33
Terpandang bangunan yang berwarna merah tersergam indah diwaktu malam. Apa yang terlintas dihati dkna susana yang romantik pada waktu tu. Kali pertama dkna singgah di Red Wok Restaurant atau lebih dikenali dengan restoran masakan cina yang terletak di Seksyen 7 Bandar Baru, Bangi. 

Tempat yang strategik di tepi jalan dan mudah untuk dilihat dari jauh lagi.

RED WOK RESTAURANT
Lebih dari 100 hidangan yang disediakan di restoran ni dan yang paling menarik ialah steambot. Maaf, semalam dkna tak sempat makan steambot memandangkan sudah lewat malam dan terkejar-kejar nak balik rumah sebab hari ni kerja. Kononya tak nak 'monday blues' kan. Kalau nak makan steambot kena datang awal, sambil berborak-borak dengan menikmati hidangan tu dengan suasana yang lebih santai dan relax.

Ala Cart, Red Wok 
Menu yang dkna cuba semalam memang sedap! Berbaloi dengan harga dan kuantiti setiap hidangan. Bagi dkna, biarlah makanan tu mahal asalkan berbaloi dengan rasa yang sedap ditambah lagi hidangan untuk seorang macam untuk hidangan 2 orang. Siap boleh bungkus bawak balik rumah sebab tak habis nak makan.

Pendapat dkna dengan menu yang dkna cuba semalam, 
*(S) - Small

Black Paper Beef RM 13.00 (S) memang sedap dengan daging yang empuk dan rasanya cukup menyelerakan. Menu ni boleh dimakan lebih kurang 2-3 orang.

Shrimp Asparagus RM 12.00 (S) dkna tak makan tapi kata si dia sedap sampai habis dimakan sorang-sorang tanpa toleh kiri dan kanan. Betul sedaplah tu.

TomYam Soup White Milk RM 10.00 (S) memang terbaik dengan udang yang besar dan rasa macam berada di Selatan Thailand bila dimakan. TomYam ni pedas dan tak sesuai untuk anak-anak kecil.

Chicken Wings Garlic Pepper RM 10.00 puas hati sebab wings tu ada isi bukan sekadar tulang jer. Rangup! 

Restoran ni menyediakan kemudahan untuk umat Islam beribadat. Surau lelaki dan perempuan yang diasingkan tidak menghalang kita untuk datang pada bila-bila masa terutamanya waktu Magrib dan Isyak yang tempohnya amat singkat. Kalau makan steambot pasti mengambil masa yang lama kan dan boleh solat dulu kemudian sambung makan. 

Untuk mendapatkan info yang lebih jelas, korang boleh ke website RED WOK


NotaKaki : 
Restoran bercirikan Islam dan sesuai untuk semua kaum, kita 1Malaysia. 






Post a Comment

jeBateja said... 1/10/12 9:54 AM

wow....sampai bangi sudah.....awat tak sampai ke sapura.....ahakz

pinky said... 1/10/12 9:59 AM

bangi jauh sgt nk g...huhuhu...tp sekali sakala blh jer kan???

Fendy said... 1/10/12 10:05 AM

wah..besnyer...

Falsya said... 1/10/12 10:15 AM

suke chinese food..lapoooo!!..;)

Sue PeLik said... 1/10/12 10:30 AM

jauh bangi tuh jauh! sebab makan 5 kali tu smentara nak sampai. huhuhuhu

Dunia Realiti said... 1/10/12 10:52 AM

Bolehlah jumpa kat sini nnt hehe :P

Herma Julianny said... 1/10/12 11:15 AM

aduh....sedap2 la makanan yang DKNA tunjukkan ni....>_<

Lyaa Suriany said... 1/10/12 11:17 AM

wahh bgs siap sedia kan tmpt smayang

Cikgu Ma said... 1/10/12 11:27 AM

bestnya..nak jugak try makan kt situ nanti...

Kakzakie said... 1/10/12 12:04 PM

Agaknya kuali utk masak di restoran ini berwarna merah sebab tu nama restorannya red wok ye Dkna..

hazwan hairy said... 1/10/12 1:01 PM

time2 la ni tgk terus berlari2 ke cafe..haha..lapaa

BeLLa said... 1/10/12 1:15 PM

wow mewah

najihahfara said... 1/10/12 1:19 PM

bolela try lepas ni. macam menarik je

Nurul Akmal said... 1/10/12 1:23 PM

Wahhh nampak sedap jugak..

lepakk.com said... 1/10/12 1:46 PM

Sedap tu :-)

Anonymous said... 1/10/12 2:21 PM

penah masuk dalam jalan jalan cari makan ni. blakang umah saya ja ni :)

maszull said... 1/10/12 2:28 PM

assalamualaikum dkna...alamak sedapnya menu terliur jer bila tengok...:)

Afasz said... 1/10/12 2:47 PM

seksyen 7? area pkns bangi ek?

Anastasyea Aida said... 1/10/12 3:41 PM

Sedapnyer Tom Yam tu..

fifie said... 1/10/12 4:52 PM

petamg2 nie rasa lapar tengok dkna post makanan. hehe

Anonymous said... 1/10/12 5:16 PM

nak cuba jugak ni!

Leeza dayasari [santai leeza] said... 1/10/12 5:24 PM

heheheh suka jam pink tu lahhh... jual tak? haaaaaaaaa gurau jer.. jgn marah ea.

kak mah said... 1/10/12 5:55 PM

Mujurlah cikwan belanja!

shinji izac said... 1/10/12 6:46 PM

tu promote jam ke? hikhikhik~

irsah imihar said... 1/10/12 7:41 PM

Woahhh... ada lagi black peeper steak bawah rm15... adehhhh tks share... singgah juga nanti yer...

Crew Fathi said... 1/10/12 10:36 PM

BOleh tahan harganya... ^_^

khairul said... 1/10/12 11:04 PM

sory abg x sempat nk jumpak Dkna..busy sgt2

akubiomed said... 2/10/12 1:35 AM

Lah bila pergi. Saya ada pergi dengan pada malam Ahad baru ini makan Steamboat dekat sini.

Bro Framestone said... 2/10/12 10:24 AM

Gambar atas sekali tue nak tayang menu ke tayang jam

tiga minit said... 3/10/12 2:19 PM

kawan selalu ckp tempat ni tapi tak pergi2 gak..tgk ni berselera plak..kalau pergi nanti insyallah nak kongsi cerita gak..tq info

Rin Saharina said... 17/10/12 12:37 PM

nak try tomyam dia.mcm sedapp je :D

cerita best said... 17/10/12 3:24 PM

cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

 
Top