20
Dkna Abza ^-^


Berita Harian "Imam Mahdi Ditembak Mati" merupakan seorang blogger Jaya Negara







Putrajaya: Seorang lelaki yang mendakwa dirinya ‘Imam Mahdi’ mati ditembak polis selepas mengamuk sambil melibas pedang samurai di pekarangan Kompleks Pejabat Kerajaan Blok B1, Jabatan Perdana Menteri (JPM), petang semalam.



Suspek dikenali Khalil Afandi Abd Hamid, 47, dan seorang kenalan wanitanya, Muhdalina Ahmad, 28, mulanya ke Pondok Pengawal JPM sambil menghunus pedang sebelum dihalang anggota Polis Bantuan di situ, tetapi selepas tidak mengendahkan arahan menyerah diri, polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran. Tembakan amaran 

Dua daripada tembakan itu masing-masing mengenai bahagian tangan dan ari-ari suspek lelaki dan satu lagi mengenai paha kanan Muhdalina. Walaupun terkena tembakan, Khalil dikatakan mengacu pedang samurai ke leher salah seorang anggota Polis Bantuan sambil memaksa dibenarkan masuk ke pejabat kerajaan itu.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata suspek kemudian meluru masuk ke perkarangan Blok B1 sambil melibas pedang dan cuba menetak kenderaan serta orang ramai di situ.



Berikutan itu, katanya, sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah serta Unit Kereta Peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dikerah ke situ untuk mengawal keadaan, namun Khalil terus agresif dan bertindak lebih ganas menetak sebuah kereta HYUNDAI Accent dan PERODUA Kancil milik seorang anggota Polis Bantuan.



“Lelaki itu turut menetak cermin PROTON Waja polis walaupun anggota yang tiba memperkenalkan diri. Tidak lama kemudian, sebuah lagi MPV datang membantu dan cuba memujuk suspek, tetapi diserang dengan pedang samurai sehinggalah polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kedua-dua suspek,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. 

Dua suspek itu kemudian dihantar ke Hospital Putrajaya, tetapi Khalil disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan kira-kira jam 3 petang, manakala keadaan Muhdalina dilaporkan stabil.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata polis yang turut merampas sebilah keris kecil dan tiga pisau lipat daripada kedua-dua suspek, masih menyiasat motif kejadian itu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.



Baru berkenalan



Katanya, Khalil dan Muhdalina yang masing-masing mempunyai seorang dan dua anak, tidak bekerja tetapi wanita itu dikatakan bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan dikatakan baru seminggu berkenalan menerusi laman blog.



Kalau dibaca apa yang tertulis di paparan berita nie hanya 85% persamaan dengan kejadian yang sebenar. Bila dkna tengok hasil penulisan di blog JAYA NEGARA ternyata dkna punyai tafsiran sendiri dengan individu tersebut. Apa pon yang berlaku mesti ada sebab dan punca.

SALAM TAKZIAH!



p/s : yang pasti isu ini akan dipolitikkan.


Post a Comment

mummamiahaha said... 10/7/12 10:17 AM

xbape nak paham

Unknown said... 10/7/12 11:23 AM

takziah..apa pun saya rasa dah tiba masanya polis malaysia belajar cara disarm pelaku lagak ngeri macam ni dengan cara yg tidak membunuh..mereka berbahaya.. tapi tak wajar dihukum dengan tembakan maut..

mayangbakingmadness said... 10/7/12 11:38 AM

yup rai mereka bukan penjenayah bkn, tak perlu membunuh byk lagi cara lain contohnyer menembak peluru kapur atau ubat pelali, kalau binatang pandai plak wat begitu tapi manusia di wat cam binatang lak.. terbalik dah adoila ...

awekretro.com said... 10/7/12 12:44 PM

lepas baca blog dia..rase tak paham pun ade...tp terase ade sesuatu yg ingin dia sampaikan kan..

tak pe laa...doa kan dia ditempat orang2 yang beriman...amin

Kakzakie Purvit said... 10/7/12 12:47 PM

Macam mudah aje nak bunuh org. Yg lebih jahat lagi ramai tapi masuk jel aje - makan free lagi.

Anonymous said... 10/7/12 12:49 PM

takziah juga ! x tau apa sebenarnya yg berlaku !

Unknown said... 10/7/12 1:44 PM

hmm kena rasuk ngan hantu pedang samurai ke?

astagfirullah..

Qhaifa Nur said... 10/7/12 1:52 PM

sapalah yang dia nak bunuh tuh...
last2 kena tembak...

saffiya_aleesya @ echa said... 10/7/12 2:31 PM

macam keje merapu jer last2 kena tembak..apa motif pun xtau laa

umiawadah said... 10/7/12 3:41 PM

dia ada sesuatu yang ingin disampaikan...ingin diluahkan...namun demikian ajal menjemputnya sebelum sempat dia menyatakan pendiriannya...baca blognya dan ketahui niatnya...

semut yang manis said... 10/7/12 3:58 PM

kadang2 nak buat sesuatu, akal kene didahulukan daripada hati...banyak padahnya kalau ikut hati semata tanpa guna akal.
takziah buat kluarga mangsa

Anonymous said... 10/7/12 4:22 PM

salam,

takpuas hati dengan PM mgkn, tak perlu buat camni undi saja PR pru nnt.

KLIK KURANGKAN PA

Leeza Dayasari said... 10/7/12 6:30 PM

masa tahu cerita ni. saya rasa sgt terkejut..

Unknown said... 10/7/12 6:46 PM

Mmmm... No komen...
Bahaya ni

lynmunir said... 10/7/12 7:04 PM

Cuma tak faham apa motif dia mengamuk dan bukan cara yang baik untuk menyelesaikan masaalah.

Unknown said... 10/7/12 8:44 PM

iskh.. macam2 kan..

p/s : hurm, macam mana nak berdua dengan awak, awak kan da ada yang special.. hehehe :P :P

Jajas said... 11/7/12 12:48 AM

mungkin diri x cukup kebal...

ajax85 said... 31/7/12 2:55 PM

banyak bersabar kepada klrg arwah..mst ada sebab dia buat tapi kena ikut salur yg btl..

 
Top