0
Bangun pagi terus jer ingat durian kat SINI dan SINI. Muka pon belum basuh lagi dah meleleh air liur nak makan durian. Bagi peminat buah durian, sekarang sedang berlangsung acara Jom Makan Buah@Putrajaya 2012 atau lebih glamor Durian Party. Keterangan lanjut seperti berikut :

Durian Party (Durian, manggis, rambutan)
Tarikh : 7 -11 Disember 2012
Tempat : Presint 2, Putrajaya
Masa : 10 pagi - 10 malam
Harga : Dewasa RM 15, Warga Emas RM 10 & Kanak-kanak RM 5


Makan durian sampai muntah yea. Bagus untuk penggemar buah durian sebab harganya memang berbaloi. Dudukla sampai 10 jam kat situ dan makan banyak mana sekalipun harga yang dibayar tetap sama. 


Bagi anak-anak atau orang dewasa yang teringin sangat peluk cium dan bermain arnab, boleh datang ke sini sekarang sebab ada pameran arnab disediakan. Nak masuk adalah percuma. 




Dah macam ladang arnab dkna tengok, ada yang berkejar-kejar nak tangkap arnab. Memang seronok.


Kalau dah makan tu jangan lupa singgah gerai buah-buahan untuk bawak balik buah tangan. Ada pelbagai jenis buah yang dijual dengan harga yang lebih murah berbanding di pasar.



Bagi yang kurang gemar makan buah, jangan risau sebab kat sini ada gerai jualan makanan. Cendol, char kuew tiaw, satay dan macam-macam menu ada.

Jangan tunggu lagi sebab hari ini hari terakhir Durian Party.

Post a Comment

 
Top