Pernah tak korang bayangkan muka korang untuk hari tua 20 tahun akan datang? Sekarang dkna baru dah cecah usia 25 tahun, tambah lagi 20 tahun akan datang dah 45 tahun. Wah cepatnya masa berlalu, rasa baru semalam habis SPM. Rasa baru kelmarin daftar masuk Universiti. Rasa macam baru tadi final exam untuk 1st semester tapi itu cuba 'rasa' jer dan tak lebih dari rasa.
Tersedar dari lena 'aku dah tua..arapkan badan je kecik..comey lotey' menampakkan aku masih muda remaja macam budak sekolah. Sape setuju?? Sila angkat kening.
Ok! Sebelum dkna mengarut lebih jauh lagi, dkna nak perbetulkan kat sini tentang kek yang korang tengok kat Wordless Wednesday tempoh hari. Disini dkna umumkan bahawa kek itu bukan dkna yang punya tapi Ahmad Albab yang punya.. ha ha ha.. Apa pon terima kasih kepada pengomen-pengomen tegar yang mendoakan besday itu. Dkna tolong sampaikan doa korang kepada pemilik asalnya.
Dkna cuba satu aplikasi yang menggambarkan wajah kita bagi tempoh 20 tahun akan datang. Gambar asal adalah gambar dkna waktu tahun 2011 (24 tahun) dimana pipi pon nampak tembam sikit. Jangkaan muka dkna untuk 20 tahun akan datang iaitu usia 44 tahun pada tahun 2031.
Hasilnya..dah menampakkan sikit ciri-ciri seorang ibu kepada beberapa orang anak kan...kan...kan??
Yang gambar ni pulak dkna memang terkejut sangat-sangat sebab muka ini sebijik muka mak. Aduuuuiii...macam copy paste gambar mak jer. Mana tidak tumpahnya kuah kalau tak ke dalam mulut yea dak? Haaaa..waktu muda tak nampak sangat muka dkna iras mak, bila menggambarkan muka pada 20 tahun akan datang, amekkkk kaawwww..raut muka mak tau!!
Kemudian cuba pulak aplikasi untuk lelaki, nak jugak bayangkan muka bakal suami. Kalau sekarang nie nampak kemacholan masih muda dan muka yang bakal ditengok tiap-tiap hari sehingga akhir hanyat. InsyaAllah. Haaaaiiii... not bad la kan. Tak jemu mata nak memandang untuk tempoh yang lama.
Korang nak cuba aplikasi ni boleh terus ke in20Years.com tapi pastikan gambar yang korang upload tu jelas dan tak ada edit mengedit nanti muka korang jadi dah tak macam muka orang lak. Selamat mencuba dan berhibur dengan gambaran wajah masing-masing.
p/s : kalau sekarang usia korang dah cecah 40-an, cuba upload gambar remaja korang then bandingkan dengan sekarang. Sama tak??
28 comments:
tua2 pun masih anggun gtu..hihi
huhu still maintain cun ;)
kene minum jamu banyak2 ni...hehe
abg takut nk tua
Aplikasi utk tgk kalau jadi obesiti ada tak? Kdg2 org yg makin berumur ni makin obesiti. ha3.
Seronok jgk aplikasi ni. Bleh la try nanti.
bukan macam ibu..?macam nenek kot..haha
cun lagi wlwpun dh 20tahun tu.heee
tuua muda, dkna come lotey lg. *angkat kening lelaju*
Salam ina :)
oh, sebaya kita yep..tpi..lana salu ase muda..makin hari makin muda je rase,hahahaha
wah, cam best benda ni.hehe.
usia ja tua..muka still awet muda lagi.hehe
xsanggup nak tgk muka sendiri 20 thn akan dtg. hee.
hahaha.. dah buat gak tadi.. nnti2 la upload.. hehe
Comel lagi Dkna 20 tahun akan datang...ikut mak Dkna ler tu...sebab dah kata macam copy paste....
wahh, siyess... tua2 pun Dkna still nampak cantik lagi... mesti mama dkna cantik juga kan.. ehehe
maintain cun la dkna..akak nak try jugak la..hehehe
Masih lumayan walaupun 20 thn lagi...
Ditunggu kunjungan balkinya... Thnks...
Blogwalking>>>
pernah guna apps buat muka tua.
teruk sgt muka tua yg dibuat.
malu gitu.
sebenarnya kan.. tak lari wajah kita dengan kedua orang tua kita. macam mana wajah mereka masa tua, macam tu la wajah kita.. :)
wawasan 2020 kan..
haha..nnt cuck la still muda.
20 tahun akan dtg pun still cun dia :)
OK..klaka tgk muka sendiri bila buat. =.="
menarik jugak aplikasi ni..akak nak cuba jugaklah...hehhe
~best jgk..hehe kna try nie :)
20 tahun lagi,awk makin cun..
untung lah awet muda!
takut kelih gambar no.3,,,lari,,,,jgn kejar!
menariknya app ni.. nak try lah! hehe
Post a Comment