Nov 1, 2012

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Tahun 2013

Seminggu dkna tak masuk pejabat sejak sambut Hari Raya Aidiladha, hari ni baru diberikan kesihatan yang baik dengan izin dari-Nya. Baru seminggu nak masuk pejabat, hari pon dah tak ingat. Manakan pula nak ingat tarikh.

Masuk jer pejabat, agak blur seketika bila tengok kad untuk diketuk ada 2 keping. Rupanya dah masuk bulan November 2012. Cepatnya masa berlalu dan banyak perkara harus dikejar. Ketika ini masa itu ibarat emas. Terlalai seketika pastinya kerja banyak yang tertangguh.

Majlis Kesyukuran & Hari Raya Aidiladha 2012

Walaupun masuk pejabat dilihat fail, dokumen dan surat memenuhi ruang meja tapi hati riang gembira bila mendapat berita bahawa Gaji Kakitangan Awam Naik Tahun 2013. Syukur Alhamdulilah! mungkin ini dinamakan rezeki. Sedikit petikan dari akbar Berita Harian :

1.4 juta kakitangan awam dijangka terima kenaikan sehingga 5 peratus

Ayer Keroh: Kira-kira 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam dijangka menerima kenaikan gaji tahunan sehingga lima peratus mulai tahun depan. 
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata skim gaji kakitangan awam yang masih dalam kajian itu bakal merentasi semua peringkat. 

Kita perlu berhati-hati melihat skim perkhidmatan awam ini supaya tiada siapa yang tertinggal. Kita mahu formula menang-menang untuk semua," Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara

Katanya, laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam yang akan menamatkan penilaian pada 31 Disember ini akan turut diambil kira.

Nilai semula

“Proses penilaian semula skim gaji itu sudah bermula, namun penelitian secara mendalam hanya akan dilakukan tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2011 dan Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara Bersama Penjawat Awam negeri ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, petang semalam. 
Pada majlis itu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT), manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah merangkul Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah dan Tanah (AIPDT).

Kejayaan itu sekali gus melayakkan masing-masing membawa pulang wang tunai RM300,000, trofi dan sijil penghargaan. 

Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU), Datuk Mohamad Zabidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh.

CUEPACS sambut baik

Mengulas lanjut, Ali berkata, antara fokus utama dalam kajian itu adalah melihat semula skim kenaikan gaji tahunan bagi kakitangan yang sudah mencapai tahap gaji terakhir mengikut kategori masing-masing.

“Kita akan melihat semula perkara itu termasuk mungkin menetapkan tempoh lebih panjang supaya gaji kakitangan akan terus naik.

“Jika mereka mencapai tempoh untuk kenaikan pangkat, ia akan lompat kepada gred lain dan kenaikkannya juga akan diteruskan lagi,” katanya.

Ali berkata, kerajaan berharap akan dapat mewujudkan formula skim gaji menang-menang bagi setiap kakitangan khususnya penjawat pelaksana yang meliputi 80 peratus daripada keseluruhan sektor itu.

“Kita perlu berhati-hati melihat skim perkhidmatan awam ini supaya tiada siapa yang tertinggal. Kita mahu formula menang-menang untuk semua kerana memahami kos sara hidup semakin meningkat,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, ketika dihubungi berkata, pengumuman itu sudah pasti melegakan hati penjawat awam di negara ini.

“Kami menyambut baik cadangan KSN itu, tetapi masih berharap kerajaan dapat mempertimbangkan beberapa cadangan CUEPACS sebelum ini, khususnya berkaitan tangga gaji golongan itu mengikut tempoh kerja mereka,” katanya.



NotaKaki :
Minta kerajaan jangan naikkan harga minyak ron95 :)

8 comments:

Namee Roslan said...

untung kakitangan kerajaan. tapi rezeki lah . hehe. dulu swasta mewah, sekarang kerajaan punya kakitangan pulak. :)

Nizam Ijam said...

bila la nak keje ni..... adoi2

saya dah update
selamat hari raya aidiladha :)

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hehe gaji naik, cukai pun naik la..hehe :)

harga naik sebab nak negara maju kan? you ask for it.. lol

boni kacak said...

hmm... tak tau nak komen apa.hehehehe

Shizan Syafik said...

alhamdulillah.. rezeki.. =)

Anonymous said...

Apa pun..aku tetap bersyukur :)

AmyZana said...

tahniah kerana akan dinaikkan gaji tahun 2013 :)

Nadot said...

Alhamdulillah...Harapnye betul2 la ade kenaikan... takut dia main tipu-tipu je dgn kite... hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dkna Abza Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah