28
Sistem Penguatkuasaan Automatik atau lebih dikenali dengan nama singkatan AES sedang hangat diperkatakan. AES ialah sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang diatas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video). Pemasangan AES ni kebanyakkannya diletakkan di kawasan yang sering terjadi kemalangan sahaja atau dalam bahasa paling mudah ialah 'lokasi maut'. 

Antara kesalahan yang akan dirakam oleh AES seperti memandu melebihi had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat. Dijangkakan lebih banyak lagi kamera akan dipasang di 817 'lokasi maut' pada fasa kedua nanti. Ada yang berpendapat AES ni akan memberi kebaikan dari sudut positif dan ada juga yang membantah tentang perlaksanaan AES. 


Mungkin ramai yang tertanya-tanya, agensi kerajaan mana terlibat dengan pelaksanaan AES. Dkna senaraikan agensi yang terlibat ialah :-
  1. Kementerian Pengangkutan Malaysia merupakan empunya (owner) kepada AES.
  2. Agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan adalah terlibat secara langsung dalam pelaksanaan AES:
    • JPJ bertanggungjawab melaksanakan AES secara langsung dan merupakan end user kepada sistem AES.
    • MIROS bertanggungjawab dalam penentuan lokasi pemasangan kamera daripada blackspot (kawasan sering berlaku kemalangan) dan kajian keberkesanan AES.
    • JKJR bertanggungjawab dalam advokasi dan kempen kesedaran jalanraya mengenai AES.

Ada juga yang tertanya-tanya, apa peranan PDRM di dalam AES?
  • PDRM akan menggunakan AES untuk mengesan jenayah dan tugas-tugas trafik.
  • Control Centre AES mempunyai Bilik Kawalan PDRM dan JPJ.
  • Mobile unit AES akan dikendalikan PDRM dan JPJ.

Antara lokasi yang telah melaksanakan AES ialah di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor dan Perak.
Sumber :  www.jpj.gov.my

Apa pendapat korang tentang AES dari sudut positif atau negatif kepada pengguna jalan raya. Adakah pelaksaanaan ini mampu mengurangkan risiko kemalangan?


NotaKaki :
Pendapat yang diberikan bukan untuk dijadikan isu politik. 


Post a Comment

leakedknowledge said... 17/10/12 11:06 AM

em bagusla..kerajaan akan jadi lagi kaya raya dengan duit2 rakyat ini semua...

Cikgu Ma said... 17/10/12 11:12 AM

lepas ni kena hati2 dan beringat....

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said... 17/10/12 11:13 AM

bagusla kan..jd org x pandu laju-laju n x langgar lampu merah dah..

hafizrahim said... 17/10/12 11:31 AM

macam ku kenal tempat ni..hehehe..dkna pernah kena ke?

Entri terbaru Wordless Wednesday : Banjir Kilat KL

fiza said... 17/10/12 11:54 AM

Ada pro and con juga. Apa2 pon, kita sebagai pemandu kenalah sentiasa berhati² dijalanraya.

Saya pon baru perasan laluan yg saya lalu hari2 ada camera AES nih. Harap2 tak der saman @_@

Melastik Bintang said... 17/10/12 11:58 AM

makin slow lah bawa kereta..kekekeke....

Kakzakie said... 17/10/12 12:13 PM

List tempat yg dipasang pun dah diberitahu jadi tempat itu ajelah org berhati-hati tempat lain still buat sama juga...

cerita best said... 17/10/12 3:30 PM

cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

Azlan Strider said... 17/10/12 4:40 PM

orang kaya kalau dah lambat pergi meeting dia speed jer..pastu bayar je saman..no kalau dari segi prevent accident bg saya tak memberi impak yang besar..hehe

Regards,
-Strider-

ridoma said... 17/10/12 4:46 PM

Jika itu yg terbaik difikirkan kelab2 pemikir (PDRM,JPJ,MIROS & JKJR), maka tak salah mereka (Kerajaan) menghaburkan duit rakyat.

Namun, jika apa yang difikirkan dan tindakannya sekadar memenuhi tuntutan nafsu serakah mereka, adalah tidak wajar ia dilaksanakan.

Ada berita mengatakan sebuah alat ini sehaja menelan kos sebanyak 120k. Jika sohih khabaran ini, maka sedih kita boleh katakan selain berusaha mengubah corak kepimpinan pada masa akan datang. Jika tidak, maka kita doakan agar pihak yang menfitnah mendapat petunjuk.

Suatu ketika dahulu, ramai juga yang menfitnah bahawasanya KLCC & Litar Sepang tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat, bahkan habis semua wang rakyat dignakannya untuk membina projek Mega itu.

Tetapi kini jelas tuduhan itu tidak berasas. Kedua-duanya menjadi mercu tanda negara disamping menjadi sumber pendapatan negara dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat di negara ini.

boni kacak said... 17/10/12 6:14 PM

kalau tak nak kena saman, sentiasalah patuhi undang2... itu je...

ummiarissa said... 17/10/12 7:05 PM

kena hati-hatilah,akak tak tahu gak pasal benda ni..kat Lipis ni takde..tapi kemalanganmaut selalu terjadi...elok letak kat sini jugak ni...

inche hlovate said... 17/10/12 8:56 PM

kena la lebih berhati bila bawa kreta lepas ni..kena lebih berhemah

Donny Ien said... 17/10/12 9:09 PM

untuk kebaikan pemandu itu sendiri. bagus

aKSARAfENDI said... 17/10/12 9:45 PM

dgn ada nye benda ni, pemndu lebih brjaga2 tp sbnrye dorg tkut disaman,bkn tkutkan kmalangan..

Anonymous said... 18/10/12 12:24 AM

bawak je pelan2...1 hal plak duit melayang.....

Anonymous said... 18/10/12 10:38 AM

kena lebih hati2 ler lepas ni hehehe

Rai Ourkizuna said... 18/10/12 12:13 PM

elok la..lagi banyak saman..lagi kaya.. lagi banyak pembangunan kerajaan boleh buat..hehehe..

beckhrooy said... 18/10/12 2:21 PM

makin byk saman nanti

Bulan Syurga Firdausi said... 18/10/12 3:47 PM

haaa isu panas skrg ni :) heee

khairul said... 18/10/12 10:39 PM

rasa2 camera ni dh tangkap abg la masa balik dr KL aritu...

Jajas said... 19/10/12 12:58 AM

bagus la...klu buat salah kene hukuman la...

Kaio said... 19/10/12 3:58 AM

tumpang tanya. kalau kita nk check kita kena saman AES ni macam mana eh?

salam perkenalan.
http://kaio.my

the malay male said... 19/10/12 11:28 AM

kadang2 diletakkan di kawasan yang tak strategik

Qhaifa Nur said... 19/10/12 2:51 PM

bagus juga ada kamera ni...
taklah hubby bawa laju2 dkna.......

Anonymous said... 21/10/12 12:48 AM

Slepas ni kena ada minimun had kelajuan. Mmg byk masalah kalu ada kes pemandu yang bawa kereta terlalu perlahan, menyusahkan orang lain...

titan said... 22/10/12 1:32 AM

gua kena lebih berhati-hati selepas ini. haha..

 
Top