0
Info dari Facebook menyatakan banjir teruk di Kelantan dan banyak jalan yang ditutup oleh kenderaan ringan. Nak balik Kelantan pon masih lagi terfikir-fikir memandangkan cuaca tak mengizinkan.

Bila contact kawan-kawan ada yang cakap terkandas di Kelantan sebab banjir. Bila tengok berita pulak ada yang tak menyatakan dengan detail mengenai kawasan yang ditenggelami air.


Kalau dalam perjalanan pulang ke Kelantan, macam mana nak dapatkan info terkini mengenail banjir? Nak cari balai polis berhampiran atau mungkin terkandas di tengah jalan?

Cara yang lebih senang,cepat dan mudah untuk info banjir terkini di Kelantan hanya perlu layari ebanjir.kelantan.gov.my

Sentiasa update untuk makluman orang ramai. Bagi yang ingin memulakan perjalanan pada musim banjir, berhati-hati di jalan raya. Semoga perjalanan anda semua selamat ke destinasi yang dituju.

Nota Kaki :
Kalau tak ada talian internet susah jugak :)

Post a Comment

 
Top