0
Lagi isu isteri curang yang jadi paparan Harian Metro hari ini. Bila baca tajuknya terdetik rasa sedih. Kadang kala terfikir kenapa hal sedemikian berlaku di kalangan wanita? 

"Seorang suami yang mencederakan isterinya selepas mengesyaki mangsa menjalin hubungan sulit dengan adiknya dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam"



Syak isteri curang tanpa sebarang bukti kemudian cederakan si isteri. Adakah dengan cara mencederakan isteri dapat menyelesaikan masalah? Tak pasal-pasal masuk lokap. 


Mungkin juga faktor usia yang terlalu muda bagi pasangan ini yang baru 22 tahun. Orang cakap darah orang muda cepat panas, cepat naik. Mungkin itu penyebabnya isu ni terjadi dan mungkin sebab-sebab lain yang kita tak sedar.


Pernah dkna kongsi pendapat tentang Orang Ke-3 Dalam Perhubungan di sini satu ketika dahulu. Tak perlu nak salahkan sesiapa, fikir sejenak dan mungkin apa yang terjadi berpunca daripada diri kita sendiri yang inginkan sesuatu diluar kemampuan pasangan kita.Mungkin!!


Nota Kaki :
Setiap perkahwinan yang dibina bukan untuk bercerai-berai.

Post a Comment

 
Top