34
Hujung minggu lepas dkna berpeluang hadir ke majlis pelancaran "Fluid Art Movement" yang diadakan di Sunway Pyramid. Majlis pelancaran galeri seni secara online ini telah dihadiri oleh Encik Amir Hamzah Azizan, CEO Lubricants International (PLI) iaitu anak syarikat Petronas.


Suasana meriah sepanjang pelancaran itu berlangsung dengan para penonton ditayangkan dengan filem pendek. Kemudian ada sesi soal jawab bersama Leo Burnett, Creative Director tentang abad inovasi cecair. 

Leo Burnett
Dan apa yang dinantikan ialah sesi temubual bersama Encik Amir Hamzah Azizan disusuli kemudian. Wah! dengan penuh keyakinan beliau berbicara di atas pentas. Dkna amat kagum dengan beliau. 

Encik Amir Hamzah Azizan

Apa yang lagi menarik dan meriah apabila dkna diberikan tunjuk ajar cara untuk menghasilkan seni oleh secara online. Hanya perlu ke website  www.fluidartmovement.com

Fariqe Hairuman, Hafizh Syahrin, Dominic Ang, Melvin Moh dan Encik Amir Hamzah Azizan

Jika di luar negara nama Micheal Schumacher dan Nico Rosberg dikenali ramai, tak kurang hebatnya di Malaysia punyai 4 orang nama terkenal iaitu Dominic Ang, Melvin Moh, Fariqe Hairuman dan Hafizh Syahrin yang hadir sama.

Dkna Abza dan Fariqe Hairuman

Teramat rugi kalau tak mencubanya. Nak tengok hasil lukisan dkna? Ok, jom terjah  Fliud Art Movement. 


Fliud Art Movement. 

Setiap seni yang dihasilkan termasuk ciptaan dari dkna akan dipaparkan dalam galeri online seni bendalir digital bersama peserta yang lain dan yang paling  senang dan mudah ia boleh dimuat naik ke dalam akaun Facebook, Twitter, Google, Yahoo, Blog, Thumblr, Tagged, Myspace, You Tube dan  Instagram. Jadi, jangan lupa vote untuk hasil seni dkna sebab ada sesuatu yang menarik menanti. Nak tau apa yang menarik yang akan dapat dari Petronas?

Sesiapa sahaja punyai peluang besar bagi memenangi hadiah yang lumayan iaitu pakej perjalanan untuk 2 orang ke New York sambil menyaksikan Grand Prix of America 2013. Wah! Betul lumayan. Seandainya dkna yang menang, mungkin ini rezeki untuk dkna honeymoon sebagai hadiah perkahwinan nanti. 

Peraduan ini bermula dari 10 September 2012 hingga 31 Disember 2012 dan sebanyak 15 hasil seni yang mendapat undian tertinggi di setiap negara akan disenarai pendek dengan 10 hadiah yang disediakan. Bagi hadiah mingguan pula, 15 hasil seni akan disenarai pendek setiap minggu untuk memenangi hadiah mingguan. 

Antara hadiah-hadiah lain yang bakal dimenangi ialah iPad 64 GB, Samsung Galaxy S3, Sony LED TV 40", Panasonic LCD TV 32", PETRONAS SYNTIUM 1000 (4L) dan banyak lagi. 

Apa yang ditunggu lagi, jom kita rebut hadiah yang lumayan di www.fluidartmovement.com

Encik Amir Hamzah Azizan, CEO PLI

Dkna tinggalkan kenangan bersama Encik Amir Hamzah Azizan untuk tatapan semua. Sebelum tu, jom tengok video yang menarik nie [LINK YOU TUBE]


NotaKaki :
Jangan teragak-agak untuk mencuba, amat menarik dan jangan lupa vote hasil seni dkna jugak :)

Post a Comment

Cikgu Ma said... 4/10/12 8:09 AM

wah...hebat la dkna...tahniah ^_^

maszull said... 4/10/12 8:30 AM

assalamualaikum dkna..memang menarik ni nak tengok la hasil tangan dkna tu...:)

hafizrahim said... 4/10/12 8:34 AM

elok time ni submit resume skali..kot2 leh keje petronas..hahaha

Entri terbaru Formal Attire, No More Casual

Dunia Realiti said... 4/10/12 9:02 AM

Fall In Love....:)

Kakzakie said... 4/10/12 9:12 AM

Kakak pun teringin nak melihat hasil tangan dkna. Mana tahu dapat betul boleh jadi hadiah honeymoon kan.

:: Mrs.Eady :: said... 4/10/12 9:35 AM

wahh hebat nih!

atuk said... 4/10/12 9:38 AM

Assalamualaikum Dkna

saya doakan akan berjaya agar dapat berhoneymoon..

Aishah Jahirah said... 4/10/12 10:47 AM

gud luck dkna....:)

Mr feckry said... 4/10/12 11:15 AM

wa sokong lu..caiyok!

hazwan hairy said... 4/10/12 11:17 AM

ruginya xikut ^^..next time klo ada roger2 na...aritu bro offer tp kena balik kg kndri T_T

Nurul Akmal said... 4/10/12 11:31 AM

Menarik.. Good Luck Dkna.. :)

Mrs Velentine said... 4/10/12 11:37 AM

hi follow sini sambil cubit2 nuffnang

baby lydia said... 4/10/12 12:02 PM

dya nk memang tibi 32" panasonic lh dkna..hihihihi

kak mah said... 4/10/12 1:12 PM

Pandai ko dkna buat tu?

Melastik Bintang said... 4/10/12 1:17 PM

fluid art movement...rasanya macam pernah dengar sebelum ni..kat mana ek..rasa kat TV....

akubiomed said... 4/10/12 2:11 PM

Dkna lakar apa?:-)

Si Matatajam said... 4/10/12 2:45 PM

Bestnya dapat join event camni..katanya Lyssa pun join gak..

LelakiSemalam said... 4/10/12 3:13 PM

minyak ni mmg x boleh minum kan...hehehe

fiza said... 4/10/12 3:18 PM

Wah...hebat2 hadiah. Orang nya pon hebat. Good luck yer.

Denaihati said... 4/10/12 3:58 PM

askm. good luck yer. tak berapa faham "art fluid movement" ni.

Qhaifa Nur said... 4/10/12 4:18 PM

seronok dapat pergi sana....
moga ada rezeki buat dkna.....

Ema Blog said... 4/10/12 4:26 PM

terselit juga diri ni dalam gambar tu...hehehe..good luck dkna..

lagi susah hati ni..sebab tak buat lagi..

NUR said... 4/10/12 4:27 PM

Bestnya. N good Luck dear

Leeza dayasari [santai leeza] said... 4/10/12 5:12 PM

awk cntik... hehehe
tu yg pertama sy nk ckp.

mama aryan said... 4/10/12 5:51 PM

hebat..tahniah

Aimi Syahirah said... 4/10/12 6:07 PM

Salam dear.. Awesome blog! Pandai u design.=) Come join my segmen here if nak saya folo awk.. http://www.aimisyahirah.com/2012/09/segmen-cik-misya-nak-follow.html or visit this page http://dliajanediary.blogspot.com/2012/09/gadis-bermata-cantik-antara-peserta.html?spref=fb untuk support saya dalam modelling!=)

Everything's Everythings said... 4/10/12 6:08 PM

Nak kena lukis apa kt fluid Art ni? mcm best jer...

eqbalzack said... 4/10/12 8:36 PM

Salam dkna,
Maaf lewat singgah. Abg eq susah sikit nak join sbb tuntutan tesis PhD yg tgh havoc ni...Apa pun thanks for the invitation.

-eqbalzack-

p/s: suka header dkna...nice!

Atiqah Wadiah said... 4/10/12 8:44 PM

waaaaaa!!!!semoga b'jaya..nnt kita share hadiah eh :)

Anonymous said... 4/10/12 10:28 PM

hebatnyer, nnti2 KA g terjah juga

PinKy MoMMa said... 5/10/12 12:49 AM

all da best dkna..akak pun dah buat..geli hati tgk hasil fluid art sndiri hahaha

Donny Ien said... 5/10/12 3:40 AM

hebat! tahniah2..

boni kacak said... 5/10/12 7:29 AM

pergh..hebatlah dekna sekarang..hehehe

 
Top