0
Semalam secara tak sengaja tersinggah kat Karnival 1001 Rasa Sate Kajang. Nampak ramai orang, jadi singgah la sekejap nak tengok apa yang menarik kat stadium Kajang tu kan. Katanya ada sate free, tapi waktu dkna singgah tak nampak apa-apa bayang pon sate free.


Rupanya acara perasmian baru berlangsung. Sempat la dkna lepak kejap sambil beli makan ringan kat gerai jualan tu. Banyak jugak gerai-gerai yang ada, aktiviti pon boleh tahan jugak menariknya.



Ada belon panas untuk para pengunjung dan beberapa permainan lain untuk dewasa dan kanak-kanak. Teringin jugak dkna nak merasa main macam budak nie ha, duk dalam belon besar bergolek guling atas air. Macam best je kan.


Sebelum balik dkns usha sate yang terpanjang bagi rekod 2012. Lupa lak berapa banjangnya sate nie. Rasanya waktu nie yang dorang nak bagi sate free. Fuh! beratur bukan main panjang dan ramai.

Kalau teringin sangat nak makan sate, baik beli jer. Penat beratur tu satu hal, berebut-rebut lagi satu hal tapi yang seronok tu buat kita sanggup beratur tau. Ambik beberapakeping gambar, kemudian dkna terus balik memandangkan mata dan ngantok acara kat pentas pon kurang menarik.

Post a Comment

 
Top