0
Entah kenapa hati ni seronok sangat hari nie sambil mengemas apa yang patut kat rumah sebelum masuk semester baru, acara 5S dimulakan selepas makan tengahari. So, tenaga masih banyak. Mungkin salah satu puncanya bila difikirkan susah senang sepanjang dkna menjadi pelajar separuh masa. Tekanan dalam kerja, tekanan dalam tugasan sebagai pelajar kemudian tekanan dari orang sekeliling banyak mengajar dkna untuk terus bertahan.


Alhamdulilah..masih berbaki 3 semester atau kurang dari tu dkna akan menamatkan pengajian dkna. Ada yang bertanya 'sambung study nie sebab nak naik pangkat ker'.

Kadang kala susah kita nak bagi jawapan kepada soalan macam tu, jika dulu dkna pernah terfikir untuk naik pangkat, bergaji besar, jadi pegawai tertinggi. Yea..semuanya bermula dari angan-angan. Apa yang lagi penting adalah memenuhi permintaan arwah abah supaya dkna jejak kaki ke universiti. InsyaAllah, akan dipermudahkan oleh-Nya. 



Tertanya-tanya kemana dkna bersama blogger Lyssa Faizureen? Nantikan cerita dari dkna akan datang.

Alhamdulilah juga untuk rezeki dkna dalam berblog. Hanya sekadar menjadikan dunia blog sebagai diari hidupan harian, kini dkna rasa lebih berkeyakinan bila berada diluar sana. Bila berada dalam alam realiti yang dapat berkongsi cerita bersama-sama rakan-rakan blogger yang lain.

Maaf jika cara penulisan di blog dkna agak 'skema' kalau dibandingkan dengan blog kawan-kawan yang lain, lebih relax dan funny. Faktor penulisan dari pelajar yang selalu buat tugasan dan penulisan seorang kakitanga kerajaan yang terikat dengan ayat-ayat 'buku'. 

Eh! kadang-kadang ada gak yang komen 'dkna nie kelakar la' hihiiiiii.. 


Nota Kaki :
buat mereka diluar sana, jangan lepaskan peluang untuk sambung pelajaran.

Post a Comment

 
Top