May 12, 2012

Gain Eight Dari Ombak Besar

Dkna Abza ^-^

Alhamdulilah, dkna dah menghabiskan segala hutang berpuasa pada khamis lepas. Sebenarnya dkna dah pernah ganti puasa lepas raya tempoh hari, tapi paham2 jer la, orang perempuan nie kalau tengah syoookkk mengantikan puasa, ada lak yang menghalang. Penghalang yang utama bukan sebab banyak jemputan open house tapi jemputan bulanan yang selalu dialami orang kaum hawa. 

So, bila dah tiba rutin tersebut semangat untuk sambung semula menggantikan puasa terbantut sampailah ke sekarang. Korang pon pernah alami situasi yang sama kan? ~ ngeeee~ Kata Dr. M, melayu mudah lupa, memang betul. Dkna setuju sebab dkna pon dah lupa berapa hari yang dkna pernah ganti puasa. Nak atau tak nak, dkna pon dengan rela hati menggantikan kesemua bilangan hari dkna tinggalkan. Wah!! bagus kan dkna nie?? kehkehkehkeh.... 

Lebih kurang 2 minggu dkna berpuasa bila ditolak, ditambah, didarab dan dibahagi . Dan dalam tempoh tersebut, berat badan dkna turun. Korang nak tak jadi macam dkna? Puasa beberapa hari berta badan turun berkilo-kilo. Haaa..memang terasa sangat badan nie dah susut bila pakai jeans dah longgar, baju kebaya tak ada cutting, baju kurung dah rebeh bahunya. Sedih! sob sob sob :(

2 hari lepas, housemate dkna bagi Gain Eight dari Ombak Besar untuk dkna cuba. Katanya, dia tak boleh nak minum sebab rasa susu+soya tu kuat sangat. So dah 2 hari dkna cuba minum, alhamdulilah, tekak dkna boleh lagi telan walaupon rasanya teramat tawar. Entahla, samada memang rasa sebenar-benarnya tawar atau dkna nie pemanis orangnya. Bila dihidu baunya macam susu tepung anak buah dkna lak. Nak tengok la sejauh mana keberkesanan gain eight nie untuk menambahkan berat badan dkna. Kalau sebelum nie dkna pernah makan jamu dari indonesia untuk gemuk, tapi kesan -ve sebab mudah mengantuk. Kadang-kadang boleh tertidur kat opis kesan daripada jamu tu. Walaupun dkna nampak ada perubahan pada berat badan dkna, tapi terpaksa stop ambik jamu tu.


FOC :)

Jom kita tengok cara pengambilannya.

GAIN EIGHT OMBAK BESAR [LINK]

-Mengandungi 10 sachet dalam sebotol
- Makanan kesihatan untuk menambahkan berat badan
- Dirumus khas untuk lelaki dan wanita
- Merupakan satu rumusan bagi membantu mereka yang menginginkan penambahan berat badan dan pertumbuhan yang seimbang dan sesuai, tanpa kesan sampingan, samada peningkatan tahap kolestrol atau sebagainya.


Kandungan :-
Skimmed milk, milk proteins, mineral vitamins, lecithin, fibre, oligosachariders.


Kandungan :-
Skimmed milk, milk proteins, mineral vitamins, lecithin, fibre, oligosachariders


Antara formula GainEight termasuklah protein soya, protein susu, susu skim, oligosakarida, lysine, mineral dan pelbagai vitamin. Bahan protein dan fiber digunakan untuk pertumbuhan tubuh badan, merangsang hormon pertumbuhan (HGH) dan membekalkan badan dengan tenaga yang diperlukan badan.

Cara Persediaan :-
Campurkan 1 uncang ke dalam 150ml air suam, kacau dan minum segera. Diminum 1 atau 2 uncang sehari, 1 jam selepas makan.




Korang nak gemuk? Boleh la cuba gain eight nie. Tak mahal pon, hanya RM39.90 untuk 1 botol.


p/s : confirm puasa nanti dkna semakin kurus :(

15 comments:

org muo said...

berpuasa cara trbaik utk jaga kesihatan.. org muo sdg mncari penawar nak kecikan prut ni:)

Gen2Merah said...

tahniah deqna sebab dah berjaya melangsaikan hutang.. Kini kita boleh bersedia untuk menghadapi Ramadhan yang bakal menlema tidak lama lagi..

Oh ye, jarang saya dengar org pempuan yang beriya nak tambahkan berat badan dengan minum gain weight. salunya org lelaki je sebab nak p Gym...

kan ke turun berat badan tu satu kebanggaan buat seorang wanita...napa nak diberatkan lagi... ehehe

En Tapi said...

ehehe.. nak gemuk mudah je.. ce makan ayam dada 6 kali sehari.. tak payah nasik pun x pe.. ><

ummiarissa said...

dkna nak gemuk..akak nak kurus...bila dkna sebut pasal ganti puasa,mujur akak teringat...dah ganti ke belum...oh dah ganti rupanya..sebab tu lepas je habis raya 2-3 hari,terus gantikan..nanti tak ingat...nak puasa sunat juga ni nanti..

Kakzakie said...

Kalau boleh kakak nak bagi lemak-lemak kakak nie pada Dkna. Kakak ni punyalah control makan boleh Dkna makan Gain Eight ye... seronok jadi org susah nak gemuk tau.

~Sweet Honesty~ said...

hutang blum terbayar lgi ne..huhuhuhu

adan said...

tahniah dkna sebb dah langsai hutang.. dkna nak gemuk er.. makan la tgh mlm.. hehee.. tak sabar menunggu tibanya Ramadhan..

Edy Zaidi said...

xnak gemok...nak kurus!..hehe

Acik Erna said...

alhamdulillh rajin dekn puasa.
dekn beruntung senang turun bert badan..acik jenun diet..tak turun2 lagi

Tinta Lana said...

Salam ina..wahh..org lain sibuk turunkan, ina pla naikkan..kurus sgt ke yunk? hehehe.

Yang penting kesihatan ya..produk, produk juga..tpi pemakanan n senaman ttp nak kena jaga.. :)

Mudah2an ina berjaya memuncitkan badan,hak3

Papa Mifz said...

papa mifz dah tak payah nak gain2 weight nih...

si kiut lavender said...

erk..kita xhabis ganti lagi nih..=_=

ABU said...

wah sempat lagi promotbarang kan hehehehe

ok la puasa dah setel tak payah nak fikri lagi sebelom masuk puasa ni kan hehehe kisah wanita sngt kan puasa tak full :P

aTy _faRed~ said...

alaaa..aty tak ganti agi pose..tinggal 2 hari lagi..harap2 sempat dan mampu nak ganti sebelum pose ni...
gain eight tu aty pernah makan..tapi kene kosisten n amik mase gak ar..aty makan dua botol jer..tak nampak hasil pon..huhu

Rai said...

saya tak abis lagi bayar hutang!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dkna Abza Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah