22
Dkna Abza ^-^


Dah bosan selalu sangat pergi kursus kat JPM dan kat opis sendiri, nak jugakla berjalan-jalan sambil habiskan duit mencari pengalaman baru berkursus kat negeri orang. Rasanya ini kursus yang bertuah sebab lebih kurang 10 permohonan yang dkna buat, ini jer yang sangkut. Permohonan lain direject tanpa belas kesian. 


Kalau dengar dari cakap-cakap orang yang dah lama kerja, INTAN (JPA) akan luluskan permohonan berkursus kat kawasan yang berdekatan dengan tempat bekerja. Contohnya dkna kerja kat Putrajaya, Intan Bukit Kiara atau Intan Kampus Tengah (INTENGAH) yang paling dekat terletak di Kuala Lumpur. 


Kawasan pantai timur lak, Intan Kampus Timur (INTIM), Terengganu, kawasan selatan Intan Kampus Wilayah Selatan (IKWAS), Johor dan Intan Kampus Wilayah Utara (INTURA), Kedah. Sabah dan Sarawak korang search kat web JPA lah yea :)


Kursus Pembangunan Sahsiah


Dkna dah beberapa kali berkursus kat IKWAS jadi dkna memang tak hingin mohon jadi dkna mohon kat INTIM, kononnya lepas tamat kursus boleh sambung cuti terus balik kampung, tapi permohonan direject!! Mohon kursus kat INTENGAH dan Intan Bukit Kiara memang sahih tak dapat sebab ramai sangat kaki dan tangan kerajaan mohon tempat yang sama, nama dkna tak dicalonkan dalam kategori HOT untuk kursus kat situ! Geram punya pasal, dkna nekad mohon seberapa banyak kursus yang ada kat semua tempat kecuali Sabah dan Sarawak sebab kos ke sana makan modal, pejabat kedekut bayar balik claim control baget.


Akhirnya dkna dapat jugak tawaran kursus di luar kawasan Putrajaya...yaaahhooooooo.. Bos pon bagi sokongan 'Saudari Lina, sila hadir', ada berani bos tak bagi dkna pergi kursus?? Hujung tahun bos kena jawab dengan bigboss kenapa halang pegawai pergi kursus heheheeee.


Sape berada di kawasan sekitar Kedah sila datang boleh jumpa dkna yea kat INTURA pada 23 hingga 28 Jun 2012. Boleh bawak dkna jejalan :)


p/s : dalam kepala nie penuh dengan perancangan nak berjimba kat Kedah 


Post a Comment

Alieza Dayasari said... 13/6/12 10:00 PM

pergi kurses.. penat membayangkan. sampai ke petang. mlm bagai. owwwwwwww

Salwa said... 13/6/12 10:24 PM

Jalan-jalan di Kedah. Best2..

Jajas said... 13/6/12 11:38 PM

untung sape dpt si pegawai ni...lepas kursus kompon naik pangkat...hehe

nasir hamzah said... 14/6/12 3:16 AM

akhirnya tercapai gak hajat dkna..syukurlah.

Gen2Merah said... 14/6/12 8:57 AM

Bestnya dpt berkursus d tmpt org. Dpt menimba pgalaman lg kan. Kalau sy bkursus pun d tmpt sndiri ja. Sbb nak save bajet. Hehe

Ahmad Zarif said... 14/6/12 9:19 AM

ha.. jangan nakal-nakal ye cik lina.. haha..

Ujang9897 said... 14/6/12 9:26 AM

jauhnya g kursus.., awat nk jmpa org kedah je..hee

fazrulnoor said... 14/6/12 10:03 AM

wah berjalan

pinky said... 14/6/12 10:13 AM

wah sakanlah nanti....slamat berjimba ya dkna...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... 14/6/12 10:46 AM

kursus ne memang best kan.. yg best nye dapat berjalan2 kt tempat org.. pastu claim pon bnyk.. hahaha

Rai said... 14/6/12 10:59 AM

pegi kedah jangan lupa cari char kue tiaw, laksa utara dgn bihun sup utara..

aanie said... 14/6/12 12:08 PM

sblm kawin rajin gak g kursus..tp ni dh ada anak, berat je hati nak g...huhu....

Kancil 8349 said... 14/6/12 12:12 PM

wah...bestnya..Kancil belum lagi gi kursus...hehehe

aizamia3 said... 14/6/12 1:09 PM

best arrr.. akak jugak belum pergi memane lagi.. nak pulak tgh cuti panjang ni, lagiler..

Papa Mifz said... 14/6/12 5:00 PM

selamat berkursus yer...:)

Bulan Syurga Firdausi said... 14/6/12 5:22 PM

best3.... jeles ni huuu sy x dpt2 lg nk p tahun ni

Citarasa Rinduan said... 14/6/12 8:18 PM

tahniah..

mmg best bila dapat pi kursus

amni Auni said... 14/6/12 10:34 PM

best2...dh dkat sngt lah tu dik na...hehehe

Namee Roslan said... 14/6/12 11:09 PM

seronoknya sebab sambil berkursus boleh jalan2 sekali tengok tempat orang ! hehe. kalau dapat kat sarawak..haaaaa. seronok. eh tapi sabah lg best. hehe

Anonymous said... 15/6/12 2:05 AM

berjimba tuu yg difikirnyaa duluu.
hehe
:P

zuehairi said... 15/6/12 2:12 AM

anak ajak kmu krsus nikah bole? wekeke

DefarhanoVII a.k.a BoyPJ said... 18/6/12 4:39 PM

untung lah dpt kursus kt Utara, sy bru balik kursus kt Kuala Sepetang je 11-15 Jun...

nnt kem salam kat org kedah na.....

 
Top