0
Kakitangan kerajaan memang tak sabar menunggu tarikh pembayaran Bonus 2012. Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2013, pembayaran bonus bagi kakitangan kerajaan ditambah 1 bulan gaji lagi. Macam mana tambah 1 bulan gaji lagi? 

Kali pertama kakitangan kerajaan dapat bayaran bonus pada Aidilfitri yang lalu sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM 500 dan kakitangan kerajaan bakal mendapat bonus sebulan gaji iaitu setengah bulan gaji pada Disember 2012 dan baki setengah bulan gaji lagi akan dibayar pada Januari 2013.

Ok, dah genap sebulan gaji kan?





Bagi bayaran bonus bagi bulan Disember 2012 akan dibayar pada 18 Disember 2012 manakala bayaran bonus seterusnya akan bibayar pada 23 Januari 2013




"Pemberian bonus tersebut diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga, bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula Januari depan" - Perdana Menteri Malaysia


Nota Kaki :
Rezeki dikutuk-kutuk, lebih baik ucap 'Alhamdulilah'.

Post a Comment

 
Top