0
Alhamdulilah...dkna syukur sangat hari nie bila buka web Portal Komuniti UUM untuk tengok keputusan peperiksaan akhir semester lepas. Dup Dap Dup Dap...kencang hatinya nak tengok keputusan, yea...keputusan kali ini ibarat penentuan dkna untuk sambung ke semester seterusnya.



Keputusan kali ni tak mengecewakan, lulus untuk kesemua subjek yang dkna ambik semester lepas. Alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan dkna untuk sekian kalinya. 

Lepas nie kena tumpukan perhatian kepada kelas dan tugasan. Bermulalah kembali rutin harian dkna sebagai pelajar. Sekejap jer masa berlalu, pejam celik dah hampir ke penghujung cuti semester. 


Oh! Tak lupa jugak sebagai blogger part time... he he he.. Kalau tak sempat nak update blog tu maknanya dkna sedang update tugasan yang perlu dihantar la yea. Kalau ada event yang diundang, rasanya dkna boleh curi-curi masa kot, yang penting pengurusan masa bermula dari sekarang. 

Iklan tak berbayar :-

Jom undi Bro Framestone 



Dan cari gambar BroFramestone (baju putih) dan Klik THUMBS UP!

Mohon rakan-rakan untuk buat undian setiap hari bagi memenuhi impian BRO! :)


Nota Kaki :
Allah akan permurahkan rezeki dan permudahkan segala urusan bakal-bakal pengantin..insyaAllah ^_*

Post a Comment

 
Top