Nuffnang Ads

Tuesday, June 12, 2012

Neelofa Hina Keluarga Saya

Dkna Abza ^-^



Selepas kisah Tasha Shilla meluahkan isi hatinya yang kecewa dengan bekas juara Dewi Remaja 2010, Neelofa, kini bekas peserta pertandingan Dewi Remaja dan juga pelakon, Anzalna turut tampil menceritakan perangai sebenar aktres dan pengacara tersebut menerusi sisipan hiburan Berita Minggu, BiPop.

Pemilik nama sebenar Nur Anzalna Nasir ini memberitahu aktres "Azura 2012" ini pernah menghiris perasaannya satu ketika dahulu sebaik sahaja pertandingan Dewi Remaja berakhir.

"Walaupun saya hanya menjadi finalis dan tidak memenangi sebarang tempat dalam pertandingan tersebut, Lofa tetap tidak berpuas hati dengan saya. Menerusi laman sosial Facebook milik keluarganya, Lofa menghina keluarga saya dengan perkataan tak elok.
"Semua pengikut saya di Facebook tahu Lofa menghina keluarga saya. Dia juga telah mewujudkan akaun 'Kami Benci Anzalna'. Saya juga turut menerima ugutan daripadanya sekiranya memenangi pertandingan Dewi Remaja. Bagi saya, walaupun perkara tersebut sudah lama berlalu, apabila saya membaca pendedahan Tasha, saya dapat rasakan apa yang dilaluinya kerana sudah terlebih dahulu merasainya," ujar pelakon yang berasal dari Pulau Pinang ini.

Anzalna turut mendakwa Lofa seringkali bercerita buruk tentang dirinya seolah-olah ingin menjatuhkan kariernya.

google

"Terus-terang, apa yang dilakukan Lofa amat menghiris perasaan saya. Saya nak semua orang tahu warna sebenar diri Lofa. Ramai artis senior yang bercerita kepada saya, seolah-olah Lofa tidak berpuas hati dengan saya.

"Sebelum ini ramai wartawan bertanya, tapi saya tidak cerita apa-apa kerana takut dilabel bermulut jahat. Namun selepas pendedahan Tasha, barulah saya ada kekuatan untuk bercerita," jelasnya yang berkata apa yang diceritakannya ini adalah fakta dan bukan fitnah.
Sebelum ini, aktres drama bersiri "Gemilang", Tasha Shilla meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan pengacara "Nona" itu yang mempertikaikan kemenangannya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

Sementara itu dipetik daripada sebuah blog hiburan tempatan, Neelofa dilaporkan ingin menyelesaikan situasi ini menerusi saluran rasmi dan sempat meluahkan isi hatinya melalui akaun Twitter miliknya bahawa dakwaan Anzalna adalah bertujuan untuk menjatuhkannya.


p/s : Bila dah jadi terkenal, macam-macam isu keluar.



29 comments:

Falsya said...

hurmmmm..mcm2 la kan dunia artis nie..nasib baik x jd artis..huahuahua..

Elih Japahar said...

Dunia artis pun mcm manusia biasa jugak, cuma mereka ni public figure kan..sntiasa jd perhatian, tak elok mcm ni..hermm

maszull said...

assalamualaikum adylia...betul la dah popular ni mcm2 hal berlaku...:)

Kesuma Angsana said...

macam2 kalu dah retis tu... slam kenal n dah follow u ye

pinky said...

macam macam hal...tak tau sapa btl sapa salah....

Pen Biru said...

dkna..2 lawan1..mana yg betul ni..haha

Rai said...

macam macam..menang jadi abu..kalah jadi arang...

kak mah said...

Inilah dengki namanya.

Kancil 8349 said...

bikin sakit kepala je...kan senang tengok orang je

Kakzakie said...

Asam-garam dunia artis begitulah... kalau boleh baca tak mahu campur.

nuyui a.k.a miss YUI said...

mcm2 hal kan skg..

p/s: bntl cmtu hrgnaya rm 25 coz dsgn dpn belakang.. hrga bgntung pd dsgn..saiz dia kck skit aje dari A4 =) Kalau ada pertanyaan detail,leh pm yui ea ..

aanie said...

hmm, ntah la...macam-macam.....

hyz said...

tatau la sape betul sape salah... tiga2 artis ni ni aku x minat...

khairul said...

terus terang abg kata...abg mmg muak ngan crita artis2 kita yg lebih -ve dr +ve

Papa Mifz said...

Biar lah mereka dgn dunia mereka..

Gen2Merah said...

nampak sangat statement nak menjatuhkan orang lain... tak perlu lah nak ungkit atau cemburu dengan orang lain.. tak puas hati jumpa face to face je... nak heboh2 kat media bikin nampak kebodohan diri sendiri..

~Sweet Honesty~ said...

jarang sgt nak ambil tau hal artis2 ne...

ummiarissa said...

kalau tak de angin,pokok tak bergoyang..(kena angin kuat sikit untuk pokok-pokok besar)

iKhRam said...

dunia artis
semuanya penuh drama

sebab tu mak tak pernah bg anak2 jadi artis..

tgok la dunia hiburan..
tak pernah ada yg selamat..

Citarasa Rinduan said...

artis kalau nak cepat baik mmg kena cr something.. kan..

Jajas said...

lawa baju...

cendol said...

macam2 lah..salah satu sikap obvious org melayu..dengki mendengki

Bobo said...

oh lofa..kenapa mcm ni jadinya..aritu janji aa dgn abg? dah lupa ke?



HAHAHAHAHAAHAHAHA

[sutera kasih] said...

macam2...tak minat semuanya haha

Tinta Lana said...

Salam..hurmm.. tak berminat dah nak amik tahu dunia artis skrg..seksi je lebih, ilmu kurang.

EmpayarUtama said...

Nak lebih popular lah

putryteya said...

tak suka sangat neelofa ni . dahla seksi .. hmm artis kan ? macam2

Namee Roslan said...

kelakar lah gaduh2 macam ni. em dunia artist macam2.

Alieza Dayasari said...

yg femes dengki dgn tak femes.. ada pula......
elok2 jer lak semua. jgn gaduh2...
dalm industri yng sama.

Nuffnang Ads

Anda pasti suka ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...