang ke-3. Orang ke3 yang diserang, orang ke3 yang di maki hamun, orang ke3 gak lak dihina dan dikeji. Bak kata pepatah, bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi tapi kalo bertepuk kat dinding, kat meja masih berbunyi gak kan?? heheheeee



Apa yang tertulis adalah kehendak dari-Nya

Walau apa pon yang terjadi dalam sesebuah hubungan, lebih elok kita nilai diri kita sendiri, kekurangan yang ada dalam diri kita. Mungkin sebelum ini kita tak sedar akan setiap kesilapan yang kita lakukan. Mungkin kita lebih pentingkan diri sendiri sehingga pasangan kita beralih arah mencari ketenangan di luar sana. 

Atau mungkin telah ditakdirkan bahawa kita bukan pilihan yang terbaik untuk pasangan kita. Dan yakinlah dengan ketentuan dari-Nya adalah yang terbaik untuk kita. 


p/s : air mata kesedihan yang mengalir hari ini pasti memberi kegembiraan satu hari nanti. Percayalah!!

Post a Comment

Muhammad Saiazuan Norhalik said... 26/4/12 1:46 AM

hmm bahayanya ada orng ke3 ni.. :(

kak mah said... 26/4/12 5:51 AM

ciklong orang ke 4...
Kadang-kala orang ke 3 ini bakal/punca hubungan kita semakin intim.

Dhiya Fariza said... 26/4/12 6:09 AM

tapi ada kes dimana org ketiga bertindak kejam, merampas, sedangkan pasangan kita hanya melayan org ketiga tu sebagai kawan. tapi org ketiga syok sendiri dan tak hormat hubungan yg dikacau. mcm musuh dm selimut.

Kancil 8349 said... 26/4/12 7:16 AM

Kancil sokong kenyataan kamu tu Dkna..walaupun dulu ndak dapat terima kenyataan namun mengakui bahawa apa yang berlaku ada hikmahnya...lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu juga sebaliknya

Kancil 8349 said... 26/4/12 8:01 AM

jom singgah baca

http://kancil8349.blogspot.com/2012/04/jawapan-wordless-wednesday-35.html

khairul said... 26/4/12 8:12 AM

abg nk dok sebelah dlm pic tu leh ? hehe

Pen Biru said... 26/4/12 8:37 AM

curang dlm hubungan kekasih itu adalah sesuatu yang boleh diatasi dan tidak memberi kesan yg teruk...tapi curan dlm hubugan suami isteri memang sukar diterima dan akan memberi kesan yg mendalam..pedihnya lebih teruk dari curangnya kekasih.hanya yg pernah melalui sahaja yg memahami

Hafizin Jamil said... 26/4/12 8:58 AM

hai..nak berkenalan dengan orang dalam gambar tu..blkh ke??haha

Fieza79 said... 26/4/12 9:35 AM

setiap apa yg berlaku tu walau buruk bagi kita hari ini tapi sebenar nya adalah yg terbaik untuk masa depan kita sendiri...Dia dah mengatur yg terbaik utk hamba Nya...

Aien Alien said... 26/4/12 11:16 AM

bahayanya orang ke-3 dalam hubungan memang tak dapat dinafikan...goyah perasaan hancur perhubungan =(

Namee Roslan said... 26/4/12 11:45 AM

em dkna sgt positive. kalau namee, namee dah hentam pasangan dan org ke3 tu dah. hehe. em tp betul kata dkna,,, sebelum hentam, kita cari dulu silap kita. kan ?:)

JR said... 26/4/12 1:04 PM

Kalau curang semasa dlm percintaan masih OK lagi, kerana hubungan itu bukan diikat oleh sesuatu yg diiktiraf oleh agama. Tapi yg menyampahnya bila ramai pasangan yg curang ketika dah kawin, anak dah berduyun2, malah ada yg dah jadi atok dan nenek pun masih nak bertukar selera, damn!!!

Ezad Skytech said... 26/4/12 1:22 PM

mmg bahaya kalau munculnya org ketiga ni...

mia-ina said... 26/4/12 1:35 PM

suka baca penulisan dkna ni..kdg2x wat akak menafsir sendiri..dkna menulis utk diri sendiri @ secara am...akak ni jenis org tersirat fahaman..cuba nak teliti jauh..kdg2x merasakan dkna mcm x cite direct to the point segala point tajuk..pepun, semoga dijauhkan dr kehidupan kte & psgn org ke-3..biarlah yg ketiga tu anak yg lahir menyerikan hubungan kte..amin

C.M.A @ CikMoonAdnan said... 26/4/12 1:41 PM

hmmm kalo bab curang nie.. mmg btol... xleh terus tuduh pihak ke 3.. kena lihat dulu... dalam diri kita sendiri..

[sutera kasih] said... 26/4/12 3:34 PM

kena berbincang sesama pasangan, bincang kenapa boleh jd curang, apa kekurangan dan masalah..fokus on yg dh ada hubungan halal..yg tak kawen lg tu, jgn frust, boleh cuba cari yg lain sebab jodohmu menunggu di luar sana :)

Papa Mifz said... 26/4/12 3:47 PM

yang penting kene tanya sama diri sendiri kan...

~Sweet Honesty~ said... 26/4/12 5:47 PM

termotivate pula baca entry neh..thx(^_^)

LYAfrina said... 26/4/12 6:24 PM

btul tu..adakalanya hadirnya 0rg ke-3 krn ingin mguji cinta kt.. dan..insan ke 3 mgkin mberi pgalaman n pgajaran bharga dalam hidup... apa2 pon... tp bg lya.. jika ia milik kt..walau sejauh manapon..akhirnya..dia ttp akn kmbali pd kita

Rtp Farra Arisha said... 26/4/12 9:47 PM

segala hal yang berlaku pasti ada sebab dan musabab! yang jelas, berhenti mencari kesalahan orang lain sebelum kita mengambil tau kesalahan diri sendiri. apapun, arisha suka dengan pendapat sis dhiya yang cukup bernas itu! :)

Anonymous said... 27/4/12 12:25 AM

sesuai gak utk saat2 mcm ni

aKSARAfENDI said... 27/4/12 11:25 AM

skg ni org da kwin suka sgt psg org ke3 dgn alasan utk suka2..hurmmm..
tu yg dah kwin, klo yg msih dlm prcintaan, agaknya mmg rmai la mcm tu

 
Top