0
Bertempat di Rumah Tamu Datin Halijah, Sentul pada 11 Disember 2012 telah berlangsungnya Majlis Kesyukuran dan Sambutan Ulang Tahun Ke-2 Majalah Aroma.

Agak sukar untuk dkna ke lokasi memandangkan dkna bukan penduduk tetap Kuala Lumpur. Berpandukan GPS dari telefon bimbit dalam erti kata lain panggilan telefon kepada sahabat akhirnya dkna sampai ke destinasi yang dituju. 



Sampai saja kat Rumah Tamu Datin Halijah, terus dkna cari parking. Maklumlah kawasan tu agak sempit dan sukar untuk meletakkan kenderaan. Hati-hati takut nanti kereta tercalar jika parkingnya tak betul. 

Gambar diatas adalah senarai top 10 untuk model tudung!


Blogger pertama yang dkna nampak Deq Noor, wah! dengan lambaian tangannya baru dkna perasan beliau. Maaf Deq Noor, dkna terpaksa minta bantuan PA untuk mengenalpasti adakah benar Deq Noor dari jauh. *mata rabun tapi tak nak pakai spek!

Malam tu jugak dkna dapat jumpa beberapa rakan blogger yang lain..alamaakk! dkna lupa nama apa tapi dalam facebook asyik komen-komen. Maafkan dkna yea! OK, tak lama lepas tu datanglah ratu blogger Yana Yassin yang comey.



Aiikkk!! terselit lak kumbang kat sini. Haa..tu dia terbang tinggi-tinggi baru sampai terus pilih meja awek sambil bergambar. Hambboooiii...senyum lebar dapat duduk sebelah aweks.. he he he


Pasangan Ujang dan Yana bersama-sama Zafirah sampai agak lambat tapi majlis masih belum bermula, jadi dorang nie bukan dalam kategori lambat ye dak? Tengok aksi Ujang mengalahkan anaknya. Dah bosan agaknya.



Antara selebriti yang hadir memeriahkan suasana majlis makan malam tersebut. Makanan yang dihidangkan memang menyelerakan tapi disebabkan perut dkna dah masuk angin, dkna sempat makan sikit jer. Fuh! rugi lak rasanya tak makan banyak-banyak malam tu.

Meja yang paling meriah adalah meja kami 'blogger'. Memang kecoh bangat terutamanya selepas makan. Maklumlah perut masing-masing dah kenyang, hati pon girang gembira kan. Haaa! Untuk cabutan bertuah, meja kami dapat 1 jer. Oklah tu, daripada tak dpaat langsung. Buat mengubat katakan.

Lepas majlis kami pulang ke destinasi masing-masing. Dkna lak follow Ujang, Kalau tak follow dia sudah pasti dkna sesat nak balik rumah.

Nak tengok gambar-gambar yang menarik lagi? Gubahan yang cantik sangat. Jom terjah Facebook Dkna Abza untuk lihat koleksi gubahan yang tersedia pada malam tersebut.


Post a Comment

 
Top