0
Mesti korang perasan diantara kami berempat, Boni Kacak, Hafiz Rahim dan Shakiddo pernah publish aksi Oppa Ganggnam FBI Style dan terselit seorang gadis kecik molek yang segan silu melakukan aksi yang sama. Nak tau kat mana kami ber'oppa'?

Kejadian ini berlaku apabila kami bertemu di satu majlis yang cukup meriah iaitu Petronas Switch Xtra Race Party yang diadakan di Delicious Cafe, Dua Resideency pada 20 Oktober 2012. Turut hadir sama  blogger Hanis Zalikha, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari dan Faizal Ismail (FBI).



FBI merupakan orang yang pertama dkna lihat berada di sana pada majlis tersebut. Sememangnya FBI peramah seperti suaranya yang kita dengar diradio setiap hari.

Kemudian pasangan suami isteri tiba dengan pakaian sedondon. Siapa lagi kalau bukan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya.


Awal Ashaari nie memang murah dengan senyuman. Bibirnya tak lekang dek senyuman. 



Sepanjang majlis ini berlangsung, pasangan suami isteri ni kelihatan amat sporting. 

Bila kami berempat nampak Hanis Zalikha, pastinya 3 jejaka tadi tak lepaskan peluang untuk bersaing sesama sendiri bagi mendapatkan Haniz Zalikha di SINI


Populariti Hanis Zalikha dalam dunia blog mampu mengalahkan ketiga-tiga artis yang lain. 

Sebenarnya mereka berempat bersaing untuk merebut hadiah lumayan yang ditawarkan oleh Petronas. Nak tau siapa pemenangnya? Jom lihat gambar dibawah.

Tempat PERTAMA : Team Faizal Ismail (FBI)


Tempat KEDUA : Team Scha Al-Yahya


Tempat KETIGA : Team Awal Ashaari


Tempat KEEMPAT: Team Hanis Zalikha



Kalau nak tahu lebih lanjut tentang perlumbaan mereka, korang boleh terus like Petronas Switch Xtra Race dan jangan lupa LIKE Petronasbrands untuk info terkini.

Info mengenai PETRONAS SWITCH XTRA RACE 


Sedikit ringkasan mengenai Petronas Switch Xtra Race
  • Untuk perlumbaan alam maya ini, seramai tiga orang selebriti tempatan iaitu Faizal Ismail(FBI)Awal AshaariScha Alyahya dan juga Hanis Zalikha dipilih untuk berlumba di alam maya sesama mereka. Perlumbaan ini berupa undian. Untuk berlumba, selebtiti yang terpilih perlu mendapat undian daripada para peminat mereka. Dan selebriti yang mendapat undian tertinggi akan memenangi perlumbaan. Bukan mereka sahaja. Peminat yang memberi undian tertinggi juga akan turut menang. Mereka yang memberikan undian tertinggi akan memenangiRm5,000 dan juga Kad Petronas bernilai Rm200 , diikuti dengan tempat kedua yang akan memenangi Rm3,000 dan juga kad Petronas bernilai Rm200, seterusnya tempat ketiga yang akan memenangi Rm1000 beserta kad Petronas bernilai Rm200. Dan untuk selebihnya, mereka akan mendapat kad Petronas bernilai Rm 100- Rm 200 setiap seorang.
Kredit : Jejaka Botak


NotaKaki :
Hanis Zalikha tetap cun walaupun menang tempat ke-4 :)


Post a Comment

 
Top