Nuffnang Ads

Wednesday, July 11, 2012

Lanjutan Amukan Di JPM

Dkna Abza ^-^


Sekarang nie isu Blooger Mengamuk Di JPM sedang hangat diperkatan. Sana sini bercerita tentang isu yang sama. Buka blog pon ramai yang buat cerita yang sama termasuk dkna. 

Kenapa isu ini hangat? 

Masih tertanya-tanya apa motif arwah berkelakuan sedemikian? Semuanya masih dalam siasatan. 


Amukan JPM, Julai 2012

Tapi ada segelintir yang menyalahkan PDRM kononya menembak mati orang yang tak bersalah. Siapa kita nak salahkan PDRM? Dan siapa kita nak mengatakan arwah adalah seorang pesalah atau tidak bersalah. Adakah kita nie dari pembangkang? Samada PDRM berada dalam landasan yang betul ketika tindakan diambil atau sebaliknya, sama-sama kita fikir dan renungkan kemungkinan yang mungkin berlaku jika tindakan itu wajar atau tidak wajar diambil.

Kalau dah mengancam nyawa orang ramai, adakah tindakan PDRM itu salah? Kalau PDRM tak mengambil tindakan tersebut kemudian ditakdirkan ada mangsa lain mati ditetak oleh si mati, pasti ada yang menyalahkan PDRM sebab tak mengambil tindakan.

Jadi dalam isu ini, PDRM tetap salah dimata kita kan? Ditembak pon salah, kalau tak tembak pon pasti berisiko yang tinggi kepada orang ramai pada masa kejadian. PDRM kini ibarat telur dihujung tanduk!

Dkna dah katakan sebelum ini bahawa isu sebegini pasti akan jadi bahan politik. Dkna tak memihak kepada sesiapa pon samada PDRM atau sebaliknya. Juga tak memihak kepada pembangkang. Kita punyai memikiran yang berbeza, jadi tak salah jika kita buat andaian sendiri tapi jangan terlalu taksub sangat dalam isu duniawi. 

Al-Fatihah untuk arwah Khalil Afandi Abd Hamid.

Yang baik itu datang dari-Nya, dan
Yang buruk itu dari kekhilafan dkna. 

Sila komen jika korang punyai pendapat yang berbeza.


p/s : isu ini bukan politik BN atau 
PEMBANGKANG  tapi sekadar berkongsi 
pendapat mengenai tindakan PDRM.



18 comments:

Sherwieyna Muzzawer said...

Nasib baiklah time ni saya takde kat tempat ni. kalau tak, tak pasal2 kena dengan diorang ni.suka hati je nak mengamuk kat tempat orang..haihhh!

yana-feehily said...

hmmm..biasa la nk pilihanraya ni.

mgkin dh ajal org yg mengamuk tu..kita doakan dia ditempatkan dlm kalangan org2 yg beriman..
insyaallah kita tahu kisah sebenar di mahkamah Allah nnt..

Mila Ahmad said...

seram bila dgr kes org mengamuk nie.

Kakzakie said...

Jujur kalau pendapat kakak tak seharusnya ditembak mati. Boleh tembak di tempat lain atau yg hanya pengsan. Tangungjawab semua memberi kesedaran pada kesilapan dia...

Tapi entahlah dkna lain org lain pendapat..

mama aryan said...

tatau nak komen..sumer pun ada sebab yg tersendiri

Saya Disini said...

mati sia2 je rasa..

fiq said...

susah nak komen kalau x de sumber yang kukuh. kalau polis saje2 tembak, salah la. kalau dah bagi warning, tapi x hiraukan n mengancam nyawa n terpaksa tembak, x salah la. terlalu banyak tapi n keadaan yang perlu diteliti. x boleh senang2 kata salah atau x salah. kalau senang2 kata salah atau x salah, apa beza kita dengan mereka yang kita tgh ceritakan :)

maszull said...

assalamualaikum adylia...susahkan bila dah jadi mcm ni...:)

buaya said...

salam

boleh berkenalan x?

jom ke blog sy dan jadi follower sekali k

saniah said...

Ntah la dkna...anty baca blog dia anty seram dan risau jugak kalau2 pemikiran dia blh influence pemikiran remaja...sbb cara dia mcm org sesat pun ada...nak kata tak pandai agama tgk mcm2 hadis dia kluarkan...
Allah merancang semua ini...mgkn ada baik dia diambil Allah drpd dibiarkan mnyesatkan golongan yg masih mentah
Itu pendapat anty je lah

sedutzone said...

Al-Fatihah buat Arwah... Tak kira la dia bersalah atau tidak... kita takder hak nak buat hukuman kat dia, kita taktau aper yang bermain jauh di lubuk hati dia... apa2 pon, kita jadikan teladan... aper yg baek, datang dari Allah, aper yang buruk pon datang dari Allah tetapi, melalui kelemahan, kedaifan, kekurangan dan kekhilafan kita...

Falsya said...

xdpt bayangkan kalau diri sendri ade kat sana..

Kesuma Angsana said...

cuma mampu kata no komen je n alfatihah utk arwah!

eifa said...

bkn nyer PDRM tembak kt jantung..kan kene tempat lain..cume meninggal di hospital...dh dgn mengamuk tk tentu hala..mungkin tk kene tepat tembakan tuh...tp mungkin bg alasan..pdrm ..tembak mesti tepat pada sasaran..meaning if kaki mesti tepat kaki...tp name pon manusia...mane de perfect... i dun blame pdrm sbb tembak mereke ni..tp yerlaa utk menghukum arwah sape laa kite..moge arwah disisi NYA jike ditempat yg benar..

Rai said...

susah nak cakap..takdir DIA.. cuma apa yang boleh saya katakan adalah.. dah tiba masanya PDRM train anggota mereka cara cara disarm orang mengamuk yang bersenjata tanpa meragut nyawa si pengamuk.. apa pun alasan dia mengamuk..mereka wajar diberi peluang..

Hartina Arssid said...

Perlu ada banyak muhasabah diri.

kak mah said...

Alfatihah buat arwah

Anonymous said...

assalammualaikum..maaf teman2 sekalian.andai kata kita berdepan situasi begini.lg sulit bg org yg menembak jayanegara nie.tp ada sedikit info.tindakan angota polis itu dah benar.pertama,kesan tembak pada wanita tepat pada paha.manakala bg lelaki agak bersepah2.ini kerana perlawanan yg di berikan saat2 terakhir..kenape jayanegara boleh mati?kerana pernah mengunakan senjata api.jd boleh share.jarak tembak yg boleh dikatakan dekat..so paham2lah.lg dkt kita tembak.kesan peluru lg "power" dan kalau kita bidik mana pun,waimah kaki skalipun kesan luka dia tetap luar biasa..kenapa perempuan itu boleh bertahan.tidak lelaki itu..ini kerana dengupan jantung lelaki itu laju pam dia.dlm keadaan amarah maka darah akan lebih cepat keluar.manakala wanita itu dlm keadaan stay calm.boleh dilihat dari situasi je.sbb andai kita luka.kalau kita stay calm akan melambatkan perjalanan darah dlm bdn kita.contoh je mudah.org kemalangan luka,nurse atau pegawai kesihatan mesti suruh tenang..jd apa-ape2 alfatihah buat arwah..

Nuffnang Ads

Anda pasti suka ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...